Pengucapan Awam Idea Dale Carnegie dan Ikut Pengalaman Uncle Zuan

Share

Kenal penulis buku klasik How To Win Friends and Influence People, Dale Carnegie? Rasanya harini buku popular karya beliau sudah ada dalam versi Bahasa Malaysiaย dan ramai dah mula baca karya beliau.

Salah satu buku klasik beliau berjudul How To Develop Self Confidence & Influence People by Public Speaking, ada mengajar tentang cara meningkatkan keyakinan dan pengaruh ketika membuat pengucapan awam. Buku ini adalah salah satu buku kegemaran den dan mempunyai banyak tips menarik untuk di pelajari dan di praktiskan pada hari ini.

Den sendiri ada beberapa kali menyertai public speaking di Universiti. Salah satu isu pengucapan awam yang berjaya den bentangkan dan mendapat respon positif daripada pensyarah adalah mengenai masalah etnik pada hari ini. Den ingat ingat lupa mengenai tajuk pengucapan awam yang dibentangkan, tapi salah satu isinya adalah mengenai makan menggunakan tangan, dan makan menggunakan sudu.ย Den diberi kredit oleh pensyarah kerana nampak tenang dan banyak beriteraksi dengan pendengar.

Salah satu pengaruh den kekal yakin adalah idea dari karya Dale Carnegie.

Apa isi di dalam karya buku tersebut sehinggakan den dapat kredit bagus dari pensyarah?

Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin menjadi speaker pertama yang mengegarkan konvensyen dengan gaya santai beliau.

Jom kita bincang untuk kebaikkan semua (den tambah sedikit point dan huraian mengikut pengalaman den) tips, teknik dan langkah pengucapan awam :

  • Mulakan Idea Untuk Pengucapan Awam Dengan Lafaz Bismillah.
  • Bersiap Sedia dan Buat Kerja Rumah – Membuat persiapan sebaiknya sebelum memulakan sebarang penguapan awam. Persiapan seperti apa yang kita nak sampaikan dari segi maklumat dan contoh berkaitan kalau ada. Dapatkan juga maklumat maklumat tambahan dari apa yang ingin kita ucapkan supaya kita tak ketandusan idea untuk penyediaan skrip, pembentangan dan sesi soal jawab (jika ada).
  • Sediakan Skrip – Skrip penting untuk aturan apa yang kita ingin cakapkan dari awal sehingga akhir pengucapan. Selain itu selitkan juga sedikit unsur humor di dalam persiapan kita supaya tak terlalu formal pengucapan tersebut. Pastikan punchline untuk setiap idea yang kita ingin tekankan.
  • Mula hafal skrip – Penghafalan skrip pada pendapat den adalah suatu yang penting dalam penentuan penyusunan ayat dan kerangka pengucapan awam. Tapi jangan terlalu menghafal sehingga hilang passion untuk menyampaikan mesej pada pendengar.
  • Sentiasa Kemaskini Skrip – Menurut Dale Carnegie, Abraham Lincoln (Presiden Amarika pertama) adalah seorang public speaker yang hebat. Beliau sentiasa kemaskini skrip pengucapan awam beliau dan sentiasa menghafalnya.
  • Teruskan menghafal skrip – Setiap kali skrip dikemaskini, penghafalan perlu di buat dan diperjelaskan supaya kita tak terlupa point baru, dan tersasul mengutarakan point lama yang mungkin tidak berapa penting.
  • Jangan terlalu ikut Skrip Kalau Tak Boleh Ingat Skrip – Ketika sesi pengucapan awam, jangan terlalu nampak seperti kita cuba ingat skrip ketika kita sedang lupa skrip yang ditulis. Ketika inilah kerja rumah yang kita buat pada awal tadi berguna. Ketika inilah skrip yang kita kemaskini datang berguna, kerana dlaam ingat tak ingat, kita pasti akan ingat apa yang kita ingin katakan.
  • Sediakan Flashcard (jika perlu) – Catat nota pendek dan penting di dalam flashcard. Tak perlu tulis nota panjang di flashcard, cukuplah sekadar beberapa point dan sentiasa pegang flashcard tersebut semasa pengucapan. Percaya atau tidak, dengan memegang sesuatu (seperti pen dan kertas), kadar nervous kita sedikit berkurangan.
  • Dapatkan satu role model – Role model yang dimaksudkan bukanlah model fashion ataupun artis. Maksudnya dapatkan seorang role dalam pengucapan awam, sebagai contoh Steve Jobs. Pernah lihat bagaimana beliau bentangkan produk baru keluaran syarikatnya? Keyakinannya membuatkan pengguna yakin dengan produk yang dikeluarkan syarikat beliau. Perhatikan gayanya, karisma, kelancaran pertuturan, dan keyakinan beliau. Selain dari itu, banyakkan melihat TED Talk di Youtube Channel. Salah satu talk yang menarik membentangkan idea mengenai technology kepada audience. Dari role role ini, kita boleh belajar bagaimana mereka dengan jayannya membuat pembentangan di hadapan semua orang.
  • Berkeyakinan – Keyakinan semestinya ada ketika kita sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan pengucapan. Yakin membuatkan orang yang mendengar yakin dan setuju dengan apa yang kita bahaskan walaupun mungkin apa yang kita katakan itu salah atau kurang tepat.
  • Tetapi Jangan Terlalu Yakin – Pada pendapat dan pengalaman den, jika kita terlalu yakin sebelum pengucapan, kita mungkin akan sedikit tecicir dan terlupa semasa pengucapan kita. Jadi pastikan kita yakin tetapi tidak terlalu 101% yakin.
  • Passion untuk menyampaikan – Individu yang bertanggungjawab untuk pengucapan awam bertindak seperti seorang penjual. Mestilah ada passion untuk sampaikan apa yang penting tentang produk (idea) kepada pendengar. Dan jangan lupa, interaksi dan humor dengan penonton jangan di tinggalkan. Jika hilang passion, semangat dan keyakinan tentu pudar. Dan pendengar sudah pasti akan mula menguap sebab tiada juga humor di selitkan.
  • Bersedia Sepenuhnya – Bersedia dari segi fizikal dan mental. Persediaan fizikal apabila kita menjaga sebaiknya kesihatan dan makanan kita. Jangan terlalu kenyang atau dalam keadaan lapar sebelum mulanya sesi pengucapan kita. Dari segi persediaan mental pula, jangan terbawa bawa masalah ke pentas pengucapan kita. Sebagai tambahan, banyakkan berdoa sebelum pengucapan awam. Jika ada malasah, tolak ke tepi dan fokus pada apa yang penting terlebih dahulu iaitu pengucapan kita.
  • Mulakan Ucapan Anda Dengan Lafaz Bismillah dan pada akhir pengucapan awam, ucaplahย Alhamdulillah.

dale carnegie how to develop self confidence & influence people by public speaking

Ok, itu serba sedikit idea dari Dale Carnegie dan ditambah pengalaman den dalam pengucapan awam. Jika anda rasakan anda bukan berada di pentas pengucapan awam, cuba fikir sekali lagi. Tak semestinya kita kena ada bakat untuk membuat pengucapan awam, tak semestinya kita kena kelihatan segak bergaya dan petah berkata kata. Semua ini boleh dilakukan jika kita praktis dan bernawaitu kuat untuk membentangkan idea kita kepada semua.

Akhir kata, jom sertai Kelab Pidato Perdana

Zuan
Untuk pengetahuan pembaca, entry ini dihasilkan khas untukย Kelab Pidato Perdana ๐Ÿ™‚

Share
Comments
  1. Hafizul
    • Zuan
  2. Khairul Zamri
    • Zuan
  3. suri
  4. kakiblog
  5. wazy
  6. Azham Vsvc
  7. suri
  8. Lynโ„ข
  9. adikensem
  10. titan
  11. Mohd Shubhi
  12. zik
  13. Khairul Zamri
  14. Mak lagenda
  15. hafidz
  16. Joe
  17. Jia
  18. suri
  19. blogger lelaki
  20. encikarman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge