YES! Jualan Akhir Tahun!!!

Acara tahunan yang dinantikan shopaholics seluruh negara, Jualan Akhir Tahun! Acara seperti ini siasanya diadakan pada penghujung tahun dan pada tahun ini, YES diadakan bermula 16 Nov 2013 sehingga 5 Jan 2014.

Apa dijual pada Jualan Akhir Tahun atau YES! (Year End Sale)?

Macam tahun-tahun lepas; baju, seluar, kasut, buku, perabut dijual pada harga yang sangat murah. Murah sangat sampai ada pembeli yang swipe swipe dan swipe tanpa ingat hari esok.

The year is not complete without the 1Malaysia Year End Sale, a grand shopping event that wraps up the year with a bang. Shoppers can expert an interesting line-up of fashion-related events, entertainment and nationwide shopping promotions.

1Malaysia Year End Sale 2013 & 2014

Jualan akhir tahun diadakan di merata rata tempat. Semua peniaga berlumba-lumba untuk memberikan tawaran terendah kepada pelanggan mereka. Ada yang menawarkan buy 1 free 1, dan ada yang menawarkan kaedah pembayaran mudah dengan menggunakan kad kredit, ada juga yang menawarkan diskaun sehingga 90%. Berebut-rebut Mak Jemah dan Mami Jarum nak dapatkan fesyen kegemaran mereka.

 

Ehh, mana Izara?” Soalan yang mungkin timbul apabila si Ibu atau Bapa selesai membuat pembayaran barangan yang dibeli mereka, dan mula dapati anak mereka sudah tiada bersama mereka.

Alamak! Terlebih shopping sudah! Haha. Tapi best giler la harga dia, murah murah. Tak cukup sehari shopping ni. Esok datang lagi jom!” dialog yang biasa dilontarkan apabila selesai shopping bagi generasi muda hari ini.

Ehh dah malam la.. Terlupa aku nak solat sepanjang hari ni” Terjadi apabila baru teringat akan kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan.

Ini lah situasi yang biasa berlaku pada setiap penghujung tahun di Malaysia. Terlalu sibuk shopping sampai lupakan anak, lupakan keperluan sebenar, lupakan pelaburan untuk hari akhirat.

 

Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

 

Sapa kata tak bagus jualan murah ni? Bagus sangat, sebab dapat beli pelbagai keperluan pada harga yang murah. Den antara orang yang bahagia bila dengar pasal jualan murah macam ni. Tapi apa yang tak bagusnya, ramai berbelanja melebihi keperluan sebenar.

Berikut adalah antara tips yang den boleh dikongsikan jika nak shopping untuk YES! ni;

  • Datang shopping awal. Kenapa kena awal? Sebab biasanya kalau datang lambat saiz baju ataupun design design yang cantik-cantik akan habis stock.
  • Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli. Ramai yang terperangkap dengan jerat YES ni apabila main beli je tanpa ada senarai barang keperluan yang ingin dibeli. Dan selalunya kita akan ‘jadi buta’ apabila tengok peratusan diskaun yang ditawarkan.
  • Bandingkan harga. Penting untuk tahu best deal yang ada. Pastikan juga tahu harga asal barang yang ingin dibeli, pastikan harga yang ditawarkan betul-betul mudah, dan pastikan ia sesuatu yang ada di dalam senarai barang yang ingin dibeli.
  • Datang pada hari terakhir jualan. Kenapa suruh datang pada hari last pula? Sebab pada ketika ini, biasanya harga akan tajuh ‘kaw-kaw’! Dan biasanya juga, barang yang dah murah ni, dah tak best dan bukan lagi dalam senarai best buy.

 

Dengan sedikit tips, dan peringatan di dalam entry ni, den ingin ucapkan “selamat ber-shopping! ;)”

Zuan

Comments
  1. hazman aka species1980
  2. ema
  3. Anuar
  4. titan
  5. Ezad Skytech
    • Zuan
  6. KiD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge