October Wrap

Baru pertengahan October dah nak wrap? Neeeh saja je kasi tajuk macam ni. Bulan October dan September tahun ni cepat sangat berlalu. Den dah rasa macam 2 bulan jadi 1 bulan pulak. Kenapa den rasa macam cepat 2 bulan ni berlalu? Den wrap story dalam beberapa perenggan. Sila baca dengan penuh kesabaran.. 😉

Food poisoning. Pertama kali dalam hidup den kena keracunan makanan. Memang totally takde tenaga whole day sebab muntah muntah dan cirit birit. Makan je muntah, kejap kejap nak pi buang. Kena pulak pada hari cuti Hari Malaysia. Memang rugi cuti den sebab tu. Sampai sekarang den masih clueless pasal punca den keracunan makanan. Tapi den belajar lesson baru klu dah kena muntah muntah macam ni, kawan den advise minum air Yakult. Memang ia akan menghalang dari kita muntah muntah dan cirit birit sebab ada bakteria yang akan kawan dengan kita dalam air tu.

10643821_369034329919016_272126998_n

Harga ubat harini yang tak masuk akal. Nasib baik la ada medical card.

Hamstring injury gara gara tak warm up properly sebelum main futsal. Hamstring ni boleh cure dalam masa singkat iaitu sau minggu, atau sebaliknya bleh drag sampai 6 bulan tuk full recover. Dalam kes den, hamstring yang mungkin drag ke 6 bulan tuk full recover. Mana tak nya, naik tangga berapa anak tangga pun dok sakit sakit peha ni. Adoi. Ini la akibatnya tak warm-up dan kurang amek protin.

10693539_733127223432799_1607501071_n

Den duk kat luar je tengok member member main futsal. Ini adalah pemangkin den untuk cepat sembuh

Dekat 2 minggu tak upate blog gara gara  nak secure sit untuk finale contest iPhone 5s Gadjet impian Setiap Blogger. Hasilnya dalam 2 minggu den dapat drop 2896 komen. Tu baru penangan 2 minggu komen kat blog Denaihati, klu den full komited untuk sebulan, berapa agaknya komen yang den dapat drop? Macam mana den dapat drop komen sebanyak tu?  Senang je, den balas setiap komen komentar yang ada. Bayangkan klu ada 100 komen, den balas 100 komen, klu ada 1000 komen? 3000 komen? Mudah bukan? Tak perlu pening kepala tulis komen baru yang konfirm mengarut huhu 😀

Ok, tak banyak pun nak share sangat kat entry ni. Banyak blog den tak sempat blogwalking dan banyak komen den tak sempat balas. Sekian…

Zuan

Comments
  1. Noriza Rahman
  2. Ezad Skytech
  3. Ismail N
  4. miera
  5. Syaidatul Nadia Hussin
  6. Syaidatul Nadia Hussin
  7. kak yatiadam
  8. Denaihati
    • Zuan
  9. zik
    • Zuan
  10. Wan Zawawi
  11. Hairul Azni
  12. ema
    • Zuan
  13. Bahrain
  14. puteri kasih
  15. Hafizul
  16. titan
  17. Mohd Shubhi
    • Zuan
      • Afiq
  18. Nadot
  19. sabree hussin
    • Zuan
  20. Afiq
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge