Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018

Share

Menang percutian ke Seoul selama 6 hari 5 malam (6D5N) untuk 2 orang. Siapa tak nak kan? Itu lah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang utama untuk permainan Fly & Win CNY Contest 2018 yang dianjurkan oleh Traveloka.

traveloka cny contest 2018

Fly & Win CNY Challenge by Traveloka

Teruja kan dengan hadiah yang ditawarkan?

Uncle pun teruja dengan  hadiah yang ditawarkan. Kalau tak menang grand prize ke Seoul, Korea, dapat menang flight & accommodation to Phuket, Thailand pun jadi la kan? Kalau tak menang Phuket, dapat berselfie di Dataran Lang, Langkawi, Malaysia dengan pasangan pun best juga.

Uncle sekarang ni dah jadi penggemar tegar untuk join contest-contest ni. Ni semuua gara-gara girlfriend uncle (yang sekarang ni bergelar wife uncle). Dia suka masuk contest. Apa je contest, tak kisah apa hadiah yang ditawarkan, mesti dia join. Pernah sekali uncle join contest menang tiket menonton Brian Adams live in KL yang dia join dan suruh uncle join, tup tup uncle yang menang contest tu haha. Jadi sebagai compliment uncle bawak la dia ikut sekali ke konsert Brian Adams. Nasib menang 2 tiket, kalau 1 je, mau merajuk dia.

Fly & Win CNY Contest

Haaa ni pun uncle tau pasal CNY 2018 Contest ni sebab wife uncle yang share. Jadi sebab blog uncle pun more into travel kan, so uncle nak share juga contest ini kepada anda semua. Sharing is caring kan? Sebab uncle suka share la uncle buat blog uncle zuan ni. Hehe.

Bermula dari 22 Jan hingga 28 February 2018, setiap peserta pasti akan berkejar-kejar mengumpul mata tertinggi untuk melayakkan diri untuk menang Grand Prize. Kalau tak menang no 1 pun, hadiah no 2 dan no 3 masih menarik juga hehe.

Dan kalau anda dah rasa anda dah tak boleh kejar uncle (ok ini perasan power) boleh la menyertai bahagian Facebook share yang mana pemenang akan dipilih secara rawak. 2 yang terpilih, akan menang RM1,000 Taraveloka voucher setiap satu. Ok la kan? Ada luck yang kuat dan rajin share, mesti boleh menang.

Baik macam mana nak main game ni? Mudah je.. Jom uncle kongsi macam mana.

traveloka cny contest 2018

Percubaan kali ke-2 uncle. Hahaha jangan gelak okay. Baru nak dapat tune. Sekarang ni dah banyak point, cuma segan nak share hehe.
Perhatian: Game ni walaupun simple, tapi agak addicting dan menarik. Jadi persiapkan diri anda untuk game ini.

Mulakan dengan login menggunakan akaun Facebook anda yang betul. Bukan palsu yang buat semata-mata untuk gamming dan spamming ye. Be fair dengan peserta yang lain.

Kemudian mulakan bermain dengan menekan arrow yang ada. Adalah dicadangkan main mini game ni kat phone. Uncle dah cuba main di laptop menggunakan mouse, agak sukar okay. Jadi lagi senang nak main kat phone sebab gunakan jari je.

Anda perlu pastikan kapal terbang anda tidak terjatuh, sentiasa di tengah dan tidak terlanggar banggunan. Dan kalau terer, cuba dapatkan Traveloka Ang Pows untuk dapatkan point tambahan.

Dua (2) tips penting untuk dapat mata yang banyak dalam game ini adalah, banyak bersabar dan jangan cepat putus asa! Skill tu no 3, sebab skill tu boleh didapat dengan latihan yang banyak. Tapi yang 2 tips utama tu sangat la penting.

Oh ya, pastikan anda betul-betul baca dan faham setiap terma dan syarat supaya tak tersingkir tanpa bertanding.

Hadiah Yang Ditawarkan

Akan ada 4 pemenang utama yang akan memenangi Traveloka Fly & Win CNY Challenge.

Top 3 akan memenangi:

  1. Grand Prize Winner akan memenangi trip selama 6 days 5 nights ke Seoul (Flight and accommodations sahaja) untuk 2 (dua) orang.
  2. 1st Runner Up akan memenangi trip 5 days 4 nights ke Phuket (Flight and accommodations sahaja) for 2 (dua) orang.
  3. 2nd Runner Up pula akan memenangi trip trip 4 days 3 nights ke Langkawi (Flight and accommodations sahaja) untuk 2 (dua) people.

Nampak tak best dia? Biasa kalau menang contest, dapat untuk seorang sahaja, tapi untuk contest ni, traveloka bagi untuk 2. Uncle dah la masih dalam mood honeymoon, lagi la rasa syok nak main game ni dan menang trip ke Seoul bersama pasangan.

Dan tak lupa dengan kaki share di Facebook yang punya luck yang kuat juga boleh menang RM1000 Traveloka vouchers. Dua (2) pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Tapi jangan spam share tu banyak sangat pula sebab satu hari, maksimum share yang dibenarkan hanyalah lima (5) kali.

Jom Join Sebelum Contest Tutup

Challenge Fly & Win ini dibuka sehingga 28 February 2018. Tempoh penyertaan agak panjang, jadi kalau anda kata “tak sempat nak join”, “tak tempat nak kumpul mata”, “uncle tak bagitau”, tak tau la nak kata apa. Uncle dah share baik punya detail kat sini. Cuma tak boleh nak share nama pemenang je sebab belum umum lagi hahahaha.

cny contest 2018 traveloka

ok bye, uncle fly dulu.

Ok, la uncle nak sambung main game, addicted pula main game ni. Simple je, tapi cukup addicting. Tahniah kepada Traveloka kerana buat satu game yang simple, tetapi fun dan addicting macam ni. Uncle boleh lupa stress kerja kalau main game ni.

Good luck kepada semua. Dah dapat point, jangan lupa share di FB supaya uncle boleh tau berapa point pesaing-pesaing uncle hehe. Uncle sekarang dapat rasakan dah ada yang nak dekat dengan uncle sekarang ni. 😉




3,341 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. seri
  2. Otomen Taro
  3. Thenewsia
  4. Mummy Julia
  5. LeYa
  6. Ira
  7. miminadam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge