Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah
“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”
Surah al-Hajj: 27
Pejam celik pejam celik, dah lebih 5 bulan uncle tinggalkan tanah suci Mekah dan Kota Madinah. Alhamdulillah, umrah pertamaku dipermudahkan oleh Nya.
Untuk entri ini uncle nak kongsikan apa yang perlu dipersiapkan sebelum menunaikan Umrah. Entri ini khusus untuk mereka yang ingin pertama kali mengerjakan Umrah.
Ia adalah dari pengalaman uncle sendiri dalam persiapan untuk mengerjakan umrah bersama Andalusia Travel & Tours.
Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah:
- Hadiri kursus umrah yang telah disediakan seawal tiga (3) minggu sebelum tarikh penerbangan. Malangnya ramai yang skip bab pergi kursus Umrah dan hanya baca buku sahaja. Untuk menambah pemahaman, adalah lebih baik hadiri kursus umrah yang dianjurkan syarikat yang menguruskan Umrah anda. Biasanya kursus umrah hanya mengambil masa separuh hari sahaja.
- Selain dari hadiri kursus, di cadangkan juga untuk tonton video kursus umrah di YouTube. Ada banyak video kursus yang dimuat-naik. Tengok seberapa banyak yang boleh sampai faham. Lagi senang sebab masa untuk tengok tu lebih flexible.
- Untuk memudahkan proses permohonan Visa Umrah; pastikan passport antarabangsa anda sah tempoh laku tak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan beserta 6 muka surat kosong. Sediakan juga 4 keping gambar berwarna berukuran 6cm x 4cm yang berlatar belakang warna putih. Untuk wanita, anda WAJIB memakai tudung kepala (berwarna gelap) dan lelaki tidak digalakkan menutup kepala.
- Dapatkan kad suntikkan ACYW135 daripada surat pengesahan dari doktor kerajaan dan swasta. Sekali suntik, valid untuk 2 tahun, dan rate harga satu suntikkan adalah pada RM140 sahaja.
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti Passport Antarabangsa, 4 keping Gambar, kad suntikan ACYW135, Salinan Sijil Nikah (bagi yang sudah berkahwin), Salinan sijil lahir (bagi jemaah wanita yang pergi bersama mahram dan kanak-kanak bawah 18 tahun), salinan kad pengenalan (bagi jemaah wanita yang pergi tanpa mahram).
Selain daripada itu, jangan dilupa barangan yang perlu dibawa. Biasanya senarai barangan yang perlu dibawa ini ada dijual di pejabat syarikat yang menguruskan umrah anda. Kalau tak ada, boleh dapatkan di Mydin (sebab lebih murah).
Checklist Persiapan Bagi Jemaah Wanita Yang Pergi Bersama Mahram:
- Salinan sijil nikah bagi yang sudah berkahwin
- Bagi wanita yang bermahramkan bapanya pula perlu sediakan salinan sijil lahir.
- Bagi wanita yang bermahramkan adik-beradik LELAKI perlu sediakan kad pengenalan adik beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir.
- Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki, perlu sediakan salinan sijil lahir anak tersebut.
Checklist persiapan Bagi Jemaah Wanita Yang Pergi Tanpa Mahram:
- Bagi yang pergi tanpa suami mengikut (dan mendapat kebenaran Suami) perlu sediakan salinan kad pengenalan suami dan salinan sijil nikah.
- Bagi wanita yang tumpang mahram (atas kebenaran bapa) perlu sediakan kad pengenalan bapa dan salinan sijil lahir.
- Bagi wanita yang tumpang mahram (atas kebenaran adik beradik lelaki sahaja) perlu sediakan kad pengenalan adik beradik lelaki serta salinan sijil kelahiran kedua-dua.
- Bagi wanta yang tumpag mahram (kebenaran anak lelaki sahaja) perlu sediakan kad pengenalan anak lelaki, salinan sijil lajir anak lelaki dan salinan surat kematian suami atau salinan surat penceraian.
Checklist Barang Yang Perlu Dibawa ke Tanah Suci:
- Dua (2) pasang Kain ihram (jemaah lelaki sahaja).
- Satu (1) utas tali pinggang (jemaah lelaki sahaja).
- Dua (2) helai baju melayu (jemaah lelaki sahaja).
- Empat (4) helai baju biasa (jemaah lelaki sahaja).
- Empat (4) helai singlet berlengan dan berzip (jemaah lelaki sahaja).
- Empat (4) helai kain pelikat (jemaah lelaki sahaja).
- Dua (2) helai seluar panjang (jemaah lelaki sahaja).
- Satu (1) pasang selipar yang tak tertutup (boleh nampak jari jemari) (jemaah lelaki sahaja).
- Dua (2) pasang stokin (jemaah lelaki sahaja).
- Empat (4) helai telekung sembahyang (jemaah wanita sahaja).
- Dua (2) helai mini telekung (jemaah wanita sahaja).
- Tiga (3) pasang baju kurung (jemaah wanita sahaja).
- Tiga (3) pasang jubah biasa (jemaah wanita sahaja).
- Dua (2) pasang baju tidur dan seluar panjang (jemaah wanita sahaja).
- Tiga (3) pasang stokin tawaf dan saie (bertapak tebal) (jemaah wanita sahaja).
- Tiga (3) pasang stokin biasa (jemaah wanita sahaja).
- Tiga (3) helai sarung tangan (jemaah wanita sahaja).
- Dua (2) pasang jubah seluar (jemaah wanita sahaja).
- Dua (2) helai singlet berzip (jemaah wanita sahaja).
- Pakaian wanita yang secukupnya (jemaah wanita sahaja).
- Satu (1) helai tuala kecil.
- Satu (1) pasang kasut biasa.
- Buku doa (bersaiz kecil) dan surah yassin.
- Penyangkut baju.
- Ubat-ubatan (ikut keperluan).
- Sarung beg.
- Set gunting kecil dan pengetip kuku.
- Beg sejadah kecil.
- Uncang kasut.
- Alat cukuran.
- Alat mandian.
- Sabun mandi.
- Krim bibir dan tumit.
- Marker pen atau pen, atau pensel.
- telefon bimbit dan pengecas.
- Kamera.
Kompak dan informatif! Uncle rekomen untuk dapatkan buku ini untuk panduan menunaikan Umrah untuk pertama kali.
Ini sedikit sebanyak perkongsian uncle mengenai persiapan sebelum menunaikan Umrah. Maklumat lanjut adalah lebih baik terus berususan dengan syarikat yang akan menguruskan umrah anda dan boleh juga rujuk dengan mutawif yang akan bawa anda nanti.
Sumber info dikemaskini dari: andalusia2u.com
40,797 total views, 20 views today
About Author
Uncle Zuan
Seorang 'hantu burger' yang mula menulis blog sejak tahun 2009 dan telah menggunakan nickname 'Uncle Zuan' dalam dunia social media. Banyak berkongsi pengalaman travel, gaya hidup dan pendapat peribadi kepada pembaca.
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian.
Amat bermanfaat
shima recently posted…EPISODE 1 : IWAN MEE UDANG CAFE BERTAM – DAGING DANOK VIRAL
ASSALAM
TIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN…MOGA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA SAYA DAN KELUARGA SAYA UTK MENUNAIKAN UMRAH PD BULAN 5/2018..TIMA KASIH DAUN KELADI
kenapa selipar yg nampak jari?
Sbb masa ihram kena pakai sebegitu kerana diantara pamtang larang bagi lelaki ialah tutup tumit dan jari
Alhamdullilah.. tq info
salam di mana sy boleh beli buku tersebut ye
assalam. terima kasih atas perkongsian. In shaa Allah sy dan keluarga akan menunaikan ibadah umrah pd hujung tahun nanti…
InsyaAllah saya akan ke umrah 20hb ni. Terima kasih sbb beri info yg berguna. Tak sabar nak pergi 😊
Moga dipermudahkan untuk anda 🙂
Nak tanya .. Kalau kita bwa mknan boleh ke ?
alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ilmu..mohon share..moga bermanfaat..dan owner blog sentiasa dimurahkan rezeki..dipanjangkan umur..dan berada dlm lindungan Allah jua..
terima kasih atas perkongsiannya, sangat membantu.
Maklumat yg sangat lengkap! Buku tu saya pun nak kena beli..
Wan Syahida recently posted…Bukti Pengguna Shaklee Dah 50 Tahun Masih Sihat !!
Alhamdulillah uncle dah dijemput menunaikan umrah, semoga Allah Menjemput kami juga ke.rumahNya, insyaAllah
Noriza Rahman recently posted…Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya
alhamdulillah, nanti uncle kongsikan pula pengalaman mengerjakan umrah ya 🙂
moga akak Noriza dan keluarga dapat jemputan untuk ke tanah suci satu hari nanti
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Pjg juga check list nya ya..tq kongsi serba sedikit tips sblm jlnkn ibadah umrah
sama-sama. moga bermanfaat bukan sahaja kepada anda, tapi kepada yang lain juga.
memang banyak persiapan perlu dilakukan sebelum nak tunaikan umrah 🙂
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Alhamdulillah.. seronoknyaa dapat jejakkan di tanah suci..
husna zahidi recently posted…Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Mama Muda Juice + Stevia
memang seronok pengalaman di sana. nanti saya kongsikan pengalaman pertama kali saya buat umrah ya 🙂
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
oh, boleh ek tumpang mahram? ingatkan wajib dengan mahram sahaja
siti hazreen recently posted…Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold
boleh tumpang mahram sebenarnya. Islam kan mudah 🙂
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Wah, alhamdulillah! Anda memang bertuah sebab dapat jejak kaki ke sana. Thanks for this notes of preparation to perform umrah. Berguna sebagai rujukan ni nanti!
alhamdulillah, dapat panggilan ke tanah suci waktu usia muda. harap bro juga dapat ke sana satu hari nanti ya 🙂
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Ahamdulillah..moga diberkati selalu.
alhamdulillah. terima kasih 🙂
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
alhamdulillah rezeki tuan dpt ke sana…doakan sy juga
nurul fatin adiana recently posted…Siapa Yang Memerlukan Omega-3 Sebenarnya?
inshaAllah, ada rezeki, pasti anda dan ahli keluarga anda juga akan dapat jemputan ke tanah suci suatu hari nanti untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
moga dipermudahkan untuk aku plak ke sana. Aamiin
mawardiyunus recently posted…CERMIN MATA POTT GLASSES MENGIKUT CITARASA REMAJA MASA KINI
amin, moga terima jemputan ke tanah suci suatu hari nanti
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Teringin nak jadi tetamu Allah
Bro Framestone recently posted…Islamic Executive Suite di De Palma Hotel, Ampang
moga bro & keluarga mendapat jemputan untuk ke tanah suci suatu hari nanti
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Doakan semoga ada rezeki saya satu hari nanti untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bersama keluarga…
Anuar recently posted…Rezeki hari Jumaat….
moga suatu hari nanti anda juga dapat jemputan untuk ke tanah suci bersama ahli keluarga, amin 🙂
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
bestnya dah pi umrah. kalau ada rezeki nak pi dgn tajaan shaklee tahun depan
raihanah recently posted…Detox Bantu Rawatan Psoriasis Dengan Berkesan
semoga dipermudahkan perjalanan untuk menunaikan Umrah untuk akak nanti ya 🙂
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2