Yeo’s Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt

Share

Dapat tau je ada contest sitkom Yeo’s sempena upcomig #SBBYeos2015, uncle tak senang duduk. Mana tak nye, hadiah kamera GoPro Hero4 Silver tu. Uncle dah ada satu kamera GoPro, uncle nak lagi satu 😀

Mudah je contest ni, kalau korang nak join, korang kena buat video pendek yang durasinya maximum 60 saat, atau korang boleh buat komik menggunakan gambar macam yang uncle buat. Kena gunakan produk Yeo’s Yogurt. Lepastu share kat Blog, Facebook, Youtube (kalau buat video) dan Instagram. Nak tahu lebih detail boleh rujuk kat sini.

Uncle dah lama tak perah otak buat komik. Lastime uncle buat pada tahun 2011. Itu pun time study. Uncle buat komik gundam. Pernah baca? Ada kat blog lama uncle. Pi la usya usya kalau nak baca komik tu.

Macam-macam idea masuk dalam kepala uncle. Memandangkan tak lama lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia, uncle ambil idea bulan puasa. Layannn~

nota: baca dari kiri ke kanan ok, ini bukan manga jepun

Contest Sitkom Yeos berbuka puasa dengan air yeos yogurt

Amacam? Boleh menang GoPro tak? Tak susah pun nak buat. Uncle ambil masa dalam sejam je untuk siapkan semua ni. Kalau uncle boleh, korang mesti boleh punya.

Jom meriahkan contest ni. Rujuk http://sbb.my/contest-sitkom-yeos/ untuk maklumat lanjut.

 

Nota kaki; Sapa kat sini blogger sepenuh masa? Boleh ajar uncle macam mana nak jadi blogger sepenuh masa tak?

Comments
  1. reezluv
  2. Bro Framestone
  3. sensasi2020
  4. Jia Rizaira
  5. mrhanafi
  6. Noriza Rahman
  7. zool
  8. ikaa
  9. titan
  10. Jie Susanos
  11. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Poyo kan tajuk dia? Hehe tapi tu hakikatnya. Selama lebih 2...