Wet World Pedas Taman Tema Air Panas
Wet World Pedas Taman Tema Air Panas. Kali pertama uncle ke sini, uncle masih kecil lagi. Tak ingat la darjah berapa, tapi masih kecil la. Dah beberapa minggu uncle teringin nak ke sana Wet World Pedas, bukan sebab nak main water slide, tapi untuk mandi air panas.
Salah satu cara untuk hilangkan tension kerja adalah mandi air panas. Yeahhhh!!!
Uncle ni jenis, kalau tak ada sangat orang nak ikut pergi, uncle sorang-sorang pun boleh jadi. Jadi basically, sorang-sorang je uncle ke Wet World Pedas Taman Tema Air Panas. Huhu sian kan? Aish, bila la nak berdua ya?
Untuk perkongsian, Wet World Pedas Taman Tema Air Panas adalah salah satu tarikkan pelancongan terawal yang di bangunkan di Negeri Sembilan yang mana di bina pada sekiar tahun 1998, dan di buka pada umum pada Febuari, 1999.
Wet World Pedas Taman Tema Air Panas adalah pada keluasan 12 hektar yang mampu menampung sehingga 5,000 orang pengunjung pada satu masa.
Walaupun dah agak lama, tapi masih terjaga kualiti Taman Tema Air ini.
Sesuai untuk kanak-kanak kecil. Yang besar, kalau nak try pun boleh hehehe
Untuk dewasa, ala-ala Sunway Lagoon.
Water slider pun ada! Not bad la~
Kolam reflexologi. Uncle suka gunakan kolam ni. Tapi penat la juga walaupun 2 kali je jalan keliling kolam. Pastikan korang baca cara-cara menggunakan kolam reflexologi ini sebelum gunakannya. Jangan main gedah je ye…
Kolam Air Panas. Kecil je kolam ni. Kalau tak nak sesak ramai orang, di cadangkan datang belah pagi. Waktu paling best mandi air panas ni waktu malam. Tapi malangnya, Wet World Pedas tak buka sampai tengah malam, ia di buka sehingga 10 malam sahaja.
Kandungan bahan galian yang terdapat di dalam air panas.
Syarat-syarat & peraturan yang perlu di patuhi sebelum mandi di dalam kolam air panas.
Ada lagi syarat-syarat & peraturan yang perlu di patuhi sebelum ‘terjun’ ke dalam kolam air panas.
Harga tiket masuk Wet World Pedas
Hari biasa:
Dewasa – RM10.60
Kanak-kanak – RM 8.50
Sabtu, Ahad, Cuti Am, Cuti Sekolah:
Dewasa – RM12.70
Kanak-kanak – RM 10.60
*Harga termasuk GST
Waktu Operasi
Isnin, Rabu-Jumaat: 1 Petang – 10 Malam
Sabtu, Ahad, Cuti Am, Cuti Sekolah: 10 Pagi – 7 Malam
Spa Malam: 7 Malam – 10 Malam
Kemudahan Yang Disediakan Wet World Pedas
Turut di sediakan kemudahan tempat menyimpan barang. Pastikan korang beli token sebelum masuk ke sini.
Kepada yang muslim, tak perlu risau, kemudahan surau ada di sediakan di sini.
Kalau bawa keluarga, cabana/pondok juga di sediakan untuk di sewa. Jadi tak perlu sewa locker, letak je semua barang dalam cabana.
Korang di larang membawa makanan dari luar. Jadi kalau lapar, boleh makanan di sini.
Okay, sampai sini sahaja perkongsian uncle untuk Wet World Pedas.
Jadi pada yang teringin nak ke Wet World Pedas Taman Tema Air Panas, ia hanyalah 15 minit daripada susur keluar Tol Senawang.
Alamat Wet World Pedas Taman Tema Air Panas:

Nota kaki: Kadang kita dok sibuk nak ke tempat orang, kita lupa kat tempat kita pun ada tempat tempat menarik yang orang luar nak tengok 😀
19,265 total views, 2 views today
Sesuai tak untuk org yg guna wheel chair? Terima kasih.
wahh, taktau pulak ada kat negeri sembilan, kena pergi nih
salam uncle, tanya sikit.. ada tak tempat penginapan yang brdekatan dgn wet world ni?
hrga tiket tu y bila ek…sbb kwn sy br jer g dewasa rm15 kanak2 rm12…
harga yang saya kongsikan di sini berkemungkinan tidak sama dengan harga terkini.
Uncle Zuan recently posted…Penang War Museum, Museum Paling Menyeramkan Di Asia
Harga tiket berapa ye? Esok in sya Allah nak pergi
tempatnya indah sekali
ade sutisna recently posted…Harga Sony Xperia C3 Android Kamera Selife Terbaik
ya benar 😀
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
yeaaahh… nice info bro.. nak ke sana lah… lama tak pegi
KiD recently posted…The Picnic Table By Simply Sandwiches tampilkan Konsep Indoor Picnic
cuma harga tiket tu tak berapa konfirm sangat hehe
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
rasanya kalau buka malam lagi lain pula jadinya.malaysia ini pelik sikit
apa yang pelik? ada sahaja tempat mandi air panas yang buka sehingga 24 jam 😀
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
wah menarik ni
Raihanah Ahmad recently posted…Mitos dan Fakta Tentang Jagung Yang Anda Harus Ketahui
kalau ke Negeri Sembilan, jangan lupa singgah Wet World Pedas ya 😀
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
Boleh juga bawa anak-anak mandi air panas ni..asyik minta bawa ke pantai ja..hihi
Noriza Rahman recently posted…Mengapa Vitamin C Sesuai Untuk Melawan Jangkitan Resdung?
kalau nak bawak anak anak mandi air panas boleh, tapi pastikan umur mereka lebih 10 tahun ya 😀
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
dah lama gila tak mandi air panas…..
abg jay recently posted…Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan.
tu tandanya kena mandi air panas kat pedas la Abg Jay 🙂
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
pehh..
mesti makanan kat sana pedas-pedas belaka kann..
titan recently posted…I believe YOU can fly?
hmmm tak sempat pula rasa bab makanan tu haha
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
pergi sorang-sorang memang best…tapi paling best kalau pergi berdua sebagai suami isteri..feeling itu lebih sedikit.
mrhanafi recently posted…Azam Blogger Bulan November 2015
kalau dah beristeri memang best. aish nak kena kawin rasanya?
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
dah ada calon ke bro..apa lagi hantar lah rombongan meminang he..he..
mrhanafi recently posted…Apa Azam Blogger Tahun 2016
cuti sekolah boleh bawa anak-anak jalan…tq atas info ni..
kak yatiadam recently posted…CARA MENCANTIKKAN KULIT.
nanti kalau dah ke Wet World Pedas, kongsikan pengalaman Kak Yatiadam di blog ya 😀
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
selalu balik seremban lalu je, tak pernah singgah sini.
Ikhwan recently posted…Kerjaya Penguasa Kastam Gred W41
rugi la kalau dah lalu tapi tak singgah wet world pedas 😀
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
macam kena try gak ni..
selalu lalu je pandang dari luar
zool recently posted…Sesi Amali untuk Programmer, Kursus Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
kalau try, jangan terlepas mandi air panas. memang sedap badan lepastu 😀
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban
Murah gak RM 10 utk masuk tempat ni. Ada caj lain ke untuk guna fasiliti di sini?
DLSL recently posted…Human Nature’s Natural Skincare – My Basic Skincare Routine
caj lain seperti locker, pelampung, dan cabana juga ada dikenakan. tapi tu kena bayar asing la
Uncle Zuan recently posted…6 Perkara Yang Korang Boleh Buat Di Seremban