TravelWifi Asia Package Daripada Travel Recommends

Share

Jujur cakap la, memang leceh kalau setiap kali travel je, nak kena dapatkan local sim negara yang kita pergi tu. Kalau lebih dari 1 negara, lebih dari 1 sim la nak kena beli.  Dah lama kelamaan, jadi collector sim kad pula kan?

Mujur uncle terjumpa TravelWifi Asia Package daripada Travel Recommends. Sewa je satu wifi bersaiz pocket, dan boleh pakai di lebih dari 1 negara dengan harga yang sangat berbaloi.

Waktu uncle nak ke Singapore & Thailand tempoh hari untuk honeymoon, uncle sewa Asia Package dengan harga serendah RM22 sehari. Murah kan? Bayangkan kalau ambil sim pun dah kena beli sim, dengan top up lagi, dah berapa caj dia? Tapi kalau sekali ambil TravelWifi ni, bukan je pakai seorang, siap boleh share dengan travel partner yang lain lagi.

travelwifi travel recommends

Untuk Asia Package, negara yang boleh gunakan TravelWifi dari Travel Recommends adalah Thailand, Singapore, Cambodia, Japan, South Korea, China, Macau, Taiwan, Hong Kong, Philippines,  Indonesia dan Vietnam.

Selain tu, ada juga pakej untuk Worldwide dengan harga bermula RM29 sehari, anda boleh gunakan wifi ni di Australia, China, Europe, Hong Kong, Japan, Singapore, South Korea, Taiwan, Thailand, USA, dan Vietnam.

Kenapa Uncle Rekomen TravelWifi daripada Travel Recommends?

Sebab harga yang murah iaitu serendah RM11 sehari dan yang penting saiznya yang kompak. Jadi senang nak dibawa kemana-mana.

Selain daripada itu, anda boleh pilih pick-up location sendiri di pick up location mereka yang ada di KLIA, KLIA2, Penang Airport, ataupun boleh secara courier yang mana dicaj hanya RM20.

Bateri TravelWifi pun tahan lama juga la, uncle lupa nak tanya berapa lama boleh tahan, tapi uncle pernah try buka sehari suntuk TravelWifi yang uncle sewa, dan bateri dia masih lagi tak kong. Jadi bagus la, sebab tak perlu pening nak bawa powerbank untuk caj TravelWifi anda.

TravelWifi ni pun boleh kongsi sehingga 5 orang. Jadi apa nak risau dengan kos internet bila dah sharing sehingga 5 orang kan?

Masuk ni, dah kali ke 2 uncle pakai travelwifi daripada Travel Recommends.Kali pertama pakai waktu travel ke Jepun pada tahun lepas. Setakat yang uncle pakai ni, memang sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan dan uncle banyak rekomen dengan kawan uncle untuk gunakan travelwifi ni kalau travel instead of beli local sim.

Jadi anda pula? Kalau travel ke negara luar, lebih suka untuk beli local sim atau sewa travelwifi macam uncle?




842 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. Nina Mirza
  2. Asyraf
  3. Ira
  4. Otomen Taro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge