Travel Lebih Jimat Dengan KL Travel Pass

Share

Uncle tertarik nak kongsi satu travel pass yang telah dilancarkan pada tahun lepas, tapi masih tak digunakan secara menyeluruh oleh para traveler yang datang ke Malaysia mahupun traveler yang berada di dalam Malaysia yang nak travel mengelilingi kawasan Kuala Lumpur daripada KLIA atau KLIA2.

kl travel pass

cantik kan design kad KL TravelPass ni?
Kalau anda jenis suka kumpul kad, berbaloi dapatkan kad ini sebagai salah satu koleksi anda.

Travel pass ini dipanggil KL TravelPass. Ia adalah satu kad Touch ‘n Go yang memberi akses kepada pemegang kad untuk menggunakan KLIA Express (sama ada single atau return trip) dan 2 hari ride tanpa had menaiki rail servis (untuk LRT, MRT dan KL Monorail line). Menarik bukan?

Di mana anda boleh beli KL Travel Pass ini?

Lokasi-lokasi pembelian tiket ini adalah sangat mudah untuk diakses. Anda boleh beli di semua kaunter tiket KLIA Express di KLIA Platform (lvl 1), Gateway@KLIA2 (lvl 2) dan Departure Hall (lvl 1, KL Sentral).

Berapa harga untuk travel pass ini?

Harga dipecahkan kepada 2 pakej, iaitu;

  • KL TravelPass 1: Harga RM70, untuk single trip, dengan reload value RM10 dalam kad Touch ‘n Go anda.
  • KL TravelPass 2: Harga RM115, untuk return trip, dengan reload value RM10 dalam kad Touch ‘n Go anda.

Kalau dikirakan dengan harga KLIA Express termasuk 2-hari unlimited ride dan RM10 value Touch ‘n Go, memang sangat berbaloi memiliki KL TravelPass ini.

Jadi kepada traveler dari luar ataupun dari dalam negara yang nak 2 hari trip pusing-pusing KL daripada KLIA/KLIA 2, uncle cadangkan anda beli KL TravelPass ni sebab lebih jimat dan paling penting sekali, tak perlu setiap kali nak ke destinasi bila menaiki train, nak ke kaunter tiket untuk membeli tiker. Lebih jimat masa dan tenaga.

Dimaklumkan yang setakat ini KL TravelPass ni belum termasuk sekali dengan KTM Komuter untuk termasuk dalam 2-day unlimited rides. Tapi dengar-dengar yang akan datang mungkin akan termasuk sekali, kalau termasuk sekali, memang seronok la para traveler yang datang ke sini, sebab boleh juga gunakan kad ini untuk ke salah satu destinasi travel popular di KL iaitu di Batu Caves.

Untuk maklumat lanjut mengenai KL TravelPass, boleh dapati di laman web rasmi KLIA Express.

1,113 total views, 15 views today

Share
Comments
  1. Otomen Taro
  2. wan
  3. Raihanah
  4. LeYa
  5. Hazmin Hamudin
  6. nila anggraini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge