MRFIX Tempat Repair iPhone Terbaik Kajang Bangi

Dengan lambakkan tempat repair phone harini, agak sukar nak membuat pilihan yang mana yang terbaik dan boleh memberikan kepuasan maksima. Uncle banyak juga la survery tempat repair smartphone terutamanya iPhone, memang tak dinafikan banyak kedai repair boleh bagi servis yang baik.

Uncle ada jumpa tempat repair iPhone ni dekat Bangi. Tak jauh dari tempat tingal uncle iaitu dari Kajang. Dalam 10 minit dah sampai. Nama kedai tu MRFIX. Korang boleh waze je lokasi MRFIX, confirm jumpa. Tak pun boleh je cari dekat alamat no50, Jalan 7/7A, 43650 Bangi Selangor.

Ada banyak faktor yang memainkan peranan kenapa uncle pilih MRFIX sebagai pilihan utama uncle untuk hantar servis smartphone. Kalau ada ahli keluarga punya phone ada problem pun uncle akan bawa ke MRFIX je. Ada kawan yang tanya kat mana tempat repair walaupun duduk dekat KL, uncle masih akan cadangkan MRFIX.

Bila korang dah sampai area yang Waze bawak korang tu, korang tengok papan tanda ni je dah tau korang kat kedai yang betul.

1- Free Diagnose

Staff MRFIX akan periksa dulu apa masalah phone korang berdasarkan apa yang korang bagitau. Kalau misalkata screen tak berfungsi ke, diorang akan cek dulu betul ke screen tu memang rosak dan sebagainya.

2- Bagitau Angaran Harga Repair

Selepas staff MRFIX diagonse, diorang akan bagitau samaada perlu tukar tak bahagian yang rosak tu, dan akan bagitau angaran kos yang korang akan dikenakan nanti. Kalau tak ada alat ganti, korang mungkin kena tinggalkan phone korang untuk beberapa hari sementara tunggu alat ganti sampai sebelum phone anda akan dibaiki.

nampak tekun je staff MRFIX ni buat kerja sampai uncle ambil gambar pun tak perasan.

3- Repair Face2Face

Uncle suka part yang ini. sebab apa diorang buat pun kita dapat tengok. Tak ada la kena tipu dan paling penting, tak ada la risiko gambar, video atau apa-apa maklumat peribadi kita terdedah untuk diambil pihak tak bertangungjawab. Biasanya repair face2face ni kalau phone korang ada masalah minor seperti screen rosak, speaker, mic. Kalau ada masalah berkenaan motherboard atau software mungkin kena tinggal juga phone korang.

Tak siap uncle, staff MRFIX tengah repair iPad yang ada masalah screen.

4- Staff Ramah

Kualiti memang tak dinafikan penting, Tapi penting juga customer service. Kalau staff ramah, tak berkira nak tolong, memang kita pun syok dan tak semena-mena kita pun akan mula rekomen dekat orang lain kan? Setakat uncle pergi ni memang staff diorang ringan mulut la. Tapi kadang kadang ada yang buat lawak sampai uncle pun penat nak gelak.

5- Ruangan Menunggu Yang Selesa

Susunan dalam MRFIX ni tak serabut. Dioang tersusun dan ada ramai staff yang boleh repair phone korang. Tak silap uncle ada dalam 5 staff bersedia untuk layan customer pada satu masa. Jadi masa menunggu tu tak lama sangat kalau la ramai orang yang datang untuk repair smartphone diorang kan.

Dah macam concept store jual smartphone pun ada gak mrFix ni.

6. Lebih dari repair smartphone

MRFIX ni bukan je padar repair smartphone sebenarnya. Diorang pun pakar repair laptop terutamanya MacBook. Tak silap uncle, asalnya diornag memang bermula dengan repair macbook. Tapi sebab makin banyak permintaan, diorang pun mula repair smartphone yang juga sekarang dah jadi kepakaran diorang.

Jadi mana nak cari MRFIX ni? Korang waze je MRFIX Bangi, dan ikut je la mana Waze tu bawak korang. Kalau dari Kajang dalam 10 minit je. Dekat sangat untuk orang Kajang.

Korang boleh tengok testimoni-testimoni customer sebelum ni yang pernah pergi MRFIX dekat FB MRFIX. Memang puas hati, harga pun berbaloi. Tak pernah lagi uncle datang 2 kali sebab ada masalah yang sama.

Nak cari aksesori macam cable, casing pun ada kat sini.

 984 total views,  4 views today

Comments
  1. Jaden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge