Warna-Warni Ramadan 2019 di PICC

Bulan Ramadan semakin hampir. Banyak restoran dah mula mempromosikan buffet ramadan kepada pengunjung mereka. Baru baru ini uncle sempat menghadiri ramadan preview di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Sempena bulan ramadan ini, PICC menawarkan pakej istimewa “Warna Warni Ramadan” yang bertempat di Restoran Pot&Pan.

Pengunjung akan menikmati lebih 300 jenis makanan unik dan authentic seperti Kambing Bakar, Sup Belut, Lubina Ala Sal, Puyuh Goreng Berempah, Nasi Kuning Ayam Rangup Manga Muda, Nasi Arab Khabsa & Medy, Raja Sup, Taufu Fah, Churros dan banyak lagi.

Haaa menjilat jari kan? Uncle tak sabar nak cuba semua jenis masakkan ni waktu berbuka nanti.

Team culinari Warna Warni Ramadan PICC ini diketuai oleh Chef Hamdan bin Ahmad yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri kulinari. Pasti menjanjikan kelainan kepada para pengunjung yang hadir.

Pakej Warna-Warni Ramadan ini bermula dengan harga Rm49 untuk kanak-kanak dan Rm98 untuk dewasa. Pakej bermula dari 7 May hingga 7 Jun 2019, waktu jamuan adalah dari 6.30 petang hingga 10 Malam.

Pakej ini antara yang menarik setakat ini uncle nampak sempena bulan Ramadan ini. Kalau ada yang menarik, akan dikongsikan kelak di Blog Uncle Zuan.

3,387 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge