To The Fore – Filem Sukan Lumba Basikal

Share

Jarang sekali uncle tengok filem yang bukan filem Hollywood. Kalau dah biasa baca review dari uncle sejak awal uncle tulis blog, mesti perasan yang uncle memang rare sekali bagi ulasan filem lain selain dari Hollywood. Baru-baru ni, uncle layan film Hong Kong,  To The Fore bersama rakan blogger lain di GSC Pavilion KL.

To The Fore – Dunia Sukan Berbasikal

Pada awalnya, uncle sangka yang filem ini adalah filem biasa-biasa sahaja yang kita boleh ramal jalan ceritanya. Tapi sangkaan uncle meleset sebab filem ni bukan mengenai sukan lumba basikal semata-mata. Sebelum uncle kongsikan kenapa korang kena layan filem ini, apa kata korang layan dulu trailer filem ini;

Sinopsis film To The Fore

Poster-Film-To-The-ForeFilm To The Fore Pelumba handalan dari korea Zheng Zhiyuan (lakonan Choi Siwon) adalah orang yang paling penting dalam pasukan Xuangguang dengan posisinya selaku “sprinter”.

Dua orang pelumba baru, Chou Ming (lakonan Eddie Peng) dan Qiu Tian (lakonan Shawn Dou) amat kagum dan tertarik dengan kekuatan dan skil Yuan. Mereka merasa bangga boleh menjadi ‘pacesetter’ kepada Zheng demi mencipta peluang kemenangan untuknya.

Kerjasama sempurna tiga pelumba ini telah mendatangkan banyak kemenangan kepada pasukan mereka. Namun begitu, percanggahan mula muncul apabila Zheng sentiasa berdiri di pentas penyampaian anugerah sebagai pemenang tunggal.

Chou Ming dan Qiu Tian terpaksa menerima hakikat bahawa gelaran juara hanya untuk seorang sahaja dan mereka tetap “pace setter” yang tidak mendapat tumpuan.

Sejak itu, tiga rakan seperjuangan ini dipengaruhi oleh ambisi sendiri, persefahaman dan semangat berpasukan mula hilang lalu menyebabkan keputusan pertandingan yang buruk. Akhirnya mereka bertiga berpisah dengan menarik diri dari pasukan dan meneruskan kerjaya masing-masing.

Walaubagaimanapun, tiga pelumba ini ditakdirkan untuk bertembung lagi apabila masanya sudah tiba dan kali ini mereka perlu menentukan siapa yang layak digelar terbaik.

to the fore movie taiwan

Kenapa Uncle Suka Film To The Fore

  • Filem ni penuh dengan aksi kejar mengejar antara pelumba basikal yang akan membuatkan uncle terfikir “kenapa dulu muda-muda tak ceburi dunia basikal?”. Memang rasa menyesal sedikit sebab tak betul-betul into dunia berbasikal waktu kecil.
  • Filem berkonsepkan sukan jarang sekali ada plot yang menarik, plot cerita To The Fore ringan dan mudah untuk di hadam dibantu dengan perkembangan setiap watak yang ada membuatkan uncle tak sedar ada popcorn di tangan uncle.
  • Filem ni mendedahkan kepada uncle dengan dunia perlumbaan basikal yang sebenar. Selama ni kita tengok di kaca TV sahaja perlumbaan mereka ni, tapi kita tak pernah tau di sebalik tabir kisah mereka. Dalam filem ini baru uncle tau, nak lumba basikal pun kena ada strategi, tak mengharap pada skill dan kecekalan semata-mata.
  • Banyak motivasi yang di selitkan dalam filem ini, uncle rasa bertambah semangat untuk mengejar impian uncle selepas melihat kecekalan mereka untuk mengatasi rintangan yang ada demi mencapai matlamat utama iaitu, menang dalam perlumbaan.
  • Filem ini di-shoot di pelbagai lokasi pengembaraan, antaranya adalah Padang Pasir Tengger, Gunung Alps, Pusat Bandar Hong Kong, Busan Korea Selatan dan Jalan Kaohsiung Taiwan. Seperti melayan sebuah dokumentari pendek mengenai pelumba basikal merentasi dunia.

to the fore Eddie Siwon Desert

To The Fore diterbitkan bersama oleh Emperor Motion Pictures, Evergrande, iQiyi, Sunning & Huace Media. Filem ini diarahkan oleh Dante Lam dan menampilkan pelakon hebat seperti Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou, Wang Luodan, Carlos Chan, Nana Au-Yang dan Andrew Lin.

To The Fore diedarkan oleh RAM Entertainment dan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 6 Ogos 2015.

Share
Comments
  1. Nurul
    • Uncle Zuan
  2. zool
  3. Belang Tarung
  4. reezluv
  5. razlan
  6. zik
  7. ameer
  8. adarain
  9. Noriza Rahman
  10. Julia Johari
  11. Hero Borneo
  12. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge