Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon

Share

Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon. Fuhhhh pejam celik pejam celik dah lebih 3 bulan uncle tinggalkan bandar Saigon atau harini di kenali sebagai Ho Chi Minh City, Vietnam. Pada yang tak tau, September lepas uncle dan travel buddies telah ke bandar Saigon. Banyak pengalaman manis dan pahit yang sempat uncle rakam. Tapi ada juga pengalaman yang tak sempat uncle rakam dek kerna berlalu terlalu pantas.

Uncle dah tulis beberapa entri trip uncle ke Saigon. Jadi kalau nak teringin nak ke Saigon tu, boleh jadikan entri-entri yang telah uncle tulis sebagai rujukkan.

Untuk entri kali ini, uncle nak kongsikan video pendek trip uncle ke Saigon Vietnam selama 3 hari 2 malam (3D2N). Tak lama pun uncle ke sana, tapi cukup la untuk kongsikan pengalaman di tempat orang.

Memandangkan uncle bukan juru edit video yang profesional, video ni uncle edit dengan menggunakan Windows Movie Maker je. Moga terhibur 😉

Haaa apa macam? Boleh jadi juru edit video tak? Harap terhibur dengan video pendek yang telah uncle sediakan khas untuk korang semua.

Peralatan Yang Di Gunakan Untuk Siapkan Video Ini:

  1. Kamera Aksi GoPro Hero4 Silver
  2. Windows Movie Maker

Sebenarnya dah lama uncle siap edit video ni dan dah terbitkan pun video ni di YouTube. Dan mungkin ada antara korang yang pernah subscribe YouTube Channel Uncle Zuan perasan yang uncle dah upload video ni. Terima kasih pada yang dah tengok dan tekan like pada video yang uncle buat ni. Setiap like dan view adalah motivasi kepada uncle untuk terus berkongsikan pengalaman uncle kepada korang semua, terima kasih sekali lagi. 😀 😀 😀

Sekarang uncle sedang siapkan video percutian uncle ke Singapura. Bila dah siap akan uncle kongsikan dengan korang semua.



7,860 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. Sheila Adziz
  2. Sani
  3. aiman
  4. Raihanah Ahmad
  5. ujie
  6. Raihanah Ahmad
  7. Qiya Saad
  8. Nurul Shahira
  9. Ikhwan
  10. mrhanafi
  11. ohcikgu
  12. jambu batu
  13. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge