google.com, pub-3114534806874060, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Uncle Kesayangan Dah Kembali - Uncle Zuan

Uncle Kesayangan Dah Kembali

Share

Salam sejahtera kepada semua,

Jam Tawaf Denaihati

begaya dengan Jam Tawaf Denaihati

Agak lama juga uncle tak menulis blog. Bukan lupa akan pembaca blog Uncle Zuan, cuma uncle sibuk mencari ‘model’ yang sesuai menjadi tukang cucu baju, tukang masak, tukang urut dan tukang jaga anak uncle. Opssss ngarut sudah uncle haha.

Apa khabar semua?

Macam mana dengan gaya terbaru uncle? Nampak maskular walaupun sedikit gelap kan? Tolong la percaya yang itu bukan warna kulit uncle yang sebenar. Disebabkan lama tak berceloteh, uncle akan cerita sikit la kat sini apa perkembangan uncle.

First of all, uncle baru dapat offer permanent kat tempat uncle kerja sekarang (tolong tepuk tangan sikit). Alhamdulillah, rezeki yang tak di sangka sangka daripadaNYA.

Kedua, uncle sekarang berazam untuk naikkan otot uncle. OMG! Uncle mau jadi abam sado ke? Ehh mesti la, mau macam itu abam Ben Ashaari, kacak bergaya.

Ketiga, uncle sekarang dah ada laptop baru! Hooray!!! Actually, laptop lama sudah rosak, itu antara sebab utama uncle hilang mood untuk update. Mana tak nye, dah 5 tahun uncle pakai latop tu, tak di sangka sangka meragam dan sampai ajal. Apa model laptop uncle pakai sekarang? Nanti-nanti la uncle update ya 😀

Keempat, uncle dah mengantuk. Esok kerja. Haha actually thanks to Bro Framestone, uncle kembali blog. Uncle tak pasti samaada mau teruskan perjuangan atau sebaliknya sebelum ini, tapi thanks to Bro yang sudi consult uncle dengan ‘fee’ yang special, uncle ada mood dan semangat untuk kembali menceriakan dunia blog Malaysia yang
tercinta ini.

Ok la, walaupun tak banyak bicara, sampai sini dulu uncle update blog. Oh ya, esok premier Game of Thrones season 5 kat HBO! Jangan terlepas ya.

Bye 😀

Share
Comments
  1. guliroket
  2. titan
  3. hafidzramli
  4. zik
  5. AIMAN
  6. Ezad Skytech
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge