19 Barang Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Travel
“Barang apa lagi nak kena bawak ek?”
Persoalan yang sering kali diajukan apabila tengah packing untuk travel.
Kadang ada je barang yang tak perlu langsung dibawa, tapi dia bawa. Ada juga brang yang penting dan perlu dibawa, tapi tak bawak?
Tak dinafikan yang uncle sendiri pun kadang kala mengalami masaalah macam ni.
Untuk entri kalini uncle nak kongsikan beberapa barang yang WAJIB dibawa bersama ketika travel.
AMARAN! Entri ini agak panjang dari biasa uncle tulis. SO brace yourself…
TAPI tak semua barang yang uncle senaraikan ini perlu dibawa ya, ia bergantung kepada tempat yang anda nak pergi, berapa lama nak pergi, dan beberapa faktor lain yang uncle akan huraikan.
1. Passport / Dokumen Pengenalan Diri
Barang paling WAJIB dibawa kalau anda ke luar negara. Passport adalah dokumen pengenalan yang sangat penting kalau ke luar negara. Simpan dengan rapi dan pastikan dalam tempat yang selamat.
Tapi kalau travel dalam negara jangan mengada-ngada nak bawa pasport pulak ek.
2. Travel Charger / Power Hub
Kalau anda pernah baca entri uncle mengenai travel charger Innergie, pasti akan setuju yang travel charger ini adalah salah satu barang WAJIB dibawak kalau travel ke mana-mana sahaja.
Dengan 3 kepala USB, anda boleh cas sehingga 3 gadget pada satu masa. Jimat masa dan tenaga kan?
Kalau tak ada innergie pun, cuba la dapatkan travel adapter yang yang ada USB sekurang-kurangnya boleh sumbat 2 hingga 3 kepala.
3. Kamera
Rugi la sangat kalau travel tapi tak bawak kamera. Sekurang-kuragnya bawa la telefon pintar yang boleh ambil gambar yang cantik. Abadikan kenangan anda travel dalam gambar 😉
Pada yang dah lama baca blog uncle, pasti tau yang kalau travel uncle gemar bawa kamera GoPro sebab saiz yang kecil dan ada aksesori yang berguna untuk travel sebagai contoh monopod dan tripod yang bersaiz kecil dan ringan.
4. Earphone
Bagi uncle yang banyak travel solo, earphone ada peneman uncle ketika kebosanan. Adalah dinasihatkan bawa earphone yang kecil ketika travel sebab saiznya yang kecil dan tak memakan ruang yang besar.
Sebaiknya elakkan bawa headset, sebab saiznya besar dan memakan ruang ketika travel. Best memang best sound dia, tapi melecehkan anda nak bawa ke mana-mana.
5. Baju Hujan Pakai Buang
Hujan tak dapat diramalkan kedatangannya. Hujan juga adalah satu rahmant. Dan bila hujan turun boleh membataskan pergerakkan anda ketika travel.
Adalah sebaiknya bawa set baju hujan pakai buang yang boleh didapati di kedai serbaneka. Uncle selalu bawa untuk standby. Tak la basah kuyup time travel kan.
6. Botol Air Boleh Lipat
Fuhhh uncle tak sangka yang botol air boleh lipat ini adalah satu barang yang penting ketika travel. Pada asalnya uncle tak nampak kepentingan botol air ini, sebab kalau travel, dan haus, beli je la air.
Uncle experiment botol air boleh lipat ni waktu uncle ke Colombo raya yang lepas. Memang berbaloi ada satu beb! Isi je air kat mana-mana tempat yang ada air RO. Lifesaver!
Botol boleh lipat ni anda boleh dapatkan kat Sports Direct. Harga tak sampai RM10 pun.
7. Tisu Basah
Banyak negara yang tak menggunakan paip di jamban, yang mana menyukarkan mereka yang biasa menggunakan paip. Wet tissue atau tisu basah adalah barang penting yang perlu dibawa kalau ke nagara-negara luar.
Selain itu, ia juga penting nak basuh tangan kalau kalau tak ada tempat nak basuh tangan.
8. Pen
Biasanya sebelum mendarat ke sesebuah negara tu, perlu isi borang on arrival. Di sini pen merupakan peralatan yang sangat dikehendaki. Jadi kemana sahaja anda pergi, bawa la sebatang pen. Tak berat dan makan ruang yang besar pun.
9. Skin Protector / Sunblock
Kalau anda ke pantai atau pulau atau tempat tempat percutian yang panas terik, sunblock adalah tools penting untuk selamatkan kulit anda daripada menjadi hitam macam kulit uncle hehe.
Amalkan memakai sunblock kalau anda lakukan aktiviti outdoor. Mesej ini untuk uncle dan anda semua.
10. Deodorant
Sangat la tak selesa kalau travel tapi berbau badan. Uncle kalau travel, memang wajib bawa Deodorant jenis roll-on punya. Saiz kecil dan senang digunakan.
Sekarang ni uncle suka pakai Deodorant baru dari Dashing, bau wangi dan tahan lama pulak tu.
11. Plaster Luka
Bila travel, kita tak tahu bahaya yang mungkin mendatang. Jadi sebaiknya sediakan juga plaster luka. Mana la tau luka nanti, boleh tampal sementara dapatkan rawatan susulan di klinik ataupun hospital
12. Tisu
Selain dari wet tissue, tisu juga perlu bawa. Rasanya tak perlu cerita panjang mengenai apa pentingnya tisu haha
13. Penapis Hidung / Nasal Filter
Okay alat penapis ini adalah penting kalau anda ke negara yang tak punya kualiti udara yang bagus, ataupun ke tempat berhabuk, kawasan construction, dan kawasan yang punya kualiti udara yang tak baik untuk pernafasan anda.
Pada uncle ia adalah item yang perlu ada dalam beg, Tak pakai pun tak apa, janji ada. Sebab kalau tiba-tiba lalu kawasan yang kualiti udara dia tak bagus, boleh terus pakai nasal filter ni.
14. Travel Adapter
Satu lagi barang yang penting dan perlu dibawa kalau ke nagara luar lebih-lebih lagi negara yang menggunakan soket yang berbeza dengan negara kita.
Suatu kecuaian la kalau tertinggal universal travel adaptor ini.
15. Cermin Mata Hitam / Sunglass
Kalau anda rasa tak yakin ketika bergambar di depan kamera, pakai la cermin mata. Secara tak langsung ia akan menaikkan daya keyakinan anda! Trust me, I’m Uncle Zuan and I wear sunglass when I take pictures hehe..
Cermin mata sangat la berguna kalau anda nak jalan ketika cuaca panas terik. Selain itu ia juga menjaga mata anda dari silau.
16. Kunci Mangga
Kalau anda tidur di dorm atau backpackers hostel yang mana akan berkongsi bilik dengan traveler lain yang totally strangers, anda perlukan kunci mangga.
Kebiasaan anda akan diberikan sebuah locker untuk letak barangan anda, tapi anda takkan diberikan kunci untuk menguncinya. Jadi adalah baik untuk bawa kunci mangga untuk mengunci locker tersebut.
17. Minyak Angin
Kalau banyak ada kemungkinan kaki akan lenguh atau terseliuh. Bawa la satu botol kecil minyak angin untuk disapu kalau kalau ada leguh leguh kaki atau terseliuh.
Uncle biada pakai PROKas, memang baik wei produk ini.
18. Pembalut Luka / Bandage
Bawa la satu untuk balut luka atau bahagian yang tercedea sebelum dapat rawatan lanjut di klinik atau hospital. Semua ini boleh sertakan dalam mini first aid kit anda.
19. Wayar USB
Uncle pernah sekali bawa salah wayar USB yang kepala dia lain. End up terpaksa beli wayar baru. So uncle letak juga wayar USB sebagai barangan wajib bawa sebab kalau tak bawa, nak caj gadget anda dengan apa?
Tambahan: Anda juga digalakkan untuk membawa vacuum bag. Dengan Vacuum bag, ruangan storan boleh jimat sehingga 50%!
Baik, itu sedikit sebanyak barang yang biasa uncle akan bawa kalau travel. Memang uncle akan sediakan sekurang-kurangnya suku dari beg untuk isi barang ni je. Lagipun uncle kalau travel tak bawa baju banyak pun dan kebiasaan uncle akan bawa baju dan seluar yang cepat kering.
Harap perkongsian ini membantu anda dalam memberi idea apa barang penting yang perlu dibawa kalau travel.
Sebarang perkongsian untuk barang lain yang anda rasa perlu juga disenaraikan, jangan segan silu tinggalkan diruangan komen untuk info tambahan kepada pembaca blog uncle ini. 🙂
27,376 total views, 2 views today
About Author
Uncle Zuan
Seorang 'hantu burger' yang mula menulis blog sejak tahun 2009 dan telah menggunakan nickname 'Uncle Zuan' dalam dunia social media. Banyak berkongsi pengalaman travel, gaya hidup dan pendapat peribadi kepada pembaca.
Brp bajet utk ke krabi?
botol air tu style ah weh…nak beli satu la nanti…
mek onie recently posted…SABUN MANDI DARI I LOVE DAN KUSTIE, WATSONS MALAYSIA
Kena simpan list ni.. supaya ada yang tak tertinggal nanti.
Tapi yang penting kena sedia awal2 la.. kalau last minit mesti ada yang tinggal.. ahhai
Dedaun Comel recently posted…Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu
Uncle,
Out of your list, the items that I tak bawak ialah plaster, bandage dan lock. Yang lain semua wajib.
Emily recently posted…Creative Latin Dance Academy 2nd Anniversary Dinner-cum-Dance
that thing i akan bawak depend on situation and location mana I nak pergi. but most of time I tak bawak pun
Uncle Zuan recently posted…Pengurusan Lengkap Majlis Perkahwinan Dari A – Z Dengan The Kenduri
ada juga benda yang aku tak terfikir pun nak dibawa masuk dalam list kau ni…OK…noted…hehe
Ezad Skytech recently posted…2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ?
semua barang ni ikut kepada situasi dan destinasi
Uncle Zuan recently posted…Pengurusan Lengkap Majlis Perkahwinan Dari A – Z Dengan The Kenduri
TIP BERGUNA NAK TRAVEL NANTI..
Jie Susanos recently posted…Semakan Temuduga SPA Januari 2017
ya, sangat berguna. harap ia membantu anda dalam travel anda nanti 😉
Uncle Zuan recently posted…Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
Nice unlce. Lepas nih will makesure tak tinggal semua barang kat atas nih. Tapi Gopro tak mampu lagi haahhaha.
klu tak mampu gopro pun tak apa, atleast ada kamera yang boleh masuk dalam air 😉
Uncle Zuan recently posted…Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
nice sharing…lain orang lain barang travelnya..ada sama ada beza.
betul tu. lain tempat juga lain keperluan barangannya
Uncle Zuan recently posted…Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
Nice share.. 🙂
thanks. harap ia membantu
Uncle Zuan recently posted…Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
Perancangan yang cukup teliti…
Selama ni tak pernah terfikir pun nak bawa baju hujan, mangga, dan minyak angin…
Anuar recently posted…Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
semua ni ikut pengalaman sendiri juga. pernah sampai ketika tiba tiba sangat perlukan semua tu
Uncle Zuan recently posted…Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
nice sharing tips
thanks, moga ia memberi manfaat kepada anda on your next travel 😉
Uncle Zuan recently posted…Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
Uncle kalau nak ke korea bawak rm1000 cukup ke kikiki perlu ke bawak bagasi???? Dan makaman dari malaysia
kalau hotel dah bayar, cukup je. tengok la mana tempat nak pergi.
Uncle Zuan recently posted…Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
Uncle boleh bg list brg2 untuk ke bali indonesia