Tau Buat, Tapi Malas…

Aku tau macam mana nak buat, tapi malas pulak nak buat nye, nanti la..

Malas, sikap bermalasan yang ada di dalam diri kita ni selalu menjadi alasan untuk kita malas berusaha. Selalu kita anggap masa ada bersama kita, jadi kita lengah lengahkan untuk buat. Akibatnya,

Adoi, kan bagus kalau aritu aku buat. Kan bagus kalau aku tak malas nak buat benda tu.

Orang kata ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Sementara ada masa, sementara ada peluang, jangan la bermalasan untuk ambil atau sahut peluang tersebut.

Harini dengan kenaikkan kos sara hidup, tahu sahaja untuk berniaga atau buat duit tak berguna, harus la ada tindakkan atau perlaksaan.

Hmm tu la kan, kena ada part time business kalau nak survive harini..

Ramai dah sedar, ramai dah tau tapi,

Malas la pulak nak buat, esok la… Banyak lagi masa..

Mudahnya Perniagaan Internet

Itu la kita manusia. Tak kira bangsa, tak kira agama, semua sama je.  Mesti ada sikap bermalasan dalam diri. Kata nak berjaya, kata nak tak nak hidup susah, tapi.. Malas nak buat itu, malas nak buat ini, dan malas untuk berubah…..

Sampai bila nak malas? Tunggu ‘nasi jadi bubur’?

 

lazy meme

 

Akhir sekali, entry ini ditujukan khas untuk semua pembaca terutama mereka yang pemalas dan sebagai peringatan kepada diri den sendiri. Kalau betul kita nak berubah, tak nak susah, nak hidup senang, jangan la bermalasan. Dah tau apa nak buat, take action! sebelum ‘bubur jadi basi’.

Di sini, di kongsikan doa menghindari rasa malas dan mengelakkan cengkaman hutang:

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia.”

Zuan

Comments
  1. miera
    • Zuan
  2. Afiq
  3. nord
  4. Hafizul
  5. puteri kasih
  6. Ezad Skytech
  7. Khairul Zamri
  8. Denaihati
  9. Khadeejah Hasmad
  10. ahmadyani
  11. Adam
  12. Aiman
  13. akubiomed
  14. Ismail N
  15. titan
  16. Norfanil
  17. hafidzramli
  18. sabree hussin
  19. azimah mohd zainuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge