Tips Penjagaan Smartphone

Share

Nak jaga phone ni bukan susah pun. Tapi ramai ambil mudah perkara ni. Hasilnya, kadang tak sampai setahun dua, phone dah mula meragam dan mintak baru.

Haritu waktu uncle kat Chamo Bangi, uncle sempat tanyakan beberapa tips penting yang mudah dipraktikkan. Jom uncle kongsikan.

Sentiasa Update Software Phone Anda.

Haaa ada yang tak buat? Alamak senang je nak update ni. Kalau anda pakai handphone yang menggunakan operating sistem iOS ataupun Android, mesti akan keluar notifikasi untuk update software telefon pintar anda.
Update ni sangat penting sebab setiap kemaskini mesti akan mempunyai pembetulan pepijat (bug fix) yang akan menjadikan phone anda lebih pantas.

Di mana nak tengok update ni? Boleh cek kemaskini terkini di bahagian applikasi setting smartphone anda. Keep your phone updated guys. Tapi kalau usia phone tu mungkin dah melebihi 3 tahun, jarang sekali akan dapat update terkini daripada iOS ataupun Android.

Uninstall / Buang Applikasi Yang Anda Tak Perlukan Lagi

Perasan tak yang kita install apps, tapi pakainya jarang-jarang sekali. Atau pun ada yang tak pakai langsung. Just install, cuba sekali dua, kemudian tak pakai lagi. Biasanya macam apps airlines, games, camera apps, mesti ada yang kita cuma install, tapi jang sekali pakai.

Mungkin dah tiba masanya anda remove apps tersebut. Bagi ruang storan phone anda banyak balik. Kat phone uncle, ada sikit je apps. Itu pun uncle fikir 2-3 kali kalau nak install apps tu.

Tutup Atau Kurangkan Background Task

Bab ni, mungkin ramai yang leka atau tak perasan juga. Kadang kita bukak apps macam Facebook, Email, tapi kita tutup tak apps tu properly? Kalau kita on Wi-Fi atau Bluetooth atau Portable Wifi, bila kita tak pakai, kita off tak apps tu?

Dalam tak sedar, ia menjadi background task yang mana apps tu keeps running je dari belakang. Ia makan memori kita, tu yang kadang phone kita slow. Ia juga dalam kita tak sedar, makan bateri phone kita, tu yang kita selalu rasa phone kita cepat sangat habis bateri dia.

Back Up Data Anda Ke Ruang Storan Luaran

Snap gambar, save. Rekod video save. Alamak, memory phone dah low. Siapa pernah alamai situasi macam ni? Walaupun phone kita banyak memori, ia ibarat kita ada bawa beg besar yang penuh dengan barang, larat tak nak angkat bila dah penuh sangat beg tu? Tak larat kan?

Jadi mana-mana gambar atau video atau file yang kita jarang pakai tapi sayang nak delete, back up dan simpan la dalam external hard disk, ataupun computer, ataupun cloud storage. Ada banyak pilihan.

Reset Phone Anda

Ok ni paling malas punya kerja. Agak-agak dah tak ada gambar atau video yang sayang nak buang. Ataupun anda dah habis buntu nak baiki phone anda yang asyik slow je tu. Reset la ke factory mode. Tapi kaedah ni pada uncle tak ada la senang sangat. Sebab bila dah reset, ia tak menjamin pun phone anda laju macam baru beli. Sebab kadang bukan software yang problem, kadang hardware itu sendiri yang problem.

Okay la, itu sahaja tips penjagaan smart phone yang uncle boleh kongsikan. Kalau anda ada tips menarik yang lain, boleh tambah di ruangan komen.

Perlu tempat servis dan repair smartphone? Hantar phone anda ke Chamo Bangi. Mesti puas hati.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge