Tips Penjagaan MacBook

Share

MacBook ni seperti yang sedia maklum, sebuah peranti yang mahal, tapi sangat power. Walaupun mahal, ia tidak bermakna MacBook ni kalis kerosakkan, kalis menurunan kelajuan dan kalis kebakaran. Ia juga sebuah peranti elektronik yang perlu belaian kasih sayang.

Berikut adalah tips penjagaan MacBook yang anda boleh ikuti bagi memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah MacBook.

Selalu Backup Data Anda

Selalu amalkan untuk backup data anda sekurang-kurangnya 1 minggu sekali. Uncle pernah tak backup langsung data untuk berbulan bulan, sekali dah rosak hard disk dia, menangis tak berlagu. Jadi amalkan backup data secara kerap. Simpan data penting seperti gambar, video, dokumen di external hard disk, ataupun cloud storage. Tak rugi pun selalu backup, tapi rugi kalau tak backup langsung.

Matikan Utiliti dan Servis Yang Run di Background

Wi-Fi tak pakai? Tutup! Bluetooth tak pakai? Tutup! Printer, dan segala background apps yang run apa bila kita on MacBook kita tu, kalau tak penting, tutup sahaja. Ia boleh mengurangkan prestasi MacBook anda.

Install Software Anti-Malware

Haaa! Jangan gelak ya. Memang ramai yang beranggapan yang Mac ni anti kepada segala jenis malware. Maaf ya, ia mitos semata-mata. Tiada device yang selamat dari segala jenis malware. Dengan semakin popularnya MacBook ni, tak mustahil malware pun semakin mudah untuk jangkit. Jadi install la software Anti-Malware yang bagus.

Buang File Lama Yang Tidak Atau Jarang Digunakan

File-file yang jarang digunakan jangan la biar ia bersawang didalam MacBook anda. Tak pakai, buang. Kurang pakai, simpan dalam external hard disk atau cloud storage. MacBook ni tak besar ruangan storan dia. Pastikan MacBook anda ada sekurang-kurangnya 10% ruangan storan yang tidak digunakan bagi menjamin kelancarannya.

Pastikan Deskop Anda Tidak Serabut

Satu tabiat yang tak berapa bagus ialah dengan meletakkan begitu banyak apps, folder, dan dokumen di desktop. Percaya atau tidak, setiap icon yang ada di desktop akan memerlukan RAM untuk memaparkan icon tersebut di desktop. Tak salah untuk ada beberapa apps, folder atau dokumen di desktop anda, tapi kalau boleh kurangkan.

Tutup Apps Yang Anda Tak Gunakan

Dah menjadi kebiasaan, bila dah tak pakai apps tu, tutup la kan? Tapi kadang kala kita terlupa, dan hanya minimize sahaja apps tersebut. Nampak cool je kan bila apps tu di-minimize di dock anda. Tapi tak kita sedar, apps yang kita minimize tu masih lagi makan RAM dan CPU. Ia memberikan kesan yang mana MacBook kita panas, dan mula slow bila kita buka apps baru, atau sedang membuat sesuatu kerja yang lain.

Baiklah, itu sahaja tips yang uncle dapat kongsikan untuk entri kali ini. Tips ini hasil perkongsian khas oleh MrFix Bangi – Pakar Repair MacBook Anda. Anda ada tips menarik mengenai macam mana anda jaga MacBook anda? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen untuk manfaat pembaca lain.

1,935 total views, 15 views today

Share
Comments
  1. mek onie
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge