Cara Nak Keluarkan RM500 Secara Bulanan Di KWSP Melalui I-Lestari
Sejak kerajaan mengumumkan pencarum KWSP dibawah umur 55 tahun boleh keluarkan sehingga RM500 secara bulanan, uncle berfikir panjang sama ada patut ke tak uncle keluarkan duit tersebut. Ye la, kita simpan untuk hari tua, tapi hari ini sebab COVID-19 ni jahat sangat uncle pun rasa patut la keluarkan sikit untuk melawan ketidaktentuan ekonomi hari ini.
Kebetulan korang dah sampai ke blog ini, ini mungkin kali pertama anda ke sini sebab mencari cara nak keluarkan duit EPF / KWSP. Kalau ini bukan kali pertama, maaf la ye uncle dah lama tak update blog ini. Dah bersawang kan? Haha.
Baik sebelum korang ke langkah-langkah nak keluarkan duit EPF / KWSP korang, pastikan korang dah ada login id EPF / KWSP sebab kat sini uncle nak story cara nak buat untuk yang ada login id je. Yang tak ada tu jangan bersedih, boleh la korang pohon dengan KWSP melalui email: ilestarimohon@epf.gov.my atau melalui pos yang uncle pun tak tau macam mana nak buat haha.
Baik, ini uncle kongsikan langkah-langkah nak keluarkan duit simpanan EPF korang sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan secara online.
2. Kemudian tekan e-pengeluaran.
3. Akan ada beberapa jenis pengeluaran, untuk pengeluaran RM500 sebulan ni, korang ambil ‘i-lestari’
4. Dan korang klik seterusnya untuk ke langkah 2.
Minumum pengeluaran sebulan adalah RM50 dan maksimum adalah RM500. Tetapi pengeluarkan ini had kepada 12 bulan sahaja.
6. Masukkan butiran akaun bank anda iaitu nama bank dan nombor akaun simpanan atau semasa korang. Maklumat ini masukkan betul betul ya, jangan salah pula.
8. Masukkan no TAC yang korang terima dan tekan butang hantar.
Dah siap semua, tunggu la pihak KWSP proses permohonan korang tu. Bayaran pengeluaran i-lestari akan dibuat mulai Mei 2020.
Harap perkongsian mudah ni membantu korang.
Duduk Rumah DIAM DIAM.
1,333 total views, 3 views today