Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama
Fuhhh tajuk nak gempak je kan. Tapi memang betul pun, dengan menaiki Penang Hop-On Hop-Off (Penang HOHO) anda berpeluang untuk melihat leih 50 tarikkan utama di Pulau Pinang.
Mula-mula uncle tak tau pasal Penang HOHO ni sampai la uncle terbaca kat blog Pojiegraphy kisah dia terokai Pulau Pinang dengan HOHO.
Terus dalam kepala uncle, ok lepas ni kalau uncle ke Pulau Pinang, uncle kena cuba HOHO ni.
Baik, berbalik kepada kisah uncle ke Pulau Pinang tempoh hari, memandangkan hotel yang uncle duduki agak jauh sedikit dari hentian HOHO, uncle terpaksa naik bus dari Terminal Bus Sungai Nibong ke Komtar. Tak jauh pun masa perjalanan, bergantung pada trafik boleh pergi dalam 15-30 minit.
Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama
Nak tau kat mana nak naik HOHO ni?
Setiap perhentian HOHO akan ada tiang tanda HOHO macam ni. Dan ada 3 jenis hentian iaitu Standard Stop (warna biru), On Demand (warna pink), dan Interchange menjadikan kesemuanya ada 33 hentian.
Setiap satu hentian ada lebih dari satu tarikkan. Jadi kalau 33 hentian, jadikan lebih dari 50 tarikkan yang boleh di terokai
Menarik pasal HOHO ni, ada 2 jenis route atau laluan yang anda boleh naik iaitu Beach Route (warna hijau), dan City Route (warna oren).
Setiap laluan anda boleh tukar pada bila bila masa di 2 stesen pertukaran iaitu di Chowrasta (09) dan Gurney Drive (01).
Mana nak beli tiket HOHO?
- Boleh beli dalam mana-mana bus HOHO
- Kaunter khas di perhentian Gurney Drive dan Chowrasta
- Agen HOHO yang berdaftar
- Secara online di www.myhoponhopoff.com
Kalau dah naik HOHO tu, tak sah la kalau tak dok kat bahagian luar. Melayan panas terik dan angin yang bertiup~ huhuuuu~
Disebabkan uncle hanya 2 hari di Penang, dan hari ke 2 uncle dah ada deal untuk keliling Penang dengan blogger Azham, uncle hanya sempat layan HOHO untuk laluan bandar sahaja (City Route).
Terlalu banyak tarikkan menarik yang korang boleh terokai dengan hanya menaiki HOHO, sesetengah perhentian uncle terpaksa selfie jarak jauh je.
Kalau anda nak teroka Pulau Pinang dengan HOHO, uncle cadangkan ambil pakej 48 jam.
Dan satu lagi nasihat uncle, pilih betul-betul mana tempat anda nak pergi, jadi pergi tempat tu je sebab anda akan jadi rambang mata kalau tak tau nak pergi tarikkan yang mana satu.
Harga tiket HOHO
- Warganegara (Dewasa): RM19 (24Jam) & RM32 (48Jam)
- Warganegara (Kanak-kanak): RM12 (24Jam) & RM20 (48Jam)
- Bukan Warganegara (Dewasa): RM45 (24Jam) & RM79 (48Jam)
- Bukan Warganegara (Kanak-kanak): RM24 (24jam) & RM43 (48Jam)
Juga sila ambil nota;
- Waktu operasi HOHO ni adalah setiap hari dari 9 pagi sehingga 8 malam.
- Bus akan lalu setiap perhentian dalam jangka masa 20 hingga 30 minit (bergantung kepada keadaan trafik).
Jadi penting sangat untuk anda rancang dengan teliti mana anda nak pergi. Takut end up macam uncle, banyak tempat sangat nak pergi, tapi masa tak mencukupi haha.
Pengalaman menaiki Penang HOHO adalah pengalaman yang mengujakan pada uncle. Penang HOHO, salah satu satu solusi untuk trokai tarikkan-tarikkan menarik yang ada di Pulau Pinang.
Anda boleh usya lokasi perhentian bus Penang HOHO di www.myhoponhopoff.com.
Jadi, jom naik Hop-On Hop-Off Penang 😉
Nota kaki: Disebakan cuti yang tak panjang, selalu uncle akan ada kesukaran untuk explore lebih tempat tempat percutian yang uncle pergi.. Hmmm alangkah bagus kalau ada lebih masa untuk terokai tempat tempat menarik yang ada di setiap tempat yang kita lawati 😀
Waktu menunggu slow tak?
Nak try gak naik bas HOHO ni..
hehe try la. nanti ada kelapangan aku nak try KL Hop on Hop Off pula
Uncle Zuan recently posted…Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal
Sebelum ni dah baca dari blogger – blogger Utara tentang HOHO ni. Tambah lagi review Uncle, adeh. Menyesal tak naik HOHO ni masa g Penang hari tu T_T.
Harga tiket dia berpatutan untuk 24 jam punya trip 🙂
nanti kalau ke sana lagi, boleh la try HOHO.
rajin kan blogger utara promote kawasan utara 😀
Uncle Zuan recently posted…Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal
lama betul tak ke penang, dah macam2 ada sekarang ni ya
Raihanah Ahmad recently posted…Kesan Kesihatan Disebabkan Bauksit
macam-macam ada kat Penang ni kak. Maklum lah, antara destinasi popular negara hari ini 🙂
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
harga pun tidak mengecewakan..bagus tu..
ada rezeki lebih memang nak berbulan madu ke Penang nie.
mrhanafi recently posted…Fikiran Kosong Dek Layan Perasaan
haaa pilihan yang bagus juga tu. banyak tempat menarik yang uncle rasa romantik tuk pasangan baru berkahwin 😉
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
ko melancong sorang- sorang ke wehh?
titan recently posted…Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?
kadang-kadang je sorang-sorang travel. kadang ada travel buddies
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
Catchy la nama tu, Penang HOHO. Naik bus macam ni lagi best rasanya, tak perlu susah-susah nak cari parking, nak set-up waze bagai. More time with family as well. Anak-anak boleh sight seeing instead duduk dalam kereta main game sementara mak ayah terkial-kial cari direction.
hehe catchy kan nama dia.
betul tu, sesuai juga untuk family. tak rasa leceh la. waktu menunggu bus pun tak la lama sangat 🙂
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
Bila lagi la ada masa nak ke penang ni, boleh naik hop on hop
Noriza Rahman recently posted…Sumber Alternatif Pengambilan Steroid Untuk Pesakit SLE
kalau ke penang, jangan lupa naik HOHO hehe
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
selalu kolin pergi penang, tapi tak pernah terpikir nak naik HOHO ini dan explore.
Next trip kolin sure akan try ini. Thx!!!
ni mesti pegi penang jalan jalan cari makan je kan? hehe
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
menarik juga kalau naik bas ni
Raihanah Ahmad recently posted…Cara Perbaiki Tahap Diabetes / Kencing Manis Dengan Vivix
best kak! jangan lupa cuba nanti kalau ke Penang
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
Not bad..
G x ajak… teringin nk travel sesama
Bro Framestone recently posted…Murah Rezeki di Awal Tahun Baru 2016
hehe jom la next time bro. Teringin juga nak travel dengan Malaysia Famous blogger 😀
Uncle Zuan recently posted…Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
Dua hari RM32. Not bad la. Pusing bandoo.
yup. fair price la pada uncle.
Uncle Zuan recently posted…Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama
Sudah lama tidak ke Pulau Pinang. Pernah tinggal disana 5 tahun dari sebelum tadika sehinggalah sempat darjah 2. Tentu sudah banyak perubahan yang berlaku.
akubiomed recently posted…Main Sandboarding di pantai Klebang
wah lama sangat tu. kena kembali ke Penang kalau macam tu bro 😀
Uncle Zuan recently posted…Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama