Upah Diri Sendiri Dahulu

Tergerak hati nak kongsikan kepada pembaca sedikit mengenai dunia pekerjaan dan dunia kewangan den. Jika ada salah silap, sila bagi tunjuk ajar ๐Ÿ™‚

Sebelum den mula bekerja sebagai seorang consultant kredit kad di salah sebuah bank tempatan, den banyak membaca buku-buku berkenaan business, kewangan, motivasi, dan islamic. Memang totally bukan biasa den buat, baca buku dan menjadi ulat buku.

Alhamdulillah, sehingga harini dah ada lebih 30 buah buku di dalam rak buku den yang telah den beli dan habiskan dalam 8 bulan. ย Banyak juga buku buku yang dibaca berulang kali supaya lebih faham isinya.

“I started by paying myself 10 percent of my income, and then living with the balance. As I got better at handling my finances, that figure went up and up and up. Furthermore, when I received some additional income (such as a bonus), I can often save 80 or 90 percent of that money.”

Azizi Ali

Antara idea menarik yang membuka minda aku mengenai kewangan adalah, apabila dapat gaji atau income, upah diri anda terlebih dahulu.

Bunyi macam biasa dilakukan bukan?

Tapi mungkin ada individu yang akan salah faham mengenai upah diri sendiri terlebih dahulu. Rata-rata akan mengupah diri sendiri dengan membeli tablet baru, smartphone hangat, beg mahal, baju branded, dan sebagainya.

Mereka lebih faham akan upah dan kepuasan jangkamasa pendek dan sesuatu yang nampak di depan mata. Berapa lama yang kita seronok bila ada handpohe terkini di pasaran? Berapa lama beg tu boleh berkilau kilau? Tambahan pula, barang barang itu, apabila dijual semula, pasti susut nilai, ataupun tiada nilai lagi.

Daripada upah diri sendiri dengan membeli benda yang tak mendatangkan pulangan ‘handsome’, apa kata upah diri sendiri dengan menyimpan duit titik peluh tu di dalam unit trust (UT) ataupun tabung haji. Simpan sahaja di mana mana institusi kewangan yang boleh memberikan pulangan baik kepada kita. Setidak tidaknya duit tu boleh diguna waktu kecemasan (tak perlu lagi bergantung pada kredit kad atau loan dengan along), dan paling best, kita dapat pulangan dividen. Kan lagi senyum lebar kalau macam tu ๐Ÿ˜€

Berapa banyak nak simpan?

Ramai bersetuju yang kita patut simpan sekurang kurangnya 10% dari jumlah income kita. Ia adalah sebagai tambahan dari KWSP yang selalu ditolak setiap bulan untuk kita pencen nanti kerana sudah pasti duit KWSP tak mampu menampung kita jika kita hidup sehingga 100 tahun.

Memaksimakan Keuntungan Pelaburan Unit Amanah Anda
Sehingga 3X Ganda

Pada den, lebih baik simpan sebanyak mana yang boleh selepas di kira secara kasar berapa bajet bulanan. Utamakan perbelanjaan barang dapur, makanan, family, dan transport ke tempat kerja. Alhamdulillah, sehingga hari ini, den berjaya menyimpan 2/3 gaji di dalam UT ๐Ÿ˜‰

Macam mana boleh sampai 2/3 gaji dalam UT? Sebab den tak ada komitment dari segi kereta (lebih prefer motor dan public transport) dan tak ada buat personal loan untuk kawin haha ๐Ÿ˜›

Tapi untung sangat ke simpan dalam UT? Jawapan den, tak cukup ‘handsome’ pun pulangannya. Sikit je. Tapi cukup banyak untuk mereka yang tidak punya masa untuk kaji, belajar dan habiskan masa untuk pelaburan pelaburan yang lain seperti hartanah, stock, dan banyak lagi. Dan yang bagus lagi mengenai UT, adalah ia bagus untuk investment jangkamasa panjang.

Untuk jangkamasa pendek ini sahaja den bercadang untuk simpan di dalam UT sebab den nak invest masa dan duit den untuk knowledge. Tanpa knowledge, kita seperti seorang penjudi yang menjudikan wang kita ke sesuatu tempat dengan harapan kita dapat untung.

InshaAllah, mungkin awal tahun ini akan den berkecimpung di dalam bidang investment yang lebih luas ๐Ÿ˜‰

 

Jadi macam mana pula anda upah diri anda?

Zuan

Comments
  1. zik
  2. atiqah wadiah
  3. shraqs
  4. guliroket
  5. blogger lelaki
  6. farid laham
  7. Bahrain
  8. Fadhil
  9. afasz
    • Zuan
  10. syazwana jamal
  11. Mohd Shubhi
  12. Amran
  13. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge