Wyndham Grand Phuket Kalim Bay, Phuket Review
Dah share mengenai Jame Bond Island tour, mesti nak share mengenai tempat penginapan kami di Phuket pula. Uncle dan wife menginap selama 4 hari 3 malam di Wyndham Grand Phuket Kalim Bay.
Semangat pula nak share, ya la kalau anda perasan yang kebelakangan ni uncle dah jarang update blog disebabkan sibuk dengan pelbagai urusan. Ni bila dah ada masa, memang macam-macam uncle schedule untuk update. Jadi keep yourself up to date dengan blog uncle zuan ya. Banyak lagi post akan uncle post lepas ni.
Wyndham Grand Phuket Kalim Bay
Wyndham Grand Phuket terletak di Kamala, iaitu lebih kurang 40 minit dari Airport Phuket, dan lebih kurang 10 minit nak ke Patong Beach. Selama berada di sini, sangat puas hati, layanan tip top, dan ada sediakan servis shutter van ke Patong Beach lagi. Terbaik kan? Jimat kos transport.
Ruangan bilik air yang selesa dan luas. Setiap seorang dapat sink untuk berus gigi sendiri hehe. Ops jangan lupa ada bathtub lagi.
King size katil, ada TV siaran thail. Tapi kami tak berapa tengok sangat sebab tak faham. Jadi banyak online je dengan kelajuan wifi yang disediakan Wyndham Grand.
Siap ada swimming pool lagi. Memang jadi malas nak ke laut dah, dok mandi dalam swimming pool je hehe.
Best kan? Berminat nak booking? Boleh book di travel agent ataupun melalui laman web yang menyediakan perkhidmatan booking hotel.
Jangan lupa follow Instagram couple travel uncle dan isteri uncle di @syashatravel. Special akaun Instagram travel couple kami yang kami buat untuk kongsikan kepada semua instagrammer dan traveler. 🙂
5,783 total views, 5 views today
Best kan bila dapat travel berdua ni..hehe.. Tahniah..
Tahniah Uncle… Selamat Pengantin baru… bestnya dpt honeymoon dkt Phuket..
Anuar recently posted…Tempahan Hadiah Hari Guru 2018 sudah di buka
Nice Sharing
Ira recently posted…Pentingnya Sokongan Suami Untuk Ibu Yang Susukan Anak