Tony Roma’s Fortune Feast Kembali Lagi Sempena CNY 2020

Dulu orang pelik kenapa Tony Roma’s yang popular dengan ribs tiba-tiba bila CNY (Chinese New Year) ada menu Yee Sang. Jadi lepas tu TR (Tony Roma’s) merajuk kejap dan tak keluarkan menu istimewa sempena CNY. Tapi orang tanya balik kenapa tak ada menu Yee Sang lagi. Biasa la, bila tak ada baru teringin kan? hehe

Jadi sebagai pengubat rindu peminat Yee Sang, TR bawa kembali menu Fortune Feast sempena CNY 2020 ni! Yeay! (Macam la pernah cuba menu Yee Sang TR sebelum ni haha)

Menu Fortune Feast ni bakal membuat anda nak lagi dan lagi dan lagi. Yup! Uncle dah cuba haritu, dah penuh pun nak makan lagi sampai uncle suruh je uncle tapau menu tu bawak balik rumah.

Okay jom kita layan menu yang ada. Kita mulakan dengan Yee Sang!

Ong Lai Salad dengan crispy Salmon skin (RM38.88 nett) – Bukan “Yee Sang” yang biasa korang tengok atau rasa kerana ia terdiri daripada ramuan khas seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, kapsul merah, walnut, goreng memenangi jalur tan, serbuk dan Salmon Skin yang rangup. Dalam setiap gigitan, menangis dengan bunyi salad yang segar dan kulit salmon yang tak terkata dengan kata-kata.

Salmon Fortune dengan Salmon Grilled dan Crispy Salmon Skin (RM58.88 nett) – sama macam di atas, tetapi dengan beza beberapa ringgit, korang akan grilled salmon yang uncle boleh kata…. korang takkan menyesal ambil menu ni.

Okay dah berterabur meja dengan salad. kita redakan sikit keadaan dengan Fortune Dip (RM28.88 nett) – Roti Perancis yang masih panas, dicelup dengan sos Rich Chipotle Beef & Beans…Awwwww cukup lazad. Jangan biarkan kerepek kentang goreng korang sejuk, sementara masih panas celup juga dengan sos Rich Chipotle Beef & beans. Anda akan rasa tenang sementara tunggu menu seterusnya tiba.

Kalau anda tak berapa minat kentang dan roti dicelup di dalam sos, tak mengapa, anda mungkin peminat ayam? Trio Happiness (RM68.88 nett) mungkin jawapan untuk anda. Bukan satu, tapi 3 jenis rasa berbeza dalam satu tray. Anda akan dapat Red Hot Buffalo Wings, Salted Egg Chicken Wings and Flaming Spicy Chicken Wings. (korang pastikan korang ambil Flaming Spicy Chicken Wings dulu sebab ia sangat sedap)

Anda rasa belum kenyang? Ya masanya telah tiba untuk menu utama iaitu Reunion Meal (RM138.88 nett) – Menu ini mengabungkan 3 menu popular dalam satu pinggan, tepat dengan misi sharing is caring hehe. Berebut la korang nak rasa juicy daging Flame Grilled Lamb Ribs. Jangan lupa kongsi kelazatan half BBQ Chicken dan crunchy spicy half Signature Kickin’ Shrimp.

Ahhhh terliur uncle saat siapkan entri ini.….

Short Ribs with Honey Plum Sauce (RM98.99 nett) – Kalau makan ribs korang rajin tak leraikan daging dengan tulang tu? Kalau tak rajin, menu ni terbaik untuk anda. Tinggal potong je daging tu. Dia punya lebut bahagian ribs tu memang nangis.

Baiklah. Dah penat makan, tekak pun dah mula dahaga. Air pun sampai.

3 seleksi ini susah sikit nak pilih. Kena baca 2 kali nama dia baru uncle tau nak minum yang mana satu. Nak sedap uncle cadang ambil Pineapple Ong Lai. Memang layan.

Okay uncle pun dah lapar balik ni. #JomTonyRomas! Fortune Feast ni hanya ada dari 2 Jan sampai 1 March 2020 ni je. Korang boleh dapatkan dekat cawangan Tony Roma’s berdekatan area anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge