Kenapa Ulang Alik? Kenapa Tak Sewa Kat KL je?
Uncle dah banyak kali di tanya soalan macam ni. Dah macam macam jawapan uncle bagi kat si penanya soalan, daripada jawapan berbunyi logik akal, sampai yang tak masuk akal. Bro Framestone tak terkecuali dok banyak kali membahan uncle pasal komuter ni.
Pada yang tak tahu, uncle kerja di salah sebuah bank temptan di kotaraya sejak Oktober 2013. Family uncle dok Senawang, jadi hari-hari uncle ulang-alik ke tempat kerja. Biasanya uncle akan naik komuter di stesen Senawang, turun di KL Sental, dan kemudian naik LRT ke Kerinchi. Angaran masa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam 30 minit.
Kadar tambang Komuter dari stesen Senawang ke stesen KL Sental untuk sehala adalah RM6.30. Kadar tambang LRT dari stesen KL Sental ke stesen Kerinchi untuk sehala pula adalah RM1.60.
Selain dari uncle, sebenarnya ramai orang dari Negeri Sembilan, terutama dari Seremban, Senawang Dan Sungai Gadut kerja di Kuala Lumpur. Kebanyakkan menaiki bus dan komuter, tapi ada juga yang membawa kereta dan menaiki motosikal berkuasa tinggi ke tempat kerja. Jadi travel ke tempat kerja lebih 1 jam perjalanan adalah normal bagi kami.
Antara sebab uncle masih ulang alik dan tak menyewa di KL adalah kerana dari segi penjimatan dari segi kos. Uncle pernah cuba menyewa di KL pada awal tahun lepas selama lebih kurang 4 bulan. Hasilnya uncle tiada langsung wang simpanan. Gaji habis di gunakan untuk komitment seperti sewa bilik, bill, LRT, makanan, dan perbelanjaan lain. Jadi tak tahan dengan itu, uncle ambil keputusan dengan kembali ulang alik Seremban KL seperti sebelum ini. Hasilnya, uncle dapat simpan lebih RM100 setiap bulan 🙂
Selain tu juga, uncle masih lagi bujang (dan single hehe), jadi sementara bujang ni, dan sementara kedua-dua ibu bapa ada, uncle nak ada sebanyak masa yang boleh dengan family uncle. Ye la, dulu uncle belajar jauh kot. Time diploma belajar kat Sabak Bernam, time degree belajar kat Arau Perlis. Takde balik minggu-minggu deh, uncle balik time cuti semester yang panjang je. Memang tak banyak la masa time tu dengan family kan. Jadi sekarang antara sebab uncle nekad untuk-ulang alik adalah untuk ada quality time dengan family sebanyak mungkin. Hasilnya, ibu bapa uncle gembira 😀
Selama uncle ulang alik ni kan, pernah sekali uncle teridur dan terlajak ke stesen terakhir iaitu stesen Sungai Gadut. Ia terjadi sebab uncle naik komuter terakhir iaitu pukul 11.30, dan akibat terlalu penat uncle tertidur. Biasanya kalau uncle tidur, uncle akan set alarm. Tak kesah la tidur 15 minit pun, uncle akan set juga alarm. Waktu tu memang tak set la alarm sebab ter tidur kisahnya. Bila terjaga je, uncle rasa pelik sebab train dah berhenti, dan ada orang dok sapu-sapu sampah dalam tren. Uncle jengok ke luar, uncle terkejut sebab komuter berhenti pada stesen terakhir iaitu Sungai Gadut. Bergegas uncle ke depan komuter tanya kepada driver komuter kot kot dia boleh patah balik ke stesen Senawang. Orang kata malu tanya sesat jalan kan?
Alhamdulillah, driver tu nak patah balik ke stesen Seremban, dan akan berhenti ke stesen Senawang untuk drop uncle. Driver tu maklumkan juga kat uncle yang ramai sebelum ni terlajak juga macam uncle. Haha uncle tak kesorangan dalam hal ni.
Ada antara korang ulang alik macam uncle? Mohon share korang kerja kat mana, dan tinggal kat mana. Dan mohon share juga kenapa korang travel ke tempat kerja untuk bacaan pembaca blog ini. 😀
40,892 total views, 6 views today
About Author
Uncle Zuan
Seorang 'hantu burger' yang mula menulis blog sejak tahun 2009 dan telah menggunakan nickname 'Uncle Zuan' dalam dunia social media. Banyak berkongsi pengalaman travel, gaya hidup dan pendapat peribadi kepada pembaca.
nak tnya..klu naik ktm dr senawang pukul berapa ya?ktm paling awl pukul berapa?
bila baca part terlepas station tu gelak sendiri jak. pernah bha terlepas station seremban gara tertidur. untung baru di senawang. keluar tanya sma org kaunter dia cakap turun saja balik. nda scan apa lagi nasib bha.
Ada member opis hari2 naik moto alor gajah ke KL…
wow! terbaik tu
Nk tanye kalo bas semban ke klcc, bus drop passenger kt mane ye?
Alor gajah – KL? X jauh je??
Uncle… sy duduk PD. Akan keje kat Ampang… cer advise sikit ok x sy berulang? Sbb ade baby…kos berulang compare cost sewa umh n anta baby ke pengasuh kat ampang mcm lebih kurang je. Buntu….
Assalamualaikum. saya sudah berumah tangga setahun 5 bulan. Jadi selama itulah kami suami isteri hidup berjauhan jumpa hanya di hari minggu shj. Saya menyewa dan bekerja di Melaka, sementara isteri duduk dengan family dan bekerja di USJ. Agak-agaknya la kan, berbaloi tak kalau kami berdua menyewa rumah di Seremban/Senawang dan berulang alik hari2 ke tempat kerja.
Waalaikumussalam,
saya telah kumpulkan 2 jawapan untuk persoalan tuan di atas;
1. “Tarmizi Taisho ok je nk sewa seremban / senawang sbb ia mcm middle point jd akn memudahkn kdua2 phak utk blik n jumpa, plus seremban n senawng jgk tmpat yg kos sara hidup agak sdrhana , my point of view”
2. “Mohd Syahmi Better camtu. Seremban/senawang tengah2 antara melaka dan kl/selangor. Area kl boleh pegi keje naik ktm/bas/kertas, melaka naik kereta/bas. Kalau nak cari rumah sewa area s2 abah aku ada. Huhu.”
harap ia membantu 😉
okey terima kasih tuan atas jawapan yang diberikan.
Thank you..lepas baca blog awk trus xjd menyewa n nk ulang alik je walaupun dr kajang ke shah alam..hehe 😁
sama sama, enjoy travelling to work ya 🙂
Uncle Zuan recently posted…Moh Bawa Kotak Pergi Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
Assalamualaikum. Sy berulang dari Senawang ke Jalan Raja Laut DBKL. Dari Terminal 1 naik laluan khas turun depan opis. Harga tiket RM175. Sebab berulang isteri kerja Kuala Pilah dan dah ada rumah di Taman Bandar Senawang.
Shaiful TBS Senawang recently posted…Did You Know About Hazard Lights
Waalaikumussalam, itu yang sebaiknya. lebih jimat kos seharian dengan traveling ke tempat kerja menaiki bas menggunakan pas bulanan. bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian 😀
salam nak tanya. ada x yang berulang dari seremban ke kl atau lebih spesifik, ke unicersiti malaya naik bas?
salam. kalau ke UM menaiki bus tak pasti.
Naik komuter senang.
Dari seremban terus pergi KL sentral dan terus tukar naik LRT pergi Abdullah Hukum. Universiti Malaya kat bawah stesen tu jer.
PENDEKAR recently posted…Gambar Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia
salam nak tanya, masih berulang ke UM ke? macam mana caranya ya yang paling cepat utk ke UM drpd seremban?
dan nak tanya juga, ada tak sapa2 yang carpool dengan kenalan yang berulang pj seremban tiap2 hari pergi kerja?
Terima kasih
Bestnya uncle. Kalau dari putrajaya ke klcc berapa minit ea?
What… Saya pun travel senawan- KL by train… X penah nmpk pun uncle…huhu.. tp dlm masa yg sama masih menyewa kat puchong… InsyaAllah bln 10 fully travel… X rase pnt pun.. Tp best gak travel nie.. Huhuhu
Orang somban ko?hehe.. Keliling rumah akak ni ramai je ulang alik ke KL lagipun kalau stay shah Alam kerja di KL sama je sejam baru sampai (kalau naik bas lah)
ruggedmom recently posted…Motivasi Pagi | It can be anytime, anywhere
hehe eden orang somban. tapi tak lama la dok ulang alik ni. dah fikir nak bonti keje buat business
Uncle Zuan recently posted…Jom Kita Travel ke Eropah
Kalau mcm sy ni kan baru je keje kat subang jaya almost 3bln.skrg ni mmg menyewa lah kat kawasan usj tu. rumah parents kat town seremban tu haa.kalau balik somban dari ktm subang ke seremban dlm masa 1jam setengah. Agak2 nyer lah kan uncle boleh ke kalau sy ulang alik naik tren setiap hari dari seremban – kl sentral – subang jaya?? Sewa di subang bilik shja dah rm300 sebulan. Dlm dilema sbnrnya sama ada nak stay sana atau ulang alik?
terima kasih kerana bertanya.
uncle hanya boleh memberi pendapat bergantung pada pandangan mata kasar uncle. selebihnya terletak pada anda.
1. ulang alik:
kelebihannya – banyak masa dengan family; jimat kos sewa rumah, makan, dan hiburan
kekurangan – penat travel (tapi tak terasa kepenatan kalau dah lama travel), masa terbuang sehingga 4 jam (tapi boleh di isi dengan membaca buku dan tidur)
2. teruskan menyewa:
kelebihan – tak penat; banyak masa untuk berhibur
kekurangan – kos menyewa, makan dan hiburan; tak banyak masa dengan family (sementara masih muda dan bujang, lebih baik spend masa tu dengan ibu bapa dan keluarga. nanti dah kawin dan bila ada keluarga sendiri, susah nak spend masa dengan ibu bapa tercinta)
harap 2 point ini membantu. semuanya terletak pada apa anda nak?
kalau uncle, uncle nak masa dan keluarga. sebab tu uncle pilih untuk travel 🙂
Terima kasih atas pendapat yang diberi. Inshaallah segala cadangan akan dipertimbangkan sebaiknya.kualiti masa dgn family adalah keutamaan
sama-sama. kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk bertanya uncle. boleh juga hubungi uncle secara terus menerusi ruangan ‘hubungi’ 🙂
Sy bakal bkerja di kelana jaya.. nak berulang je nanti dari senawang ni.. so bpe lme agk nye mse y d ambil nek train dr senawang ke kl sentral dan trus ke kelana jaya tu? 3 jam atw lbey?
Saya ingin bertanya beberapa soalan kerana saya tinggal di PD & dpt offer di midvalley selama setahun ,x pernah guna public transport. Serba salah nak cari bilik or nak ulang alik.
1) Komuter tu selalu penuh ke klo nak kejar kol 9 kt KL?takde seat?letih juga klo nk berdiri sejam lebih..
2) Saudara tau berapa harga parking kereta or motor whole day kt stesen seremban tu?selalu ada parking ke?
Terima kasih atas info..
hi, terima kasih atas soalan;
1) kerja masuk pukul 9 ke? kalau macam tu, di cadangkan naik komuter pukul 7. Lebih baik naik komuter di Senawang daripada di Seremban sebab boleh pilih seat. Jangan risau la, seat di stesen awal seperti senawang, seremban, nilai sentiasa ada.
2) untuk parking rate motor adalah rm1 sehari, kereta adalah rm5 (kalau tak silap), sekali lagi saya cadangkan naik di stesen senawang sebab parking percuma 🙂
Terima kasih atas info..saya dh mencuba kelmarin dari senawang. Perjalanan PD-senawang dlm 30mins dan train ke midvalley 1jam 30mins. Pass bulanan RM244. So saya akan menghabiskan masa 4 jam plus sehari untuk perjalanan. InsyaAllah Isnin ni saya akan melapor diri. Alah bisa tegal biasa as long dpt jumpa anak hari2. Semoga semua urusan harian kita dipermudahkan. Sekali lagi terima kasih.
tak mengapa korbankan masa travel untuk keluarga kita yang tercinta 🙂
Uncle Zuan recently posted…Perbaharui Passport Di Pejabat Imigresen, UTC Mini Keramat
Setuju sgt! Kalau setiap hari duk jauh ngan family hati meronta2 mahu balik better korbankan masa travel kita. Mula2 mmg org ckp agak perit dan ssh lama kelamaan akan jadi biasa.ibarat naik tren tu mcm naik kereta @ moto saja.
Dah try pegi keje naik tren pagi td dari sremban pukul 6.40pg smpi ke subang pukul 8.40pg. So xbleh kua waktu cmtu nak ke subang.selewatnya pukul 6pg kene naik tren dah.baru tak terkejar.agak seronok juga pegi keje naik tren.
bagus. janji kita gembira. penat kejap je rasa kan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Pekena Aloha Chicken @ Fuel Shack KLCC
Nak tanya berapa kos sebulan ulang alik naik komuter? And paling awal komuter 6.30 kan?
Assalamualaikum..tumpang tanya memang ada pass bulanan ke naik ktm dari senawang ke midvalley.. Kne beli kat kaunter ke cmne..
Hi,
Saya pun pernah ulang alik. Naik bas dan komuter. 2-2 pernah try. Syok lagi naik bas sebab dapat tempat duduk. Sekarang da tinggal KL bila kawan ajak duduk rumah sewa. Saya pun pernah tertidur kat komuter sampai sungai gadut. Bangun2 orang takde, lepak kat luar dulu tunggu keretapi nak ke senawang, tapi rupanya bila tanya driver, dia cakap da takde komuter ke seremban. Then, dia ajak naik train tu, tapi kena duduk kat belakang nya je.
hehe sama la pernah tertido gak, nasib driver tumpangkan balik ke senawang 😀
bas kurang prefer sebab malas nak ke seremban
Uncle Zuan recently posted…Buffet Ramadhan di Kelantan Delights Citta Mall
Masa bujang dulu kerja kat Padang Meha Kulim. Tinggal kat Penanti Bukit Mertajam. Ulang alik naik moto EX5 Kapchai setiap hari sejam pagi dan sejam petang. Kalau balik lewat seram sejuk kena lalu di bukit lengkok. yg orang cerita banyak pontianak. Bila dah lama jadi biasa dan tak takut lagi. Dan tak pernah pun jumpa hantu.
Sama macam tuan juga, rasa puas ulang alik walaupun ambil masa sebab dapat tinggal dengan ibu dan makan makanan ibu… itulah yang terbaik !
Mohd Shubhi Abdul recently posted…7 Langkah Keluar Dari Hutang RM61,000 dalam Masa 25 Bulan
wow lagi mencabar pengalaman tuan. saya salut orang travel naik motor. banyak dugaan dari orang naik kereta. 🙂
Uncle Zuan recently posted…Buffet Ramadhan di Kelantan Delights Citta Mall
Aku masa bujang dulu.. g keje naik moto.. bangi-kl. 45 minit tiap2 hari.. pergi balik.. hilang sejam setengah. tapi ok la..duit minyak moto, berapa sen je. jimat oo
Hafiz Rahim recently posted…Tukar DNS Unifi (Router RG-Innatech RG4332)
best kot naik motor. nasib den ada skuter je. klu superbike dah lenjan naik motor ke tempat keje huhu
Uncle Zuan recently posted…Buffet Ramadhan di Kelantan Delights Citta Mall
just nak gi keje je 1j 30m ek.. cekalnya hati awak
demi sesuap nasi dan demi keluarga tercinta 😀
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
dulu kalau balik kampung kat negeri sembilan selalu naik KTM. tapi lama2 tak sanggup lak nak duduk dalam KTM tu lama2 sebab dari shah alam nak ke seremban je amik masa nak dekat 3 – 4 jam baru sampai KTM seremban huhu… naik bas lagi cepat hehe…
by the way gagah tul mengulang dari seremban ke KL 😀
Mohd Rasul recently posted…Kisah Kejayaan Pengasas Butik Bella Ammara
haha tak dinafikan memang jauh. eh tapi rasanya tak sampai 3 jam pun kan bro?
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
saya pon berulang kl seremban..almost 4 bulan dah..penat tu mmg penat …lagipon ramai gilaaa org berulang kl seremban..reason x nak duk kl..sebab nak tgk muka parents hari2 sementara tgh single ni :))
baru 4 bulan, nanti lama lama dah tak rasa penat tu macam uncle 😀
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
assalamualaikum,
ramai aje pun orang ulang alik dr seremban ke KL dan kaw sekitar. kos tinggal di KL, makan pun mahal. pendek kata semuanya pakai duitlah walaupun tak adalah selesa mana
Anyss recently posted…Cekodok Biskut Air Banjir
sangat ramai sebenarnya terutama kat stesen senawang sebab ramai orang dok kat senawang 😀
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
duduk dengan family pilihan yang terbaik… duit boleh dicari… doa mereka sangat dekat dgn Allah swt tau… buat mereka happy pun kira satu pahala juga.. sabar la yr.. teringat pula masa kak duk kl.. suami duk ipoh.. ada juga sekali dua pokai bila setiap minggu jumpa.. kos rm tu.. makan mimum.. tambang bas dan lrt.. kos minyak kereta ambil dan hantar ke pudu tau…. ki ki ki
kak yatiadam recently posted…SERANGAN JANTUNG.
lagi hebat pengorbanan kak yati berbanding saya. semoga semuanya dipermudahkan pada masa hadapan ya kak 😀
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Kalau dari rumah ke tempat kerja mempunyai kemudahan transport awam yang efektif baik gunakan sebab memang jimat banyak. Duit tol, duit minyak serta duit parking 🙂
alhamdulillah, untung ada rumah dekat dengan kemudahan awam yang ada saya antara terbaik ni 🙂
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
sebulan RM100 ppun dah cukup bernilai, boleh buat belanja kahwin 🙂
Ikhwan Fahmi recently posted…Emel Susulan Untuk Bisnes Simkad
hehe berapa tahun nak kena kumpul baru cukup tu 😀
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Terbaik ni uncle haha
azham ahmad recently posted…Pemanis Stevia
jom naik ktm komuter 😀
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
WOAAA.. perjalanan 1 jam tu.. tak sanggup den..
fatihah fazlin recently posted…J.U.N.E
orang kata hendak seribu daya hehe 😀
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Pernah travel kerja paling jauh ke Jln. Ipoh K.L je. Sekarang naik kereta ulang-alik ke tempat kerja dekat je dengan rumah.
Tahniah dan syabas kerana berjaya menyimpan setiap bulan.
ieta mat saad recently posted…CHOCOLETTO sedap hingga menjilat sudu.
syoknya tempat kerja dekat dengan rumah 😀
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Jarang sangat ada anak lelaki bujang yang dah bekerja nak lepak duduk rumah dengan ibubapa macam uncle…thumbs up!
Noriza Rahman recently posted…Hilangkan Kesan Kotoran TANPA Menggunakan Peluntur!
lagipun uncle masih ‘muda’ lagi hehehe
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
2minggu lepas pujuk akak ipar yg dok kl beli rumah dekat seremban dan ulang alik je dari seremban, siap bg contoh kawan blogger seri ulang alik hari2…hehhehe
semoga dapat la ye beli rumah kat seremban puan Ummi Seri, kat seremban lepasni boleh jadi lokasi investor untuk invest in property 😀
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Ambo pulak duk Ampang, pergi kerja dengan motosikal EX5 je. Berulang alik dari Ampang ke Kelana Jaya lebih kurang 45 minit sahaja. Ambo berulang-alik bukannya apa, saja nak jimat kos hanya menggunakan motosikal sahaja.
kamil salleh recently posted…Sakit Lutut, PRO Kas Penawarnya
naik moto la terbaik bro, tak jem macam naik kereta. tapi kalau kena hari hujan mesti perit sikit kan bro?
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
nasib baik tak keje cam uncle..
parah juga kalau nak berulang alik 1 jam lebih
zool recently posted…Pencapaian Mei dan Sasaran Jun 2015
demi sesuap nasi, klu ko kat tempat uncle pun mungkin akan buat macam tu gak 😀
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Hoho..teringat masa belajaq kat pilah dulu..ambil bas..naik komuter ke nilai..kekadang lajak ntah sampai mana2..
titan recently posted…Sakit lutut kerana aktif bersukan
haha macam mana leh lajak tu?
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
jauh juga kalau nak ulang alik macam tu. Semoga terus succes dalam kerjaya 😀
adarain recently posted…Blogger Semakin Melampau Dalam Menyebarkan Maklumat
thanks bro 😀
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Boleh tahan jauh.. ada member melaka kl ulang alik… hari2 naik motor je
zik recently posted…Seni duit kertas dollar
penah dengar juga tu…
zool recently posted…Pencapaian Mei dan Sasaran Jun 2015
klu sy ada superbike, nak juga buat macam tu huhu
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
tengok jenis motor gak la. macam uncle pki skuter je. skuter uncle ni buat jalan jalan dlm pekan boleh la. jauh jauh dia semput huhu
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Eloklah bila niatkan nak rapat dengan ibu bapa, mesti hidup makin berkat.
Dulu kalau ada program kat KL, memamng naik train kat Putrajaya. Sebabnya senang takyah fikir pasal parking atau jem. Lagipun tempat program dekat dengan stesen train kan…hehe
myliferia recently posted…3 Langkah Mudah Turunkan Berat Badan Tanpa Berdiet – Part 1
amin, harap di berkati hendaknya 🙂
parking dan jem ni memang memeningkan kepala kan?
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Bila dh biasa tk de masalah…
betul tu, pape pun saya syorkan, sesiapa yang masih bujang, rumah pun tak berapa jauh ke tempat kerja macam saya, ikut cara saya. lebihkan masa dengan keluarga 🙂
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
saya jalan kaki sahaja ke tempat kerja…lebih jimat lebih best la pulak
Hanafi Abdullah recently posted…Tips Power Untuk Berhenti Merokok
berapa km dari rumah ke pejabat tu? boleh jalan kaki pula tu
zool recently posted…Pencapaian Mei dan Sasaran Jun 2015
kan, best kalau macam tu
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
klu rumah dekat macam bro, sedap juga tu, silap silap lunch pun kat rumah hehe
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Den pun samo lah… berulang alik dari Senawang ke KL. Takde masalah pun. Lagi banyak jimat drp tinggal di KL.
Buleh yo sampai rumah pkl 8.30 malam. Siap buleh tunjuk ajar anak lagi…
antara kita nak tak nak buat jer…
Bab public transport nie kena faham sikit la… kok terlewat sikit tu adat ler…
Apapun, steady Uncle Zuan….
hehe thanks bro. bro antara insan yang beri inspirasi kepada den untuk ulang alik macam eden buat harini. inshaAllah akan di teruskan rutin ni sampai kawin nanti hehe
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Memang rutin kita bila berkerja di tempat orang.
Bagi cik akak tak de masalah kalau kita jarak tu tak sampai berjam2…
Lagipun pengangkutan sentiasa ada kan….
cik akak recently posted…Pelakon Antarabangsa The Rock Dinobat Sebagai Raja Selfie Dunia
betul tu, selagi tak memakan banyak sangat masa, kira ok la. sapa lagi nak pakai pengangkutan awam kalau bukan kita hehe
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
klu duduk dgn family eloklah ulang alik shj… byk boleh jimat mcm duit sewa rumah, dan duit makan….
ewanthology recently posted…mitsui outlet park klia
betul tu bro, ratus ratus saving 😀
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
atleast zuan dah jimat tang na bayar duit umah sewa tu kan…pilihan terbaik…
mek onie recently posted…Buffet Ramadhan 2015: Bangi Golf Resort Menyediakan sajian sehingga 200 hidangan
thanks mek. 😀
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram
Setuju tu sementara bujang ni boleh la nak spend dgn family kan. Den lagi la seblm ni keje dokek Sg.Gadut dan ulang alik dari Port Dickson. Rakan kerja tanya tak nak menyewa ke kat Senawang dan tak letih ke ulang alik nek motor. Tergelak den. Sg.Gadut dgn Port Dickson tu dekat je pun. Tak jauh mana. Hahaha.
Jia Rizaira recently posted…Kisah Telur Dadar
hehe adik den pun dah mula jadi traveller juga, tapi tak jauh macam ekau la, Senawang ke PD 😀
Uncle Zuan recently posted…Jual Beli Melalui Instagram