Travel Tanpa Masaalah Internet Dengan Travel Recommends

Tak dinafikan yang internet memainkan peranan penting ketika travel harini. Ye la, mesti nak live update kat mana kita ada sekarang kan ketika travel? Sejujurnya uncle tak berapa gemar kalau travel ke sesuatu negara tu, dan perlu dapatkan local sim untuk teruskan ‘bernyawa’. Leceh wo, dah la mahal!

Kalau paling tidak pun nak kena sentiasa periksa ada tak free wifi kat tempat yang kita pergi tu. Penat dan sebenarnya membuang masa untuk dapatkan free wifi, sebab kena register dan biasanya tak laju pun free wifi tu.

Travel dengan Travel Recommends

Travel Recommends menyediakan pocket wifi yang anda boleh sewa sepanjang anda travel ke luar negara. Baru-baru ni uncle ke Bangkok, Thailand dan uncle sewa pocket wifi daripada Travel Recommends. Sepanjang berada di Bangkok, tiada masaalah internet, dan yes, travel lebih lancar dan jimat masa la 😉

Cara nak booking pocket wifi ni mudah je, anda pergi ke https://www.travelrecommends.com/WiFi_Router/Price_Plan, kemudian pilih destinasi anda nak tuju.




Contoh anda pilih Thailand sebagai destinasi anda. Kemudian anda isi maklumat yang diperlukan iaitu tarikh dan masa pelepasan, tarih dan masa pulang ke Malaysia, bilangan router yang diperlukan, nama, email, nombor telefon, dan beberapa maklumat yang lain. Kemudian anda akan dapat email untuk pengesahan pembayaran.

travel recommends klia 2

Tempat uncle ambil pocket wifi uncle di KLIA 2 tempoh hari. Tak perlu risau sebab ia dibuka 24jam setiap hari 😉

Untuk pickup dan pemulangan wifi anda boleh memilih untuk ambil di KLIA / KLIA 2 sebelum pelepasan atau boleh juga minta untuk hantar ke rumah (untuk penghantaran akan di caj RM15).

Uncle memang sangat rekomen anda untuk pakai Travel Recommends sebagai peneman anda ketika travel.

Kelebihan Travel Dengan Travel Recommends

  1. Saiz pocket wifi yang kecil, jadi boleh letak dalam poket je sebab tak makan ruangan yang besar untuk bawa travel.
  2. Satu pocket wifi boleh kongsi sehingga 5 orang. Kalau anda travel dengan travel buddies, boleh la kongsi internet dan cutting-cutting bajet untuk internet tu sama-sama. Jadi dah jimat kos untuk internet di luar negara.
  3. Jangka hayat pocket wifi adalah sehingga 6 jam.
  4. Ada di banyak negara termasuk Singapore, Taiwan, Hong Kong, Australia, Japan, China, South Korea, USA, Canada, Europe, Vietnam, Cambodia, Macau, India, dan Indonesia.
  5. Harga sewa sehari serendah RM15. Waktu uncle ke Thailand haritu, sehari cuma RM19.
travel recommends

Anda akan dapat internet connection daripada pocket wifi ni sebaik sampai negara yang anda tuju. Nak on wifi tu mudah sahaja, hanya hold selama 10 saat dan ia akan bersedia untuk memberikan perkhidmatan internet kepada anda.

Jom travel dengan Travel Recommends. Tak perlu risau pasal data roaming lagi ketika travel.




279 total views, 11 views today

Comments
  1. zik
  2. Ezad Skytech
  3. imnajmi
  4. lisak
  5. JobThru
  6. Seorang Syed
  7. LeYa
  8. Tengkubutang
  9. Suriya Majid
  10. Hairul HIssam
  11. nikkhazami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge