Xplore Johor – Explorasi Produk Pelancongan Desaru

Share

September yang lepas uncle bersama rakan-rakan media yang lain telah mendapat jemputan Xplore Johor daripada Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor dengan kerjasama Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM).

Program yang mengambil masa 2 hari 1 malam ini telah membawa kami melawat beberapa produk pelancongan di negeri Johor Baharu dlam usaha mempromosikan destinasi pelancongan menarik yang ada di Johor.

Kami telah bertolak dari MaTiC Kuala Lumpur pada awal pagi terus ke Desaru dan destinasi pertama yang kami singgah adalah Desaru Fruit Farm.



Lawatan Ke Desaru Fruit Farm

Mungkin ada yang pernah baca di entri uncle yang terdahulu yang uncle ada ke Desaru Fruit Farm. Setibanya kami di Desaru Fruit Farm pada lebih kurang jam 1 tengah hari, kami dijamukan dengan pembuka selesa iaitu buah-buahan yang ditanam di sini dan kemudian dijamu dengan makanan tempatan yang enak-enak.

Desaru Fruit Farm

Kenyang sahaja kami dibawa oleh penjaga ladang untuk lawatan singkat ke dalam ladang buahan dan tanaman yang berkeluasan 180 hektar.

Memang seronok la bila masuk ladang buah ni kan. Macam-macam jenis buah dan tumbuhan boleh belajar. Bukan tu je, dapat tengok juga pembuatan baja organik.

Alamat: 92, 82200 Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Phone: 07 822 3886

Website: www.desarufruitfarm.com

Berehat di Tiara Desaru Residence

Kami kemudian checkin dan berehat sebentar di Tiara Desaru Residence, sebuah resort dan residence tepi pantai yang terbaru di Desaru.

tiara desaru residence swimming pool

Tiara Desaru Residence adalah satu-satunya kondominium tepi-pantai yang tersedia untuk dijual kepada mereka yang berminat untuk memiliki rumah kondo tepi pantai.

Best part pasal Tiara Desaru Residence adalah belakang je residence ni ada pantai. Best spot untuk tengok matahari terbit pada sebelah pagi.

Uniknya Taira Desaru Residence ini ialah ia jauh dari bising bandar, yang mana tenang dengan bunyi air laut membasahi pantai. Lokasinya juga 45 minit dari Senai International Airport dan bandar Johor Baharu.

Alamat: PTD 1588, Jalan Tanjung Lompat, Desaru, 81930, Bandar Penawar, Johor.

Phone: 017 401 0255 / 07 223 0255

Website: www.tiaradesaru.com

Lawatan dan Makan Malam Di Lotus Beach Resort

Kemudian kami teruskan ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa untuk melihat jenis-jenis bilik hotel yang ditawarkan kepada tetamu termasuk penthouse yang biasanya diduduki orang kenamaan.

lotus desaru

Lotus Desaru bukan sahaja menawarkan penginapan kepada pengujung, malah ada mini wet world, pusat karaoke, gym, dan juga paintballdi dalamnya. Selain itu, turut disediakan beberapa aktiviti rekreasi seperti para parasailing, sandy football, sand caslte, jungle tracking, dan banyak lagi.

Kami disajikan makanan lazat selepas melihat semua jenis bilik yang ada.

Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru, Bandar Penawar, 81930, Kota Tinggi Johor.

Phone: 07 884 2800

Website: www.lotusdesaru.com

Lawatan ke Els Golf Desaru Coast

Hari ke-2 misi Xplore Johor kami mulakan dengan lawatan ke The Els Club Golf Desaru Coast, sebuah golf club terbaru di Johor yang bertaraf antarabangsa.

Lawatan ke Els Golf Desaru Coast

Golf course ini mempunyai 27 lubang yang dipisahkan dengan 3 bahagian yang mana setiapnya ada 9 lubang.

Club house ini dilengkapi dengan target green, practice bunkers, 300 meter hitting area, bilik VIP dan banyak lagi.

Alamat: PO Box No 7, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi Johor

Lawatan ke Taman Buaya Teluk Sengat

Dah penat pusing golf club, kami teruskan misi Xplore Johor dengan ke taman buaya terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu Taman Buaya Teluk Sengat.

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

Taman Buaya Teluk Sengat menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis saiz dan umur. Dan percaya atau tidak yang disini juga ditempatkan beberapa ekor buaya otai yang telah berusia lebih 160 tahun!

AlamatJalan Sembilang, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

 

Selesai lawatan ke Taman Buaya Teluk Sengat, kami balik ke Tiara Desaru Residence untuk sesi interview dan minum petang bersama pemilik Tiara Desaru Residence sebelum checkout dan pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.

Uncle baru beberapa kali ke Johor. Legoland pun tak masuk lagi. Tapi Johor ni menarik la pada uncle tapi sayangnya banyak tempat menarik yang ramai orang tak perasan kewujudannya. Salah satu adalah Kepulauan Mersing. Pernah baca kan entri uncle pasal Kepulauan Mersing?

Jutaan terima kasih kepada penaja untuk misi Xplore Johor ;
Kerajaan Negeri Johor, Tourism Johor, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM), Tiara Desaru Residence, Lotus Beach Resort, Desaru Fruit Farm, Els Golf Desaru Coast, dan Taman Buaya Teluk Sengat.

14,063 total views, 16 views today

Share
Comments
  1. anuar
  2. siti hazreen
  3. Iskandar @ JomJalan
  4. Umi Kasom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge