Ulu Yam di Liverpool – Apa Yang Den Hadam Dari Buku Ni?

Dari Ulu Yam ke LIVERPOOL..

Rasanya kebanyakkan reader blog ni dah tau yang den suka membaca buku. Setiap buku yang dibaca, den cuba dapatkan sekurang-kurangnya satu point penting yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Point tu termasuklah idea, inspirasi, motivasi, teknik, dan pelbagai lagi. Dan ada beberapa buku-buku yang memberi input kepada den, den kongsikan kepada pembaca di laman social terutama di blog dan instagram.

Kalini den nak kongsikan,

buku ulu yam di liverpool

Ulu Yam di LIVERPOOL – Aku Bukan Mat Salih Celup!
karya Nazali Noor

Tajuk sahaja dah memberi persoalan pertama pada den. Adakah ini sebuah buku bergenre fiksyen atau non-fiksyen? Klu genre fiksyen ni, memang den biar berhabuk je buku ni. Selepas di hadam monolog kandungan buku ini, den dapati ia bergenre autobiography yang berbentuk motivasi. Buku Ulu Yam di Liverpool mempunyai 496 halaman semuanya dan den mengambil masa lebih 2 minggu untuk khatam buku ini.

 

Siapa Nazali Noor? Hebat sangat ke beliau?

Google sahaja pasal beliau, dan anda akan kagum dengan latar belakangnya! Seorang anak Melayu berkaki bangku dari Ulu Yam yang sedang mencipta nama di negeri orang, Liverpool. Entry kalini, den nak kongsikan antara apa den ‘hadam’ dari buku Ulu Yam di Liverpool.

 

Buru impian walau apa pun dugaan. 

Kebanyakkan kalangan kita ni cepat putus asa bila ada dugaan menimpa kita dikala kita cuba mengejar cita cita kita. Penulis, Nazali Noor menceritakan cabaran yang beliau hadapi dalam usaha mencapai. Beliau menceritakan bagaimana setiap dugaan yang datang diterima dengan positif. Kebanyakkan kita bila ada dugaan atau cabaran pasti mengeluh dan ada sahaja pandangan negative yang keluar daripada dugaan tersebut. Apa kata pandang setiap cabaran yang kita dapat tu dalam bentuk yang berbeza, kasi 360 darjah kita punya penerimaan terharap sesuatu dugaan atau cabaran.

Hargai dan sentiasa ingati ibu bapa.

Ada dikalangan kita ni seperti si tanggang, bila dah capai kesenangan dan kekayaan mula lupa ibu bapa. Memberi 1001 alasan tatkala gagal meluangkan masa berkualiti bersama keluarga terutamanya ibu bapa. Nazali Noor banyak berkongsikan dugaannya sebelum berangkat ke United Kingdom. Seringkali entrynya membuat den menitis air mata apabila beliau menceritakan pengorbanan kedua ibu bapanya. Beliau banyak kongsikan pengalaman pahit dan manis dengan Ibu Bapanya kepada pembaca.

Ingat pengorbanan orang sekeliling yang membantu kita berjaya.

Den amat kagum dengan penulis yang banyak menulis entry khas berkenaan insan insan yang membantu beliau di saat susah senang beliau, dari ahli keluarga, hingga ke guru dan sahabat handal. Buat den tertanya tanya andai suatu hari nanti den berjaya, mampukah den ingat setiap satu insan yang membantu den hingga kepuncak kejayaan? Lesson ini mengingatkan den yang kita ni takkan berjaya kalau kita sorang je buat tanpa bantuan orang lain sekeliling kita dan yang penting kalau kita nak berjaya, kita kena bantu orang lain untuk berjaya juga.

Jadikan perniagaan sebagai salah satu sumber rezeki.

Nazali Noor menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya memulakan perniagaan secara kecilan daripada menjual makanan hingga ke perniagaan berasaskan sukan dan fesyen di Liverpool untuk menyara kehidupan mereka. Beliau menceritakan yang beliau amat mencontohi cara Rasulullah S.A.W. berniaga dan menyelitkan juga sifat sifat keusahawanan Rasulullah S.A.W. yang beliau ikuti.

Ambil positif kritkkan orang lain.

 Siapa yang sentiasa bersikap positif tatkala di kritik orang lain terutama rakan sendiri? Pasti tak ramai kan. Penulis menceritakan ketika kecil yang beliau sering di kritik kerana mempunyai badan bersaiz besar dan berkaki bangku. Sering juga beliau di kritik kerana gemar bertutur dalam bahasa inggeris ketika masih kanak kanak.

 

Apa yang den kongsikan adalah antara apa yang den hadam dalam buku BEST SELLER ni. Banyak lagi yang den hadam sebenarnya. Pada yang belum dapatkan lagi buku Ulu Yam di Liverpool, dapatkan sekarang kerana untuk pengetahuan anda, dah keluar Ulu Yam di Liverpool 2. Pada yang dah baca buku ni, sila kongsikan apa yang anda hadam di ruangan komen di bawah.

UYDL, sebuah buku yang ditulis dari hati seorang anak kampung.

 

Akhir sekali, dikongsikan mutiara kata oleh Nazali Noor:

“Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat”

Zuan

Comments
  1. kak yatiadam
  2. hafidzramli
  3. Ezad Skytech
  4. mai has
  5. kizmyself
  6. syazana zainn
  7. Ismail N
  8. Rosmiza Ali
  9. deqnoor
  10. dkna abza
  11. puteri kasih
  12. Zali
  13. Raihanah Ahmad
  14. sabree hussin
  15. Hafizul
  16. Ainaa Roseberry
  17. Eshamz Halim
  18. Nazali Noor
  19. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA... Pada 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor (harini dikenali...