Tourism Selangor Bekerjasama Dengan Fireflyz.Com Untuk Mempromosikan Selangor Sebagai Destinasi Popular

Share

19 Januari yang lepas sebelum uncle berangkat untuk menyertai FAM Trip #DiscoverSelangor, sempat uncle hadiri satu majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Tourism Selangor dan Firelyz.com. Majlis ini telah diadakan dalam usaha Tourism Selangor mempromosikan Selangor sebagai destinasi popular negara.

Kedua-dua pihak menandatangani MoU di Subang Skypark Airport sempena pelancaran #DiscoverSelangor Tourism Selangor yang bertemakan pesawat Firefly. Kerjasama ini dilihat akan mampu meningkatkan kedatangan pelancong dari Singapura dan mampu mempromosikan kempen “Discover Selangor, Heart of Malaysia”.




tourism_selangor_fireflyz_fam_trip_2017 (3)

Majlis Menandatangani MoU antara Tourism Selangor dan FlyFirefly (Dari kiri: Encik Ignatius Ong, YB Puan Elizabeth Wong & Puan Noorul Ashikin Mohd Din)

Dengan majlis menandatangani MoU ini diharapkan mampu meningkatkan jualan pakej pelancongan terutamanya ke negeri Selangor. Tourism Selangor akan bekerjasama dengan Fireflyz.com untuk menambah bilangan penerbangan dari Singapura ke Selangor bagi menjadikan Selangor destinasi utama ASEAN Tourism Forum 2018.

Salah satu inisiatif utama dalam kerjasama ini adalah pesawat Firefly akan dibalut dengan iklan Tourism Selangor yang memaparkan beberapa tarikan utama negeri Selangor. Makna kata banyak la iklan Discover Selangor, Heart of Selangor akan dilihat di pesawat-pesawat Firefly selepas ini.

tourism_selangor_fireflyz_fam_trip_2017 (1)

Encik Ignatius Ong (FlyFirefly, Ketua Pegawai Eksekutif), YB Tuan Dr. Haji Yaakob Sapani, Puan Noorul Ashikin Mohd Din (Tourism Selangor, GM) dengan YB Puan Elizabeth Wong melambai dari Pesawat Firefly.

Kedua-dua pihak juga dilihat akan bekerjasama rapat dalam mempromosikan pakej pelancongan yang akan terdiri dari lawatan satu hari hinga ke-5 hari yang mana ia termasuk sekali membeli-belah, memahami kebudayaan dan tinggal dalam homestay, eko-tourism dan melihat alam semula jadi, aktiviti sukan lasak, bergambar di lokasi menarik dan banyak lagi.

Sepanjang promosi berjalan sepanjang tahun 2017 ini pihak Firefly akan terus menerus menawarkan harga khas untuk pakej pelancongan melalui agensi serta syarikat-syarikat korporat yang ingin merancang siri lawatan ke Selangor.

Uncle harapkan kerjasama ini berjalan dengan lancar dan berjaya menaikkan negeri Selangor dinamakan destinasi terbaik di rantau ASEAN pada ASEAN Tourism Forum 2018.

Apa lagi, jom Discover Selangor. 😉

1,952 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. seri
  2. hafizhafizol
  3. nikkhazami
  4. Ainniah
  5. raihanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge