Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika tertanya tanya, gambar di atasu tu gambar siapa? Ia itu gambar uncle 10 tahun akan datang barangkali… Jadi anda boleh bayangkan macam mana rupa uncle lagi 10 tahun dan boleh bayangkan macam mana awet muda rupa paras uncle hari ini.
Sebelum uncle teruskan dengan pengenalan siapa Uncle Zuan, terima kepada semua yang sudi membaca dan memberi sokongan padu dengan penulisan blog uncle yang tak seberapa ni. Ada yang telah mengenali dan mengikuti uncle sejak pada awal penglibatan uncle dalam dunia blogging dan tak putus-putus memberi sokongan dari segi moral supaya uncle tidak berhenti di pertengahan jalan.
Mula Menulis Blog Sejak 2009
Uncle mula menulis pada pertengahan tahun 2009 menggunakan platform Blogspot menggunakan url http://eleventx.blogspot.com/ dan pada Jun 2013 mula beralih ke platform WordPress dengan menggunakan url http://unclezuan.com/ menggunakan Saleiz Hosting kerana ingin menulis blog dengan lebih serius disamping menjadikan blogging sebagai salah satu sumber pendapatan.
Antara pencetus utama uncle blogging adalah apabila salah satu kawan baik uncle ada menulis blog (sekarang dia dah tak menulis lagi sebab sibuk dengan perniagaan). Pada waktu itu uncle main update sahaja. Tak ada hala tuju penulisan. Banyak entri pun copy paste. Tapi bila dah lama-lama, bila dah kenal rakan blogger yang hebat-hebat seperti AbangEnsem, Denaihati, Shakiddo, Eazy Izzuddin, dan beberapa blogger lain yang berlainan niche, uncle mula fokus pada niche lifestyle dan travel. Ketika itu uncle banyak menulis movie review, gambar dan macam-macam lagi.
Kadang kala perlu poyo untuk jadi lebih baik
Kenapa Beralih ke Dot Com
Perubahan drastik yang membuat uncle berhijrah kepada unclezuan.com adalah apabila uncle hadiri Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network.
Ketika itu uncle dapat lihat betapa besarnya komuniti dunia blogging. Panel-panel hebat yang uncle lihat dengan mata uncle sendiri adalah Nisa Kay, Amanz, dan Rayan Haris. Ketika itu terus uncle membuat keputusan untuk serius dalam blogging dan terus berhijrah ke unclezuan.com.
Uncle juga suka memakai roll up 3/4 cargo pants, suka berjalan-jalan, mengikuti kelas ilmiah dan kerap berkongsikan pengalaman dan ‘gaya hidup uncle’ di blog dan laman Instagram uncle (jangan lupa follow ya).
Blog Uncle Zuan masih berkonsep yang sama uncle tulis di blog Eleventx (juga dikenali sebagai Saiazuan Blog), iaitu konsep sharing atau perkongsian. Apa-apa yang uncle anggap sesuai dan bermanfaat di kongsi, uncle akan kongsi kepada pembaca. Uncle juga suka menulis review mengenai makanan, film dan buku kerana ini adalah kegemaran uncle.
Selain itu, uncle juga ada berkongsi tempat tempat percutian yang pernah uncle pergi kepada pembaca uncle.
Boleh hubungi uncle secara terus di ruangan Hubungi atau menerusi FB Page Uncle Zuan jika ingin mengenali uncle dengan lebih rapat, atau jika ada sebarang pertanyaan.
Setiap hari adalah kembara kita
Bermulanya Fulltime Blogger
Sejak September 2016, uncle dah mula menjadi seorang full-time blogger. Uncle quit dunia koperat, dan Alhamdulillah mula di-approach oleh pihak media, dan pemilik-pemilik produk termasuk dari badan-badan pelancongan.
Collaboration Partners
Portfolio
2017
- Amna Home – Local Partners Platinum Membership
- Amna Home Tokyo
- Cuti-Cuti Jepun
- GT Mobile – GT-888
- GT Dollar Apps
- Swiss-Garden Damai Laut Food Hunt
- Lets Cantik – Nur Sajat
- The Kenduri Review
2016
- Amna Home Perth
- MAHA 2016
- Ko Skin Specialist – Fotona 4D Launch & Promotion
- Honda Malaysia – Honda Hunt 2016 – Test Drive To Melaka
- Taurus™ Energy Drink
- Sinergi Ilmu – Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 Promotion
- Salam Browser – Web Browser Introduction
- Mewangi – Majlis Pelancaran Produk
- SM Parfume – Product Launch & Promotion
- Muslim Travelbug – Korea Travel Backpack Promotion
- TouristGuide.com.my – Grand Launching Event Coverage
- MyFoodLoft Kuala Lumpur
- Grand Beach Resort Port Dickson
Nota: Kemaskini terakhir: 27 Nov 2016
99,338 total views, 151 views today
Blogger hebat…
Pakar recently posted…CARA PASANG SSL HTTPS
Hai uncle! First time singgah blog uncle ni. #heshtegbloggertalk.
Huihhhhhh hebatnyaa Uncle Zuannn. Belum terlambat nak kenal Blogger otai macam Uncle kann. Tunjuk ajar ku sifuuu.
Nak kenal empunya komen bawak ibu sampai ke sini. Terima kasih singgah di blog Ibu Yusuf dan Maryam. Salam kenal..
ya salam kenal Ibu Yusuf 🙂
Uncle Zuan recently posted…Fiesta Magica Carnival Di IJM Land Yang Mempesonakan
assalamualaikum…ini rupanya uncle zuan…salam perkenalan.
waalaikumussalam,
harap tak indah khabar dari rupa hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
indah khabar dari rupa?taklah..rupa lebih indah dari khabar..huhu..
suka makan burger an?haaa.nanti jom pergi makan burger sesama.sebab saya suka gak makan..
salam perkenalan uncle zuan 🙂
syireenhalim recently posted…Kenapa Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 WOW?
salam perkenalan 😀
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Muda lagi…..! Ingatkan Uncle ni baya akak….hehehe Salam perkenalan nak… 😀
Zurainny Ismail recently posted…Panduan Menjana Pendapatan Dari Fotografi
hehe muda pada paras rupa 😀
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
hai uncle.
salam perkenalan
hi, eh bukan memang dah kenal ke? hehe
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
Salam Uncle Zuan, terima kasih kerana meninggalkan jejak di magazine online http://www.variaseri.com. Muda lagi Uncle Zuan ni ya..
waalaikumussalam. terima kasih juga kerana sudi kunjung ke blog uncle zuan
hehe muda pada paras rupa 😀
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
Uncle Zuan dh try pergi homestay pelegong yg xberapa jauh dari seremban x?. Dh xtau nk bw ank g jalan kt mane lg sbb sume yg Uncle Zuan tunjuk tu sume saya dah pergi..
Hi Leenlabu84,
Hmm uncle tak pernah lagi ke homestay pelegong. Kalau ada di beri kesempatan masa, uncle akan ke sana dan kongsikan di blog uncle ya 🙂
banyak lagi tempat tempat menarik di negeri sembilan yang uncle belum siap tulis di blog uncle sebenarnya, seperti Istana Sri Menanti, Hutan Lipur Ulu Bendul, Pantai Port Dickson, Museum Tentera Darat, Museum Lukut & Pengkalan Lukut, Hutan Lipur Lenggeng, dan banyak lagi yang akan di kongsikan di masa akan datang 😉
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
Salam perkenalan dari saya..admin
salam perkenalan 😀
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
Uncle masuk PSIS tahun 2006 dan Graduate dari PSIS tahun 2009 kan? Kalau saya posting ke PSIS pada tahun 2006, mungkin kita ada harapan untuk terjumpa di PSIS… Tapi saya posting ke Mukah dulu pada tahun 2006 tu… Dan dapan berpindah ke PSIS pada tahun 2011.. Salam perkenalan…
Anuar recently posted…Pengalaman Membeli Keperluan Projek Pelajar secara Online di Laman Web Cytron.com.my
kalau kita sama bash, mesti dah jadi kawan baik 😀
Uncle Zuan recently posted…Jaket Varsity – Simple Tapi Bergaya
hai uncle saya newbie kat sini. mohon tunjuk ajarku sifu. huhu
p/s : baru berkesempatan untuk menjengah kat blog kau yang baru (baru lah sangatttt. baru bagi aku. hahaha) ni. 😛
ked recently posted…EXPERIMENT SUCCESS!
huhu yek yek je newbies 😛
Uncle Zuan recently posted…Melantak Thai Rice Noodle di Boat Noodle
aah soklan yg sama ….KENAPA UNCLE?? kenapa bukan pakcik ke atok ke LOL HAHA smoga ketemu lg yer uncle zuan 🙂
Sizzling Suzai recently posted…Eid Mubarak 2015
pada asalnya nak letak baby zuan, tapi risau ramai nak peluk, so tukar ke uncle 😛
Uncle Zuan recently posted…Jaket Varsity – Simple Tapi Bergaya
errr sabo jerr!!
hehehe 😀
Uncle Zuan recently posted…Jaket Varsity – Simple Tapi Bergaya
NAk tanya kenapa panggil Uncle Zuan? Bukan muda belia lagi..?
Sani recently posted…Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
saja je letak nama title hehe
Uncle Zuan recently posted…Jaket Varsity – Simple Tapi Bergaya
smart la gambar dalam lrt tue.. nampak cool ja
uncle juga adalah seorang part time model :p
Uncle Zuan recently posted…Jaket Varsity – Simple Tapi Bergaya