Tonton Melebarkan Sayap ke Singapura

Share

Wow, rasa macam baru je lagi portal video #1 Malaysia, Tonton bertebangan mengelilingi orbit Malaysia, kini dah melebarkan sayap ke negara Singapura pula. Ia boleh di tonton menerusi Singtel Cast di Singtel TV. Pek Aneka Plus adalah yang ditawarkan kepada penonton di Singapura. Mereka kini boleh menikmati pelbagai siri drama TV3 dan TV9 sehingga 6 bulan lebih awal sebelum tayangan di rangkaian TV.

tonton singtel tv

Pengenalan Tonton di Singtel TV dimeriahkan dengan kehadiran duta Tonton; Dato’ Seri Vida, Ayda Jebat dan Redza Rosli.

Majlis pengenalan ini telah dilancarkan pada 21 Jun yang lepas di Karnival Celebfest yang diadakan di Suntec, Singapura. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran duta Tonton; Dato’ Seri Vida, Ayda Jebat dan Redza Rosli. Sambutan hangat diberikan rakyat Singapura yang mana pelbagai aktiviti yang turut disertai oleh duta Tonton selama 3 hari dilihat sukses dalam mempromosikan portal video Tonton.

tonton dato vida

Dato’ Seri Vida merupakan pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, ketika ditemui semasa sesi temubual khas di Royal Plaza on Scotts memberi ulasan; “Inisiatif Tonton yang menampilkan saya, Ayda Jebat dan Redza Rosli adalah satu langkah bijak bukan sahaja untuk mempromosikan Tonton di sini, malah membuka ruang buat kami menembusi pasaran hiburan di Singapura. Banyak ruang dan peluang yang boleh diterokai sepanjang 3 hari saya berada di sini, malah saya cukup teruja apabila ramai peminat yang turut bernyanyi bersama saya di karnival Celebfest; membuktikan penerimaan saya di sini,”

tonton ayda jebat

Ujar Ayda Jebat yang turut hadir memeriahkan majlis; “Kolaborasi Singtel dan Tonton adalah sesuatu yang cukup istimewa buat peminat saya di negara ini. Usaha Tonton bukan sahaja mempromosikan kandungan hiburan tempatan ke luar negara, malah turut membuka peluang kepada selebriti seperti kami dalam menembusi tawaran hiburan di luar negara. Saya amat yakin dengan kekuatan pasukan Tonton sekarang ini, mampu membawa portal ini bersama-sama karyawan Malaysia melangkah jauh ke persada antarabangsa; termasuk Brunei dan Indonesia selepas ini,

Rombongan Tonton serta barisan duta dibawa berbuka puasa di Desa Kartika, Centrepoint Singapura dan turut dibawa membeli belah ke Bazar Raya Geylang Serai. Ternyata sambutan istimewa peminat di Singapura diterima baik.

Tonton boleh dinikmati menerusi Pek Aneka Plus di Singtel Cast, Singtel TV Singapura. Manakala peminat di Malaysia boleh melayari Tonton di laman www.tonton.com.my.

615 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Ira
  2. Noriza Rahman
  3. Emily
  4. nikkhazami
  5. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge