Tips Kepada Yang Ingin Ke Jepun Untuk Pertama Kali
Semakin lama semakin ramai yang mampu ke negara matahari terbit, Jepun. Sebuah bumi sakura yang sangat maju ekonominya dalam pelbagai bidang seperti industri automotive, elektronik, robotik, agriculture dan banyak lagi.
Mengikut data yang direkod pada tahun 2015, Malaysia telah menyumbang sebanyak 305,447 orang pelancong yang datang melancong ke Jepun. Haaa ramai kan yang dah travel ke Jepun?
Pasti rasa teruja nak menjejakkan kaki ke Jepun apabila melihat rakan-rakan post gambar di laman social ataupun ada melihat iklan-iklan tourism Japan.
Pada yang nak ke Jepun untuk pertama kali, uncle nak kongsikan serba sedikit beberapa tips sebelum anda ke Jepun supaya percutian anda lebih lancar.
Tips Kepada Yang Ingin Ke Jepun Untuk Pertama Kali
- Tak Ramai Orang Jepun Yang Pandai Berbahasa Inggeris
Jadi bila di Jepun tu kena la tahu sikit-sikit Nihongo. Adalah baik anda ke kelas bahasa Jepun, atau dapatkan mereka yang arif dalam bahasa Jepun untuk travel bersama anda. Tapi tak perlu risau sangat, sebab kebanyakkan mereka yang bekerja di lapangan terbang, stesen keretapi, dan di tempat tarikkan pelancong boleh berbahasa inggeris.
- Bawa Universal Adapter
Jepun punya kepala plug tak sama dengan Malaysia. Jadi adalah lebih baik bawa universal travel adapter dan extension bersama anda.
- Convinent Store Adalah Penyelamat Anda
Convinent store, seperti Family Mart atau 7e yang buka 24 jam adalah penyelamat anda kalau anda kat Jepun. Macam macam anda boleh beli kat situ termasuklah telur, minyak masak, spender pakai buang, barangan basah, minuman dan mesin ATM.
- Susah Nak Jumpa Tong Sampah
Kat Jepun memang susah nak jumpa tong sampah. Uncle pun tak tau kenapa. Jadi kalau ada minum air botol ke ada sampah ke, simpan elok elok sampai anda jumpa tong sampah. Jangan buang merata-rata pulak. Adalah lebih baik anda bawa bersama plastik kosong untuk bawa sampah anda tu.
- Kebanyakkan Sign Adalah Dalam Tulisan Jepun
Yang ini masaalah yang paling susah pada uncle terutamanya bila nak beli tiket train sebab kebanyakkannya adalah dalam tulisan Jepun. Jadi penyelesaiannya adalah dengan mendapatkan bantuan dari Apps (City Rail Maps) atau Google Maps.
Kat Jepun ada banyak tarikkan yang menarik, jadi untuk lancarkan perjalanan anda, adalah lebih baik dapatkan perkhidmatan tour guide peribadi. Uncle cadangkan untuk dapatkan perkhidmatan daripada Cuti-Cuti Jepun. Dikelola 100% oleh student Malaysia yang menetap di Jepun yang mana mereka boleh arrange trip anda ikut flexibility anda.
- Susah Nak Dapatkan Surau atau Tandas
Ya salah satu yang melecehkan di sini adalah tak banyak tandas awam dan tak ada disediakan surau di sekitar kawasan tarikkan. Tandas biasanya boleh didapati didalam bangunan seperti shopping complex ataupun di kedai makan. Untuk surau pula, biasanya boleh didapati didalam shopping complex, itu pun tak banyak yang ada, kena tanya orang sekitar atau gunakan google map.
Pastikan anda standby kompas kiblat dan kain sejadah mini sekiranya ada masaalah untuk jumpa tempat untuk solat. Misal kata ada ruangan solat yang sesuai, minta kebenaran guard yang menjaga kawasan tersebut terlebih dahulu.
- Elakkan Pergi Pada Hujung Minggu atau Musim Cuti
Walaubagaimana pun, tips ni tak la terlalu penting sangat sebab boleh kata setiap hari ramai je orang, tapi boleh digunapakai di sesetengah kawasan tarikkan pelancong. Kalau misalkata anda nak ke Disneyland, atau Disney World, elakkan la pergi pada musim cuti sekolah, pasti rasa rugi dan nak pegi lagi sebab tak puas hati banyak masa terbuang dengan menunggu giliran.
- Pilih Musim Travel Yang Bersesuaian
Seperti yang anda sedia maklum, Jepun adalah negara 4 musim. Uncle hanya pernah ke sana musim sejuk, jadi tak ada pengalaman ke sana pada musim lain selain musim sejuk. Uncle kongsikan musim-musim yang ada mengikut bulan; musim sejuk (desember hingga febuari), musim bunga (mac hingga mei), musim panas (jun hingga ogos) dan musim luruh (september hingga november). Jadi pilih betul-betul musim mana yang anda nak pergi.
- Makanan Halal Tak Sesukar Yang Dikatakan
Semakin lama Jepun semaki mesra pelancong muslim yang mana banyak makanan tempatan mereka seperti Ramen dan Sushi pun dah boleh didapati halal. Google je tempat makanan halal di Jepun di sekitar kawasan yang anda terjah tu, pasti ada beberapa kedai makanan halal yang boleh anda makan.
- Lebih Jimat Tinggal Kat Dorm Atau Homestay
Kalau tidur kat hotel memang mahal sebab biasanya akan caj per head. Jadi nak jimat penginapan tinggal la kat dorm ataupun homestay.
Uncle rekomen tinggal kat Amna Home homestay. Location best sebab dekat dengan train station, dan harga pun berpatutan. Tempoh hari uncle ambil bilik saiz studio, boleh muatkan 2 hingga 4 orang. Jadi lebih jimat.
Baik, ini adalah sedikit sebanyak tips travel kepada yang ingin ke Jepun untuk pertama kali mengikut dari pengalaman uncle sendiri. Harap ia memberi anda sedikit guideline dan membantu trip anda di Jepun dengan lebih lancar.
Nota: Pada yang pernah ke Jepun, dan ada tips yang nak dikongsikan, dipersilan tinggalkan tips dan pengalaman anda di ruangan komen untuk bacaan pembaca yang lain.
43,161 total views, 1 views today
thanks for sharing
Salam..nk tnya..klau smpai kat kansai airport dh mlm..train cm x kn..klau sy nk g homestay dkt dgn steswn namba kna nek apa ya..g terjah je ni dgn fmli..plan bln 3 2019 nty
yang plug tu untuk semua negara bole ye uncle zuan?
terima kasih bagi info bulan 10 ni nak pergi jepun .. nak beli plug mcm gitu…
Yup. Semua boleh kak
macam best je Jepun ni. arigatou gozaimasu share infor yang menarik ni.
Hai uncle..cadang nk pg jepun bln june ni..agak2 klu budget rm5kbwa ke jepun utk pocket money ngan homestay cukup ke..3h2m utk 2 org
Salam.. Saya dan fmly akn ke osaka pada 19, jan, 2018.. Dari kansai airport ke homestay di momodani.. Perlu naik train dr kansai airport ke shin-imamiya station.. Perlu membeli jr pass tak…
Thanks Uncle…
Saya dah plan nak ke Jepun bulan 3, 2018. Bila baca post ni rasa macam banyak lagi pulak kena prepare. Kalau main terjah nampaknya banyak la duit habis.
apapun post ni memang bagi saya suasana apa yang perlu dan tak kita bawa dan catit dalam itinerary nanti..
Thanks sekali lagi…
Panduan Terkini recently posted…Belajar Berhutang Dengan Teknik Pinjaman Mudah Yang Beri Pulangan Terbaik
Thanks for these tips! Totally useful for a shoestring budget traveller like myself.
Emily recently posted…The Watoto Children’s Choir Is Back!
Alhamdulillah dah sampai hari tu walaupun cover Tokyo sahaja. Hujung tahun ni nak pergi bawa anak pulak. Kalau kat Jepun nak bayar kat kaunter , letak duit dan ambik duit baki depan kaunter bayaran tu.Mereka tak sentuh tangan customer. A good practice for me.
alhamdulillah, ada rezeki nak pergi Jepun waktu musim bunga pula 😀
bagus kan etika mereka, tak silap ada sesetengah tempat di Singapore pun dah mula praktik macam kat Jepun
Uncle Zuan recently posted…Portal Projek Kawin Membantu Memudahkan Pengurusan Persiapan Majlis Perkahwinan
Eeeehh…. Ade Mawardi Yunus. Nice tips anyway.
Mirwan Choky recently posted…Duduk Samping Pilot Gara-gara Salah Teknis Tiket Pesawat
yup, Mawardi Yunus pun join sekali. Kali ke-2 travel dengan beliau
Uncle Zuan recently posted…Portal Projek Kawin Membantu Memudahkan Pengurusan Persiapan Majlis Perkahwinan
Terima kasih atas perkongsian. Nak share dulu tips ni, manatau dapat juga saya mencapai impian ke negara Jipun suatu hari nanti 🙂
dedauncomel.com recently posted…Domain Murah Di Malaysia – Shiftserver
sama-sama, moga bermanfaat kepada anda dan kepada semua 😉
Uncle Zuan recently posted…Portal Projek Kawin Membantu Memudahkan Pengurusan Persiapan Majlis Perkahwinan
ramai sgguh org kita yang sudah travel kat jepun ni..
teringin nak pergi, mungkin suatu hari nanti..
Jie Susanos recently posted…Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Alhamdilillah, tengok dah ramai rakyat Malaysia yang mampu ke Jepun hari ini 🙂
Uncle Zuan recently posted…Portal Projek Kawin Membantu Memudahkan Pengurusan Persiapan Majlis Perkahwinan
Setakat ni dah ramai kawan-kawan saya pergi bercuti ke Jepun…
Saya pun teringin nak bawa keluarga bercuti ke sana satu hari nanti… Cuma masa belum mengizinkan…
Tunggu anak bongsu (ke 4) dah besar sikit kot… Harapnya itulah yang bongsu… 😉
Anuar recently posted…Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
adalah baiknya tunggu anak bongsu tu besar sikit supaya percutian ke Jepun lebih lancar 🙂
Uncle Zuan recently posted…Travel Lebih Jimat dengan Amna Home Local Partners Platinum Membership
thanks for sharing tips
welcome, harap ia membantu trip anda ke Jepun nanti
Uncle Zuan recently posted…Travel Lebih Jimat dengan Amna Home Local Partners Platinum Membership
Orite bro…
Otomen Taro recently posted…Ke Johor Bahru Bersama Otomen Taro
harap trip ini mmbantu bro Otomen dan keluarga travel ke Jepun nanti 🙂
Uncle Zuan recently posted…Travel Lebih Jimat dengan Amna Home Local Partners Platinum Membership