Penang War Museum, Museum Paling Menyeramkan Di Asia
Pada uncle, tak sah kalau tak masuk museum bila kita melancong atau bercuti ke sesuatu tempat. Uncle percaya, bila ke museum, feel travel itu akan lebih hebat sebab kita akan dapat pelajari dengan lebih mendalam kisah sejarah sesuatu tempat itu.
Di negeri Pulau Pinang, ada pelbagai jenis museum yang menarik. Pada trip uncle ke Penang baru-baru ni, uncle sempat terjah ke Penang War Museum (Muzium Perang Pulau Pinang) yang di katakan antara Museum Paling menyeramkan di asia oleh National Geographic Channel! huhuhuuuu~
Penang War Museum terletak di atas bukit Batu Maung iaitu kira-kira 20 minit dari kawasan bandar Georgetown. Ia telah di bina bagi memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia ke-2.
Museum Perang yang asalnya kubu pertahanan ini pada asalnya telah dibina pada tahun 1930-an oleh pihak british bagi melindungi Pulau Pinang daripada pihak musuh. Ia telah dikendalikan pihak tentera British, Melayu dan Sikh pada ketika itu.
Kubu ini lengkap dengan kemudahan terowong bawah tanah tentera dan aci pengudaraan, kubu peluru, pusat logistik, canon menembak teluk, kuarters, rumah masak dan rumah sakit perubatan tidur.
Akibat kesilapan taktikal pihak British yang menyangkakan pihak Jepun menyerang dari laut, kubu pertahanan bukit Batu Maung telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada perang dunia ke-2 yang telah menyerang dari darat.
Sebelum masuk ada di berikan peta kawasan. Kubu ini berkeluasan sebesar lebih 20 ekar dan memuatkan lebih 550 ke 700 tentera satu masa. Sangat besar tapi tak terasa penat berjalan di dalam museum perang ini! Setiap satu point yang ada di peta adalah menarik untuk di kunjungi.
Kalau nak memudahkan explore seluruh kawasan museum tanpa sesat, ikut je anak panah merah yang telah di sediakan. Memang korang takkan terlepas untuk tengok setiap satu tinggalan perang dan tarikkan-tarikkan lain yang ada disediakan.
Di pintu masuk Muzeum Perang, di bina Japanese Military Observation Tower yang berketinggian 2 tingkat bangunan. Semasa pendudukan jepun selama 3 tahun 8 bulan, menara ini di kawal selama 24 jam oleh penembak tapak dan di lengkapi dengan lampu suloh besar, alat telekomunikasi dan siren tangan.
Apa yang menjadi tarikkan uncle dengan musium ini adalah usaha pihak pengurusan museum dalam mengekalkan rupa asal tapak kubu. Kalau di teliti, cat asal juga di kekalkan. Mungkin untuk tambah feel museum ini.
Kalau korang suka thrill masuk terowong, di sini ada lebih 2 terowong yang korang boleh masuk dan explore isi di dalamnya. Tapi Sebelum masuk ke dalam terowong, pastikan korang ada bawa lampu penyuluh atau pastikan juga lampu smartphone korang berfungsi dengan baik, sebab ada sesetengah terowong tidak di pasang lampu di dalamnya, mungkin sebab terlalu kecil dan sempit.
Berhati-hati sepanjang korang di dalam kawasan sekitar museum ini. Kulit ular kobra pernah di temui di kawasan museum ini pada Desember 2012!
Setiap kubu pertahanan mesti ada jerangkap samar (booby trap) bukan? Menurut rujukkan, selepas kawasan kubu pertahanan ini di bina, pihak British telah memasang jerangkap samar di sekitar kawasan bukit bagi mengelakkan pihak musuh iaitu askar Jepun daripada menawan kawasan kubu.
Toilet bucket system yang di gunakan secara meluas oleh pihak British sekitar tahun 1930an.
Hostel yang yang diduduki tentera-tentera yang berada di kubu ini suatu masa dulu.
Dapur yang diguakan untuk memasak untuk para tentera. Ada beberapa perkakasan yang masih boleh di gunakan ada di sini.
Ini adalah replika tali gantung General Tomoyuki Yamashita yang asalnya di bina di Batman, Filipina. General Tomoyuki Yamashita adalah komander Jepun yang telah menjadi wira negara Jepun selepas berjaya menguasai Tanah Malaya dan Singapura. Selepas Hirashima dan Nagasaki di bom, General Yamashita dan pasukan tenteranya telah meyerah diri kepada angkatan tentera U.S.
Salah satu tapak dimana terletaknya Anti Air-craft Pit. Terdapat 20 lubang pertahanan yang digunakan oleh pihak British bagi menembak jatuh pesawat tentera udara Jepun.
Tadaaaaa!!!! Ini bukan pameran rumah hantu ya.
Sebenarnya props ini di bina untuk mengambarkan situasi menyayat hati yang pernah terjadi pada zaman peperangan dunia ke-2. Uncle nak ceritakan pun tak sampai hati. Ini adalah gambaran di mana suatu masa dulu, tentera jepun telah menjadikan tahanan wanita mereka sebagai hamba sex bagi memuaskan nafsu mereka.
Kalau korang berani datang ke War Museum ni belah malam, ada banyak tarikkan menarik menanti korang. Di sebabkan uncle kesuntukkan masa, uncle tak dapat merasa night museum (alasan semata-mata)…
Di buka setiap hari dari 9 pagi hingga ke 6 petang, Penang War Museum adalah museum perang yang mesti di kunjungi pengunjung yang pertama kali ke Pulau Pinang.
Kalau korang nak rasa lagi spooky dalam museum ni, di cadangkan ambil entrance malam, buka dari pukul 8 malam hingga 10 malam!
Untuk maklumat lanjut mengenai Penang War Museum, boleh terus hubungi pihak Penang War Museum di talian: 016 421 3606 / 04 626 5142 ataupun boleh terus email di penangwarmuseum@yahoo.com.
Akhir sekali, selepas berjam-jam merayau di kawasan Penang War Museum, ternyata ia memang sebuah museum yang menyeramkan seperti yang di dakwa oleh pihak NatGeo sebab ada beberapa kawasan, dan setup yang membuatkan korang akan sedikit meremang bulu roma.
Buat masa sekarang ni, uncle tak pernah lagi ke museum-museum lain di negara lain serata asia kecuali di Museum Perang Vietnam (War Remnants Museum). Kalau ada rezeki, ada peluang, teringin juga merasa ke museum museum lain di serata dunia.
17,831 total views, 6 views today
Jom tuan ke Ke Muzium Warisan Melayu UPM
– salah satu lokasi edu-Pelancongan menarik di EduPARK UPM, Serdang Selangor.
Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan.
Info lanjut : http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark-8530
dulu masa gi penang ada dgr pasal tmpt ni tp tak jd pegi bila orang kata tak sesuai untuk budak kecik.. ye eh?
rozita recently posted…Kemalangan kecil menimpa..
aah, memang kurand sesuai bawak anak kecil. takut nanti apa apa pula yang jadi. sebab war museum penang tu pun memang tapak asal camp semua
serius x minat nak pergi tempat macam ni…huhuhu
hehe rugi la macam tu
Thanks uncle zuan sbb blog ni byk membantu sy dlm membuat folio sejarah…semua information dah sy dpt melalui blog ni
alhamdulillah, ia membantu 🙂
Uncle Zuan recently posted…IJM Land Half Marathon 2016 Terima Lebih 6,000 Peserta
ada bran nak pergi mozium nih.. masa je tak berapa nak bran… haha *kejesampaipencen
zik recently posted…Ulat sagu, ulat gendon.
pehh..rajin betul hang pi sana eh.
titan recently posted…Komisen ke 57 dari Ashadee.com
haha aku suka masuk muzium. kat banting ada museum?
Uncle Zuan recently posted…Tempat-Tempat Menarik di Singapura Yang Boleh Di Kunjungi Dengan PERCUMA
Tengok kat luaq pun dah seram,tak mau la MV masuk…hihi
Noriza Rahman recently posted…Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
hehe rugi kalau MV tak masuk. Pengalaman dalam muzeum ni sangat bernilai 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
Perang memang zaman yang menakutkan. Walau kita tidak pernah melaluinya, berita yang sampai amat menyeramkan….
ahmadyani recently posted…Amalan 7 Perkara Yang Menjadikan Kita Hebat!
kena pula cerita tu di cerita si pencerita yang pandai membawa cerita tu kepada orang lain. fuhhh mau meremang bulu roma kan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
dah mcm kat vietnam.. nak pegi jugak nanti
nikkhazami@gmail.com recently posted…Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens
cu chi tunnel kan? yup, tapi musium ni lagi best dari yang kat vietnam.
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
aku dah lama tak ke muzium ni..seram sgt ke kat sini? hehehe
kuat sangat pendinding ko pasang ni hehehe
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
Kalau pegi negara lain, mesti sibok nak ke muzium, kat negara sendiri tak teringin pun.. huhu. Tu sayalah..
Memang seram tengok gambar pun..
Fyda Noh recently posted…Kembali Bertenaga Selepas 3 Hari Bersalin Secara Caeserean
hehe itu masalah yang kita sendiri kena atasi. saya pengemar ke museum. dan banyak lagi museum kat dalam Malaysia yang masih belum saya masuk 🙁
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
lelaki dan wanita memang tidak dipisahkan terutama melibat yang nak tu…
jika negara aman boleh buat dengan isteri tetapi kalau perang terpaksa guna cara hamba untuk memberi ketenangan pada askar yang bertugas.
anyway..entri uncle memang best dibaca
mrhanafi recently posted…Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak
manusia. sentiasa kalah dengan hawa nafsu. what to do? sendiri kena fix this problem la kan 🙂
thanks sebab sudi baca travelog saya ke museum perang penang ini 😉
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
Kalau ambik night entrance sebab konon nk effect spooky, takut terpaksa guna bucket style toilet pulak. Haru biru sungguh jadinya nanti, hiks :p.
Nurul Shahira recently posted…Bila student putus cinta, Cik Sha berpeluh dahi..
dapat juga pengalaman pakai bucket style toilet hehehehe
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
kalau malam mesti lagi seramm.. mana2x peperangan pun mesti ada kes perempuan dijadikan sebagai hamba sex.
Bahrain recently posted…Movie Krampus Seram Sempena Sambutan Krismas
kalau saya, siang pun saya tak pi. huhuh
Raihanah Ahmad recently posted…Tudung Sekolah Awning Lembut Terhangat
sukar nak bayangkan macam mana keadaan dalam museum ni pada sebelah malam.
manusia, selalu kalah dengan hawa nafsu. atas sebab tu dari dulu hingga kini perempuan sering dijadikan mangsa puaskan nafsu sex
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
Entry ni diterbitkan tengah malam tu… Perasan juga… Tapi malas nak basa, sebab dah ngantuk sangat masa tu..
Anuar recently posted…Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
sampai hati tak malas nak baca entri ni waktu dia tengah panas di keluarkan dari kuali hehehe
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
tentera jepun jahat, ambil kesempatan pada tahanan wanita…
Ikhwan recently posted…Kerja Kerajaan Tanpa Melalui SPA
manusia yang kalah dengan nafsu..
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
ish tengok gambar pun rasa seram
Raihanah Ahmad recently posted…Sopak Boleh Dirawat Dengan Shaklee
hehe tu baru gambar kak. cuba la datang dan rasa sendiri tahap keseraman museum perang penang 😉
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
Hehehe… I won’t go in there….. Enough said… Lol.. Ngeri gila.. My daughter said tempat ITU memang keras gila and not for the faint hearted…
hehehe but still, tempat menarik tuk di terjah kan sis 😀
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
Pergh! Terbaik. Rasa menyesal pula tak sempat nak singgah muzium ni haritu. Confirm masuk dalam boleh terasa seram tu.
haaa tu la, pergi penang tak ajak aku lagi hahaha
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
Tengah-tengah malam muncul entry ni..seram laaaa…haha..
jangan lupa basuh kaki sebelum tidur ya. risau tak boleh tidur je nanti hahaha
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon