Tugasan kedua cabaran iPhone 5s

Share

Akhirnya keluar juga tugasan ke-2 untuk cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Tugasan kali ini tak memerlukan peserta untuk mengarang entry sehingga melibatkan SEO dan sebagainya. Hanya perlu merapatkan silaturrahim dengan pembaca blog Denaihati yang lain.

Menarik kan bunyi dia? Apa sebenarnya tugasan ke-2 kepada peserta?

Seperti yang di terbitkan di blog Denaihati, peserta cabaran perlu menjadi top 70 penulis komen bertarikh 15 September hingga 15 October 2014. Jadi lebih kurang separuh dari perserta yang menurut serta sahaja akan layak ke pusingan terakhir (jumlah peserta yang layak ke tugasan ke-2 adalah sebanyak 139 orang).

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger Denaihati

Berikut adalah pencerahan untuk tugasan ke-2 yang di petik dari blog Denaihati.

  1. Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  2. Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog  hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalahwanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  3. Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  4. Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  5. Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
  6. Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
  7. Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.

Sangat mudah bukan tugasan ke-2 ini?

Ada beberapa perkara yang den suka mengenai tugasan ke-2 ini, satu daripanya cabaran ini mengelakkan spam komen yang tak berkaitan dengan entry yang ditulis penulis blog. Den dan bertahun tahun jadi kaki komentar blog, dan agak tak selesa dengan trend komentara yang ‘komen sorang-sorang’ atau dengan bahasa mudah, komen semata mata untuk dapatkan bilangan komen sahaja. Tugasan ini memerlukan etika komentar yang berkualiti, dan den jangka komentar yang suka ‘komen sorang sorang’ ni pasti tersungkur awal and I’m lovin’ it.

Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
-Denaihati-

 

Sekali lagi terima kasih di ucapkan kepada semua penaja dan mereka yang terlibat secara langsung dengan Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. 🙂

Klik sini untuk melihat senarai peserta yang layak untuk tugasan ke-2.

 

Brace yourself, Uncle Zuan is coming 😀

Zuan

Share
Comments
  1. Afiq
  2. Hafizul
  3. Mohd Norzali
    • Zuan
  4. Khairul Zamri
  5. deqnoor
  6. Ezad Skytech
  7. syazana zainn
  8. Denaihati
  9. siti hazreen
  10. siti hazreen
  11. Raihanah Ahmad
  12. titan
  13. nord
  14. puteri kasih
  15. Ismail N
  16. Hairul Azni
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge