4 Tarikkan Menarik Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Dah 3 kali uncle terjah ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. 3 kali terjah, tiga kali uncle flat gara-gara kurang fit. Memang relaxing sepanjang beriadah di dalam hutan rekreasi mini ni. Untuk pengetahuan, Tanjung Tuan juga di kenali dengan hutan lipur, atau Cape Rachado, Hutan Rekreasi Tajung Tuan adalah tempat rekreasi menarik yang punya empat (4) tarikkan menarik untuk di terjah!
Yup… Uncle ulang, ada 4 tarikkan atau check-point menarik untuk di terjah.
Biasa kita dengar kalau masuk Tajung Tuan, pasti akan naik bukit dengan berjalan kaki merentasi hutan dan jumpa Rumah Api (Cape Rachado) kan? Sebenarnya ada lagi tarikkan unik yang ada di dalam Hutan Rekreasi Tanjug Tuan.
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak kira-kira 12 km dari Muzium Tentera Darat dan 16 km dari bandar Port Dickson. Terletak di dalam kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan, tetapi di bawah pemerintahan negeri Melaka. Kawasan ini seluas 60,70 hektar (149,98 ekar) sesuai untuk rekreasi, pencinta alam sekitar dan penggemar burung.
4 Tarikkan Menarik Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
1. Cape Rachado / Rumah Api Tanjung Tuan
Tarikkan popular yang membuatkan pengunjung ke sini adalah Rumah Api Tanjung Tuan itu sendiri. Terletak di puncak bukit pada 500 meter dari aras laut, bangunan yang berketinggian 24 meter ini adalah antara lokasi menarik untuk melihat matahari terbenam dan ber’selfie’.
Malangnya, atas faktor keselamatan rumah api tidak di buka kepada pengunjung untuk memasukinya. Cukuplah sekadar dapat melihat bangunan lama yang telah dibina pada sekitar tahun 1860 itu dari luar.
Anda sunset hunter? Boleh la mengambil gambar di sini.
2. Puncak Bukit Batu Putih
Tarikkan yang semakin popular di Tanjung Tuan adalah puncak Bukit Batu Putih.
Dari puncak, anda boleh melihat pemandangan ke arah laut selat melaka yang mengasyikkan. Rasa penat tu konfirm hilang bila berada di puncak Bukit Batu Putih.
Macam mana nak ke puncak Bukit Batu Putih?
Berdekatan dengan Rumah Api, ada satu laluan khas di sediakan untuk ke sini. Kalau dari arah rumah api, laluan tersebut ada di sebelah kiri. Memang tak jauh jaraknya. Anda kena alert dengan laluan khas tersebut sebab tak ada penanda arah.
Perlu redah siki hutan hutan kecil sebelum tiba ke puncak batu putih. Ada la 10-15 minit perjalanan. Laluan sangat senang untuk di ikuti walaupun tiada petunjuk arah. Jadi tak perlu risau, sesat tu takkan berlaku punya la.
3. Laluan Burung
Lokasi Tanjung Tuan yang strategik menjadi tempat laluan singahan burung pada musim penghijrahan burung. Ia telah menjadi lokasi penting untuk persinggahan burung-burung yang berhijrah dari Benua Asia hingga ke kepulauan Indonesia.
Antara spesis burung yang anda berpeluang untuk lihat jika bernasib baik adalah Burung Lang Baza Hitam, Burung Helang Kepala Kelabu, Burung Lang Sewah Cina, Burung Helang Lebah, dan Burung Lang Sewah Jepun.
Nota: Malangnya, waktu uncle kesini, tak nampak banyak burung di sekitarnya. Nak kena cari timing sesuai untuk kesini lagi nanti.
4. Pantai Cermin
‘The Hidden Gem of Tanjung Tuan” adalah 2 pantai yang bersih dan air laut yang jernih. Tak ramai yang tahu dan kalau tahu pun mungkin akan fikir banyak kali untuk ke sini.
Ini adalah di sebabkan anda perlu meredah hutan atau lakukan sedikit jungle tracking untuk ke sini. Ada la 15-20 minit perjalanan yang memenatkan sebab perlu menuruni bukit dan meredah hutan simpan di sini.
Tapi hasil yang anda dapat hasil redahan anda adalah….
Pantai pasir putih yang luas dan laut yang jernih… Pantai ini terletak di sebelah kanan menghadap ke arah Blue Lagoon dan Teluk Kemang.
Macam mana nak ke sini?
Ada satu laluan kecil di sebelah kanan kira kira 10 minit perjalanan dari pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Anda perlu meredah hutan selama 10-15 minit untuk sampai ke sini. Tiada tangga di sediakan seperti pantai yang berada si sebelah kiri (rujuk gambar di bawah).
Kawasan ini sesuai untuk berkemah sebab pantainya agak panjang dan lebar.
Dari kawasan pantai juga anda boleh nampak puncak Bukit Batu Putih sambil mendengar bunyi air laut dan menghidu bau alam semulajadi yang menyegarakan minda.
Nota Peringatan: Kebersihan kawasan sekitar perlu sentiasa di jaga, kalau nak camping di sini, pastikan jangan tinggalkan sisa sampah di sini. Bawa sampah itu keluar dan buang di tempat pembuangan sampah yang di sediakan.
Gambar di atas pula adalah kawasan di sebelah kanan.
Kawasan pantai atau teluk di sini tak sebenar kawasan pantai di sebelah kanan, dan kawasan ini lebih banyak berbatu yang menjadi lokasi kaki pancing. Tapi pemandangannya tak kurang hebat, dari sini boleh nampak hotel Lexis Hibiscus!
Macam mana nak ke sini?
Anda hanya perlu melepasi Laluan Burung yang ada di sebelah kiri, dan meredah kawasan hutan. Perjalanan meredah hutan menuruni bukit mengambil masa 10-15 minit.
Malangnya untuk tahap fitness uncle, nak check-in semua 4 tarikkan dalam satu hari memang uncle tak larat. Sebab tu uncle datang 3 kali untuk check-in dan teroka semua tarikkan yang ada di sini.
Siapa yang rasa fit tu, uncle cabar terjah semua tarikkan yang ada di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni dalam masa setengah hari! hehehe. 😉
Nota: Anda boleh masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dengan harga RM 1 seorang. Ia di buka dari jam 7 pagi sehingga 6 petang. Kalau nak bermalam atau camping disini, perlu maklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu untuk mengelakkan masaalah tidak di ingini berlaku.
34,789 total views, 7 views today
Saya pernah kesini. Time tu kami di hotel sebelah dia. Ilham. Sekarang x sure ada ke x lagi. Dgr hotel tu dh tutup. Lama dh sy pergi 2003. Masa jalan dlm hutan nk ke pantai tu, 2 kali terjumpa 3 sekawan berpakaian pahlawan zaman dulu2. 2 kali terjumpa benda sama jarak yg x jauh. Hati terdetik… Amboi cepatnya. Tp bila diorg potong? Dh la mcm pahlawan dulu2. Habis redah dan sampai hotel magrib.. So selepas pulang ke rumah 2 hari selepas tu. Sy pening kepala, tiap kali lepas magrib sampai tgh mlm. Bila mlm tidur mesti mimpikan org2 kecil seperti dayang2 keliling saya.. Picit kepala. Seminggu berlarutan dan saya demam malam. Terus gi berubat dgn ustaz. Katanya benda ikut dr hutan. Bukit tu pun berpenunggu. Sebelah kafir sebelah islam. Jaga la mulut dan hati. Jgn tegur2….
Boleh pakai selipar tak
Kita orang plan nak camping di sana. Ade tempat camping yang sesuai tak atau ade sesiapa tak boleh dicontact untuk bertanya tentang ini?
Kita orang plan nak camping di sana. Ade sesiapa tak boleh dicontact untuk bertanya tentang ini?
Coverage macam mana okay ke?
internet ok. pakai celcom ok la. tak teruk pun
agak2 bpe bajet yg pelu dikeluarkn kalu nk camping kat situ
ade plan nk pi camping la kat situ…boley buat unggun api x situ…sbb certain area camping org sne x kasik….plus dngr ade kubur kat sne…ade bnda2 misteri ke kat situ…kalo ade cam mlaz la plak nk camping situ…haha
better terus tanya kat orang yang jaga sana sebab saya pun tak camping lagi kat situ haha
hai nabil. baru tahu yang memang ramai yang tahu pasal kubur tu. kubur tu ada di atas pulau kecil yang belah kanan. ada juga yang kata ada tapak kaki hang tuah kat situ sebab katanya hang tuah bertapa di situ kan. sebab masa pergi tu terjah je, x study pun pasal tempat tu. so far xde perkara aneh kat situ, cuma melawat dengan niat yang betul la kan. baru-baru ni ada terjah ke sini, ingat nak naik lagi ke kubur tu. tapi ada pula yang buat shooting half-naked, rasa x selesa so x jadi lah. teringin juga nak camping kat sini. ada ke haiwan liar merbahaya di sekitar ye?
hai. x sangka ini rumah api tertua ya. ada sesiap ke sini dan perasa kewujudan dua buah kubur di atas bukit sebelah kanan pantai tu? bertulisan jawi pada batu nisannya.
alamak tak perasan pulak ada 2 tanah kubur di situ. kena pergi terjah balik ni
Saya pon lone ranger jugak..hihi 🙂 ketenangan tu ade bila mengembara sorang. bila ramai2, timing mesti lari.. haha.
betul tu, memang lagi tenang kalau sorang sorang.
tapi kadang-kadang uncle suka juga ada peneman ikut sama 😉
Baru sekali je aku sampai kat Tanjung Tuan ni…pancit weii…da la dengan tak bawa air minuman…redah sampai kat Pantai Cermin tu…tapi memang berbaloi la…cantik kat situ…rugi siapa yang masih belum sampai lagi…
P.S – aku rasa macam nak repeat pergi Tanjung Tuan dan Pantai Cermin ni…masa first time pergi dulu tak ready sangat…da sampai situ nak cepat balik…nak cari air…haus dan penat giler masa tu…HAHA
Ezad Skytech recently posted…Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid
Tak boleh nak bercamping lagi sebab anak-anak masih kecik..kalau dah besar mesti best piknik kat sini
Noriza Rahman recently posted…Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas
tak digalakkan kalau bawa anak anak kecil. kang apa apa susah pulak kan
Uncle Zuan recently posted…Lorong Seni, Tarikkan Terbaru Bandar Seremban
Itu lah, kena cari port yang boleh bawa anak-anak bercamping dan ada fasiliti
Noriza Rahman recently posted…1001 Khasiat Sebiji Lemon , Penyembuh Semulajadi
Syok nya depa jalan redah masuk hutan jumpa pantai cantik.. Nanti nk try jgk la cari tempat rare kat penang.. Banyak tempat tak teroka lagi.. Lagi2 tempat hiking.. 🙂
Mejuez recently posted…Remax Flexible Dash Board Car Charging Phone Holder Termurah Di LAZADA MALAYSIA
dengar dengar kat penang ada air terjun ya? nak try ke sana nanti 😀
Uncle Zuan recently posted…Perkara Yang Perlu Di ‘Take Note’ Sebelum Ke Korea
Wargh..biasa kalau pergi N9..gi PD je…tempat lain tak tau nak gi mana..lepas ni bolehlah cuba2 lokasi ni plak..tp kalau dengan kawan2 oklah..dengan family cam tak sesuai sgt
Faris recently posted…20 Idea Doorgift Menarik Untuk Tetamu Di Majlis Perkahwinan Anda
banyak lagi yang menarik boleh buat kat PD. nanti uncle kongsikan idea apa yang boleh dibuat di PD di entri akan datang 😉
Uncle Zuan recently posted…Perkara Yang Perlu Di ‘Take Note’ Sebelum Ke Korea
apa lagi terjunlah laut tuh.. air pun jernih jer
zik recently posted…Keputusan terkini Selangor vs Sheikh Jamal piala afc 15.3.2016
tak bawak extra baju setiap kali ke sini sebab niat nak santai santai je. lagipun uncle bukan penggemar mandi air laut. hehe
Uncle Zuan recently posted…4 Tarikkan Menarik Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
menarik rupanya tanjung tuan ni…
sangat menarik sebenarnya. sayangnya tak ramai yang tau.
Uncle Zuan recently posted…4 Tarikkan Menarik Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Aiseh… kalau ada geng memang syok dapat buat aktiviti macam ni
sabree hussin recently posted…Apa untungnya dengan menjadi ahli Jobdirumah?
mai la seremban, aku bawak jalan. aku pun sorang sorang je explore tempat ni. kadang kadang je ada kawan teman
Uncle Zuan recently posted…Perkara Yang Perlu Di ‘Take Note’ Sebelum Ke Korea
artikel menarik utk dikongsi kpd semua lone ranger mcm sy. 😀
MDHAFiZ.NET recently posted…Servis Buat Blog WordPress Self-Host Percuma
lone ranger juga ya? give me five la 😀
Uncle Zuan recently posted…Perkara Yang Perlu Di ‘Take Note’ Sebelum Ke Korea
untungnya dapat melawat tempat-tempat yang menarik begini
mrhanafi recently posted…Jom Sertai Program Penjimatan Wafymobile
ada peluang pergi la beriadah di hutan rekreasi tanjung tuan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Memakai Jam Berjenama Masih Lagi Satu Trend
uncle, kamera cantik..guna kamera apa ye?
spa8i recently posted…Borang Permohonan SPA8i Online
pakai kamera gopro je 🙂
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Pergi Bercuti Ke Krabi Dengan Percuma
Rajin hang berjalan2x. yang penting monopod tetap ada. hehe
hehe kamera gopro dan aku berpisah tiada 😀
Uncle Zuan recently posted…Perkara Yang Perlu Di ‘Take Note’ Sebelum Ke Korea
cantik2 gambar kat sini, ini bukti negara kita pun punyai tarikan pelancongan yang hebat
Raihanah Ahmad recently posted…Tips Hadapi Cuaca Panas Mendadak Disebabkan oleh Ekuinoks
betul. cuma orang kita je yang tak sedar betapa hebatnya tarikkan yang ada di dalam negara kita nI 🙂
Uncle Zuan recently posted…4 Tarikkan Menarik Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
uncle zuan ni memang aktif ye melawat macam-macam tempat..kalau la saya ada peluang macam tu alangkah indahnya..luas pengetahuan
olaoli recently posted…Fanatik politik di FB
cari la peluang untuk expore tempat tempat yang ada berdekatan dengan rumah anda.. pasti tak percaya benda benda menarik yang boleh di terokai 😀
Uncle Zuan recently posted…Memakai Jam Berjenama Masih Lagi Satu Trend