World Cup, Kerja, dan Tidur….

Share

“La la la la la la laaaaa” **Bunyi alarm!** Cek jam, dah dekat pukul 3. Ada game best malam ni. Cepat cepat den bangun dari tempat tidur dan buka tv 70 inci untuk melihat pasukan kegemaran beraksi. Sambil tu panaskan air untuk makan Mamee Express Cup Curry Flavor yang den dapat percuma lepas TopUp uMobile kat 7-Eleven.

Aksi serang menyerang dua pasukan membuatkan den leka, dan terlena. Kemudian tersedar sudah masuk waktu subuh, dan sampai masa untuk ke tempat kerja.. Kepenatan? Worry not, coz I also got Revive Isotonic. Hehe 😀

 

FIFA World Cup 2014

 

Tahun ini kejohanan FIFA World Cup ke-20 diadakan  Brazil bermula dari 12 Jun hingga ke 13 July 2014 disertai 32 buah negara dari  zon Amerika Selatan, zon Eropah, zon Amerika Utara, Tengah dan Caribbean, zon Afrika, dan zon Asia.

Satu kejohanan yang diadakan 4 tahun sekali dan ketika ini la ramai yang tetiba banyak MC, EL dan sebagainya.

 

@khairykj mc twitter pm

 

Sejak tercalon pada 30 October 2007, Brazil sibuk membuat persiapan untuk menjayakan kejohanan tersebut walaupun disambut dengan protest dan sebagainya daripada penduduk tempatan. Sebanyak 12 stadium bola digunakan sepanjang kejohanan yang dipilih oleh FIFA berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Tahukah anda: Stadium Nasional Bukit Jalil adalah stadium bola sepak  ke-4 terbesar di dunia dan boleh menampung kapasiti penonton sebanyak 100,200

 

Team kegemaran den? Sudah tentu Jerman! Kenapa Jerman? Sebab ada 3 pemain Arsenal main untuk Jerman hehe.. Den dari dulu tak ada negara kegemaran untuk di sokong. Cuma sokong ikut pemain je. Kalau dulu, den sokong France sebab lagenda Arsenal, Thierry Henry main untuk France. Pernah juga sokong Spain waktu Spain belum dan sudah menjadi juara (2008-2011), iaitu ketika Cesc Fàbregas masih bermain untuk Arsenal.

Ramalan den adalah Jerman lawan Brasil di final, dan Jerman akan memenangi kemenangan mereka yang ke 4 pada kejohanan kali ini.

 

Apa pula team kegemaran korang, dan apa pula ramalan korang untuk juara kali ini?

p/s: Yang dah pandai bangun pukul 3 pagi tu, Qiamullail jangan lupa..
Zuan

Share
Comments
  1. Ezad Skytech
  2. titan
  3. Abdur
  4. Mohd Shubhi
  5. Hafizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge