Tips Travel, Aktiviti, Penginapan dan Makan di Boracay
Masih terasa kedamaian angin pantai, kesejukkan air laut, dan kelembutan pasir putih di Boracay, Filipina.
Boracay adalah sebuah kepulauan kecil di Filipina yang lokasinya di wilayah Aklan bawah Majlis Perbandaran Malay. Dengan keluasan pantai 10.32 km2 (3.98 batu persegi), Boracay telah dianugerah sebagai salah satu destinasi percutian santai terbaik dunia oleh pelbagai penerbitan pelancongan dan agensi.
Untuk entri kalini, uncle nak kongsikan beberapa tips kepada mereka yang bercadang ke Boracay. Antara tips yang uncle akan kongsikan adalah tips untuk aktiviti, penginapan, makanan dan fees di Boracay mengikut pengalaman uncle dan sahabat travel uncle bercuti di sana pada bulan Januari yang lepas.
- Waktu sesuai untuk bercuti ke Boracay adalah antara bulan November hingga May, tetapi mengikut rujukkan uncle dengan salah satu agent travel tempatan, bulan Mac hingga May adalah waktu terbaik.
- Perjalanan ke Boracay dari Malaysia mengambil masa sehingga 8 jam. Memang takkan sempat buat apa-apa aktiviti bila sampai di sana kecuali berjalan di kawasan persisiran pantai dan makan.
Nota: 4 jam flight dari Malaysia ke Kalibo, 2 jam perjalanan menaiki van dari airport Kalibo hingga ke Jeti Caticlan. 15 minit perjalanan menaiki bot dari jeti ke pulau Boracay.
- Rate untuk menaiki van dan feri dari Kalibou Airport ke Boracay adalah 250 peso/seorang, dan setibanya di jeti anda perlu bayar environmental fee di terminal jeti sebanyak 200 peso/seorang. Setibanya di jeti Boracay pula anda boleh menaiki tricycle ke tempat penginapan anda pada caj lebih kurang 50peso/seorang.
- Pulau Boracay sangat panjang sehinggakan terbahagi kepada 3 bahagian pantai yang di namakan Station 1, 2 dan 3. Keunikkan setiap station ini adalah pasirnya. Di Station 1 adalah kawasan paling lembut pasirnya, Station 2 sederhana, dan Station 3 kasar sedikit.
Nota: Berjalan kaki dari station 1 ke station 3 ambil masa sekitar 15-30 minit.
- Majoriti kedai tukar duit tak nak terima RM kat sini. Ada la satu dua kedai yang uncle jumpa di kawasan Station 2 yang menerima RM. Jadi sebagai backup money takut tak cukup duit untuk berbelanja nanti, adalah lebih baik anda tukar siap siap RM kepada Dollar sebelum ke Boracay.
- Jangan habiskan semua Peso anda sebab kena bayar 700 Peso untuk airport tax bila nak balik nanti.
- Boracay cepat menerima malam, jadi kalau nak tengok sunset tu, timing yang paling cantik adalah pada pukul 5.30 petang.
- D’Talipapa di Station 3 adalah lokasi untuk membeli cendera mata kepada kesayangan pada harga yang murah. Jadi gunakan skill bargain anda di sini.
- Kalau ada gunakan kamera aksi seperti GoPro, pastikan anda ada floating bobber atau pole yang boleh di ikat di tangan. Takut terjatuh dalam laut ketika melakukan aktiviti dalam air laut nanti.
- Sebelum pilih untuk buat apa-apa aktiviti laut seperti Cliff Jumping, Snorkeling, adalah lebih baik anda usya ramalan cuaca di boracayweatherstation.com. Penting tau!
- Cuaca di Boracay agak panas dan boleh menyebabkan sunburn, jadi sebelum keluar buat apa-apa aktiviti adalah lebih baik anda pakai sunblock dan cermin mata gelap.
- Ada pelbagai aktiviti yang anda boleh buat di Boracay seperti Snorkeling, Skuba Diving, bawa ATV mendaki Mount Luho, menaiki Zip-line dan banyak lagi.
- Sebelum memilih atau menerima tawaran untuk aktiviti yang akan di lakukan oleh travel agensi tempatan adalah lebih baik buat survey di semua tempat yang dahulu.
- Pastikan aktiviti yang korang pilih berketepatan dengan kemampuan kewangan dan daya tahan badan, kalau agak tak mampu tu jangan la mengada nak ambil. Membazir pula nanti.
- Ada lebih 300 buah penginapan di Boracay. Uncle cadangkan untuk guna HotelsCombined untuk mencari dan membandingkan tawaran terbaik dari semua website pelancongan popular seperti Booking, AirAsiago dan Expedia.
- Rate hotel berbeza ikut pada Station. Station 1 – mewah, Station 2 – sederhana mewah, Station 3 – murah dan sesuai untuk backpacker.
- Kebanyakkan hotel ada sediakan sarapan pagi. Bagi yang Muslim, berhati-hati bab makanan ni ya sebab majoriti makanan yang di hidangkan adalah tidak halal. Di sarankan makan roti sahaja ataupun, balik bilik buat milo cicah dengan roti, lagi sedap.
- Tak banyak kedai makanan halal di sini, jadi bawa bekalan Megi, Oat, Milo dari Malaysia untuk jimat.
- Kedai makanan halal yang anda boleh cuba di sini adalah di The Kingdom of Boracay (terletak di Station 1) dan ada 2 kedai makanan halal di D’Talipapa yang terletak di Station 3 iaitu kedai #75 Kim-Nor Souvenir Shop dan kedai #122 Halal Food (yang akan berpindah ke kedai #106 nanti).
- Anda juga boleh beli bahan basah seperti ikan, ketam dan udang di wet market dan minta tukang masak di kedai #122 untuk masakkan untuk anda.
Okay, itu la dia sedikit perkongsian tips yang uncle boleh kongsikan untuk travelog uncle kali ini. Harap tips ini membantu anda yang ingin ke Boracay pada masa akan datang.
Kalau ada apa-apa tips tambahan nak di tambah, boleh kongsikan di ruangan komen untuk informasi tambahan pembaca lain.
11,914 total views, 2 views today
nak tanya kenapa saya search flight dari kl terus ke kalibo tak ade.. die turun mane sebenarnya tq
as salam…
klo sy bawa beras n serunding agak2 lepas x..
Assalam uncle zuan.. nak tnya lah.. kalau pg backparkers pada waktu peak hours ok tak?.. satu lagi uncle zuan stay kat hotel mane ehh?
Thankz uncle.. tips dia.. lainkali kekja nak pergi plak.. 😉
jom pergi lg
Salam uncle, nak tanya, kenapa ade waktu2 sesuai untuk bercuti ke boracay ni..? X boleh ke kita nak dtg suka2 time bila2 pun, contohnya kalau sy nk pegi dlm bulan ogos ke..
Boleh tau uncle zuan punya tix price pergi balik berapa ? Kalau RM1000 termasuk flight + hotel + all cukup tak for 4 days 3 nights ? terima kasih daun keladi uncle 🙂
cukup kalau aktiviti biasa2 je.
hotel ambil kat station 3 sebab boleh dapat murah berbanding station 2 dan 1.
flight kalau tak promo, return rm430.
kalau boleh bawa makanan dari malaysia, mesti cukup rm1000 tu 😉
Uncle Zuan recently posted…Kolam Air Panas Gadek Beroperasi 24 Jam Setiap Hari
terima kasih !
Bestnyer, entah bila dapat rezeki untuk ke sana,…
aik, sis tak pernah sampai boracay lagi ke?
you must hit boracay! its fun 😀
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
Iti lengkap xde ke Uncle?
Fauzi Sabri recently posted…SENDAYAN GREEN PARK: TAMAN REKREASI SERBA LENGKAP
sori, tak ada iti untuk dikongsi. saya traveler yang suka meredah sahaja berbekalkan bajet kewangan ketika itu 😀
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
hang jalan sengsorang ke dengan family nih?
titan recently posted…88 Program Affiliate yang sesuai untuk BLOGGER Malaysia – Edisi 2016
jalan dengan geng travel 😀
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
Boracay nmpk mcm tpt utk org2 muda & lasak. Ramai jg kawan2 akak yg suka pi Filipina – mesti byk tempat2 menarik di sana utk family, kan.
Zurainny Ismail recently posted…Mandu – Korean Dumpling
boracay memang lebih sesuai untuk belia. saya rasa kurang sikit untuk keluarga sebab terlalu ramai orang, sukar untuk ke sini dan sedikit sukar untuk dapatkan makanan halal.
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
tahun 2016 ni aku belum berpeluang lagi nak bercuti ke mana-mana…mencari ke mana destinasi yang patut dituju…
P.S – serius memang cantik panorama sunset kat tepi pantai kat Boracay ni…jeles pula aku…HAHA
Ezad Skytech recently posted…Film Review – Deadpool
jom la ikut aku ke umrah bulan 5 nanti 🙂
Uncle Zuan recently posted…Teroka Kegemilangan Lukut di Kompleks Sejarah Lukut
tempat tu bagus tak untuk berbulan madu..
kalau ada suasana romatik memang cun juga ..
namun tengok jenis pasangan juga…ada yang adventure maka sesuai tempat yang mencabar
mrhanafi recently posted…Maksud Gong Xi Fa Cai
hmm kurang sesuai untuk honeymoon pada saya sebab terlalu pack dengan pelancong asing.
Uncle Zuan recently posted…Teroka Kegemilangan Lukut di Kompleks Sejarah Lukut
Oh sana cepat malam ya? mesti best tengok panorama sunset kan Uncle?
Noriza Rahman recently posted…Testimoni Akibat Jerawat, Muka Berparut dan Kusam
tengok panorama sunset sentiasa one of the best thing to see 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Travel, Aktiviti, Penginapan dan Makan di Boracay
saya setakat selatan thailand saja pernah pergi..ke oversea naik belon tak pernah lagi.
olaoli recently posted…Kecemerlangan akademik atau siasah anak?
hmmm rindu nak ke selatan thailand. naik kereta, naik keretapi 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Travel, Aktiviti, Penginapan dan Makan di Boracay
wah cuti barocay. filipina rupanya ek. cantik tempatnya
Raihanah Ahmad recently posted…Paras Gula Turun Kepada 6.6 Dalam Tempoh 3 Minggu
nanti bawa la keluarga akak ke Boracay. Banyak aktiviti santai yang boleh buat kat sana 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Travel, Aktiviti, Penginapan dan Makan di Boracay
Pergh, cuti sakan Barocay..Ada rezeki nak bercuti lagi ar macam ni.
Bahrain recently posted…Movie Korea Paling Best 2015
hehe kalau boleh setiap bulan nak bercuti ke luar negara. tapi apa kan daya, cuti tak banyak mana. jadi destinasi lepasni, #DekatJe
Uncle Zuan recently posted…Tips Travel, Aktiviti, Penginapan dan Makan di Boracay
Yes, memang tunggu tips yg ni, hehe. Tq Uncle 🙂
welcome, semoga membantu untuk trip anda nanti 😉
Uncle Zuan recently posted…Tips Travel, Aktiviti, Penginapan dan Makan di Boracay