Feeling Duduk Kat Kampung Di Chalet Riverside Janda Baik
Hmm lebih kurang satu bulan juga la uncle dah tinggalkan tempat kerja yang uncle dah bekerja selama tiga tahun. Yups! Gigih bertahan sebagai seorang telemarketer bank untuk selama 3 tahun. Pencapaian yang boleh dibanggakan beb! Bukan senang nak buat sales melalui call. Tanya la siapa yang pernah masuk bidang telemarketing, pasti tau kesusahan jadi telemarketer.
Task terakhir uncle sebelum meninggalkan tempat kerja adalah dengan menganjurkan satu weekend escape dengan harapan ia beri memori beharga kepada rakan sekerja.
Sebenarnya, uncle memang malas sebenarnya bab nak organize trip ni. Sebab tu kalau travel, uncle either travel solo, atau ikut orang atau ikut je FAM trip. Memang tak la nak bawak-bawak orang ni pi travel.
Bincang punya bincang kami pun ambil keputusan untuk weekend escape kat Janda Baik, Pahang. #DekatJe dengan KL. Ada la dalam 30 minit drive dari sentral of KL.
Bila dah decide lokasi, kena la decide kat mana nak stay, berapa bajet boleh keluarkan, apa aktiviti nak buat, timing semua.
Piece of cake je la pada uncle bab ni.
Jadi uncle dan beberapa orang college pun pergi la Janda Baik untuk cari lokasi penginapan yang lokasinya dekat dengan sungai, tak mahal, dan boleh buat BBQ sekali.
Cari punya cari; banyak yang mahal, dan tak ada kekosongan pada tarikh yang kami nak pergi.
Dalam perjalanan balik dengan perasaan kecewa, disebelah kiri jalan kami terpandang sign Riverside Janda Baik.
Dari tepi memang nampak menarik. Masing-masing macam berminat nak berhenti tanya.
Tanya punya tanya harga semua, kemudian tengok kawasan sekitar dan tengok bilik yang available, terus kami booking.
Jom uncle share gambar dan facilities yang ada kat Riverside Janda Baik ni;
Kami sewa 2 chalet. Satu Seroja, satu lagi Kenanga (gambar kat atas ni gambar chalet Kenanga).
Seroja perempuan yang duduk. Rental RM130 je per night. (tiada gambar diambil)
Kami lelaki ambil Kenanga, satu malam RM210 je.
Yang bagusnya, bilik air ada disediakan di dalam, bukan di luar macam biasa rumah-rumah kampung ada sediakan
Info: Riverside Janda Baik telah dibangunkan pada tahun 2008, adalah berkeluasan 3 ekar tanah yang bukan sahaja menyediakan kemudahan penginapan, turut menyediakan tempat untuk camping dan beriadah untuk keluarga.
Kenanga yang kami duduk boleh memuatkan sehingga 9 orang.
Siap ada bagi lagi extra tilam dan bantal dan ada juga bilik kecil yang boleh memuatkan 2 orang.
Antara faktor utama Riverside Janda Baik jadi pilihan adalah kerana ia berdekatan dengan sungai.
Senang nak pi mandi sungai 😀
Beberapa info tambahan mengenai fasiliti yang disediakan oleh Riverside Janda Baik:
- Ada disediakan padang rumput yang besar yang boleh memuatkan sehingga 200 orang. Sesuai la kalau nak buat aktiviti family day.
- Pihak Riverside Janda Baik juga menyediakan ruangan untuk parking kereta yang luas. Jadi tak perlu risau kalau tak ada parking.
- Untuk keselesaan pengunjung yang beragama Islam, turut disediakan sebuah surau.
- Jika anda nak buat meeting, atau makan besar, atau perlukan dewan terbuka, turut disediakan pihak Riverside.
- Pengunjung juga boleh menyewa pelampung, tikar dan alat pembakar BBQ pada kadar sewaan yang murah.
Riverside Janda Baik
Alamat: Lot 5506, Jalan Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang.
Contact: Hussin Bin Yusoff / Nor Zaiti Nordin – 019 948 3100
Email: makerting@riverside.com.my
Website: www.riverside.com.my
30,217 total views, 1 views today
Salam uncle zuan.
saya terbaca artikel uncle zuan bercuti di riverside janda baik. saya berminat dan nak bercuti ke sana pada 25/03/19 – 27/03/19. saya call nombor tu dari last week smpi la ni tak berangkat. sat ni saya baru email untuk booking chalet.
susah la nak berurusan , call masuk voice mail. dah tukar nombor kot. uncle zuan mohon pencerahan dan pertolongan, di mana saya boleh buat tempahan.
T’kasih,
Puteri Rania
Damansara
Wah, best jugak. Mesti sejuk kan ? .. hahah ..
Asyraf recently posted…5 Sifat Ini Anda Golongan Millennial
Update tentang Janda Baik
lawati page kami
https://www.facebook.com/pg/JandaBaikAttractions/reviews/
Saya baru blk dr janda baik.. tido semalam di riverside.. memang best..suasana kampung betul..sungai pun dekat je tepi jln.. tak puas rasanya sebab tido semalam je.. InshaAllah lps ni pasti repeat dtg lagi.. 🙂
Terbayang sejuknya air sungai tu, bestnyaaa
ada aircond tak?
Sungainya cantik, subhanallah….err..confirm tak ada buaya kan? Hehe. Duduk dekat dah, tapi tak pernah sampai sini.
haha tak ada buaya. jangan risau 🙂
Uncle Zuan recently posted…Xplore Johor – Explorasi Produk Pelancongan Desaru
Cantiknya..nyaman je..yang paling win sungai dia jernih..rasa nak terjun dalam tu panas2 ni
zara recently posted…5 Cara Menghilangkan Jerawat Dan Bekasnya Dengan Cepat
yup, time musim panas macam sekarang ni la kan syok nak mandi sungai hehe
Uncle Zuan recently posted…#AboutKL: Meneroka ‘Hidden Gem’ di KL
AKu baru je pergi riverside ahad lepas. Pondok full kot. Ramai yang ambik pondok dan bermalam kat tepi sungai. Challet pun full jugak. Kiranya popular jugak la tempat ni
sabree hussin recently posted…Dapatkan Baucar Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut dengan menyertai Kaji Selidik Online
aah memang selalu full bro. haritu pun kami booking 2 minggu awal
Uncle Zuan recently posted…#AboutKL: Meneroka ‘Hidden Gem’ di KL
oh janda baik…rasa nk pergi plak sana
Farid Laham recently posted…Mak Ambiklah….Tak Tau Lagi Bila Boleh Adik Bagi Mak Duit
bawak la family or kawan-kawan ke janda baik. larikan diri dari kesibukkan kota hehe
Uncle Zuan recently posted…45 Minit Sitting On The Ledge – KL Tower International Jump 2016
menarik…tengok sungai dia mcm mendamaikan
try la datang tidur satu malam. bestttttt 😀
Uncle Zuan recently posted…45 Minit Sitting On The Ledge – KL Tower International Jump 2016
best jugak kalau buat famili day takpon lepak dengan kawan2. tapi jauh nya nak ke sana
weekend escape yang terbaik la untuk mereka yang dalam radius 1-2 jam drive ke Janda Baik.
Duduk di mana?
Uncle Zuan recently posted…45 Minit Sitting On The Ledge – KL Tower International Jump 2016