Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo

Travel ke Colombo, Sri Lanka adalah travel solo uncle yang pertama ke luar negara. Sebelum ni kalau uncle travel solo, uncle main dalam Malaysia je. Tapi sebab dicabar oleh Travel Blogger, Kak Anil ni untuk ke Colombo secara solo, jadi uncle sahut cabaran tu tanpa berfikir panjang.

Baik, Colombo mungkin tak sepopular destinasi pelancongan yang lain. Jadi leceh sikit uncle nak dapatkan info mengenai tips survival di sana, tempat menarik yang ada, makan halal, transport dan sebagainya.

Untuk entri ni, uncle akan kongsikan mengenai penginapan, makanan halal dan tempat menarik yang ada di Colombo.



Penginapan Di Colombo

Selain dari makan dan destinasi, perkara asas bila travel adalah penginapan. Untuk trip 3 hari 2 malam ni, uncle tinggal di hostel CityRest Fort.

Uncle jumpa hostel ni kat Booking.com. Dengan rating yang bagus, rate yang berbaloi dan lokasi yang strategik, uncle terus book kat Booking.com. Book dulu, bayar kemudian, senang kan?

colombo hostel cityrest fort

Selain dari lokasi yang strategik iaitu dekat dengan tarikkan dan stesen bus & keretapi, staff hostel CityRest juga sangat ramah dan pandai berbahasa inggeris

Apa yang menarik mengenai tinggal di hostel ini adalah anda akan berkongsi bilik dengan traveler yang datang dari negara lain. Anda akan berpeluang mendengar dan berkongsi pengalaman travel dengan roomate yang lain.

Kalau anda travel solo atau dengan group yang kecil, uncle rekomen tinggal di CityRest Fort. Staff sangat membantu, dan agak fasih berbahasa inggeris.

CityRest Fort Hostel
Alamat: 46 Hospital Street, Hospital St, Colombo 00100, Sri Lanka
Phone: +94 11 2 339340

Makanan Halal Di Colombo

Kalau anda malas nak bawa bekalanan makanan, dan  suka untuk mencuba makanan tempatan, uncle boleh rekomen dua tempat makan yang sempat uncle terjah sepanjang di sini. Uncle tak banyak sangat makan untuk trip kalini, entah kenapa tah…. Sarapan pun uncle makan roti je kat hostel. Haha jimat!

Nota: Nak jimat? Bawa bekalan kurma. Dengan memakan 3 biji kurma, uncle dah boleh hilangkan rasa lapar. Tak caya? Boleh cuba 😉

Tak sukar sebenarnya nak dapatkan makanan halal di Colombo. Ini adalah kerana ramai sebenarnya muslim di Colombo. Agak tak konfiden je, beli la makanan di kawasan yang berdekatan dengan masjid, atau tengok tanda halal (banyak tempat makan ada tanda halal), atau beli je kat tempat kita nampak saudara/saudari muslim kita beli.

> Burger’s King

colombo sri lanka burger's king

Restoran Burger’s King yang terletak di Slave Island yang mana ramai penduduknya adalah muslim. Jangan terkejut kalau ada diantara mereka menegur anda dengan “Assalamualaikum, Apa Khabar?”

Jangan konfuse Burger’s King dengan Burger King ya. Burger’s King adalah sebuah restoran makan halal tempatan. Seperti Burger King, menu yang di jual juga adalah burger. Dan sejujurnya, harganya agak berbaloi, dan rasanya agak sedap. Konfirm kenyang ambil set burger beserta fries dan air. Harga satu set Chicken Burger uncle beli tempoh hari adalah 340 rupee (lebih kurang RM9.50).

Alamat: Burger’s King, Vellons Passage 2, No 1, Colombo, Sri Lanka

> Star Hotel & Bakery

restoran halal star hotel & bakery colombo

Star Hotel & Bakery terletak tak jauh dari Red Mosque. Atasnya adalah hotel, bawahnya adalah kedai makanan halal. Kat sini uncle cuba Nasi Briyani. Not bad nasi Briyani dia. Lain sikit dari rasa nasi Briyani yang kita biasa makan kat Malaysia. Harga Nasi Briyani kat kedai ni 250 rupee (lebih kurang RM7).

Alamat: No 7, Sea Street, Colombo

Tempat Menarik Di Colombo

Dah cover tempat tinggal dan makanan, sekarang masa untuk uncle kongsikan pasal tempat menarik yang ada di Colombo.

Antara yang memeranjatkan uncle pertama kali sampai Colombo adalah kebersihan bandar ini. Kebanyakkan tempat yang uncle sampai atau lalu, agak sukar untuk nampak sampah walaupun seputung rokok.

> Galle Face

galle face green colombo

Nak tengok apa aktiviti masyarakat yang tinggal di Colombo pada sebalah petang? Boleh ke Galle Face Green.

Ia adalah sebuah kawasan lapang sepanjang 500 meter menghadap lautan hindi. Macam-macam aktiviti masyarakat yang tinggal di Colombo boleh anda lihat di sini seperti bermain layang-layang, bersukan, bernyanyi musik tradisional, melepak, makan-makan dan banyak lagi.

Kat sini juga lokasi yang menarik untuk mencuba makanan tempatan. Sempat uncle merasa dia punya roti naan.

> Masjid Jami Ul-Alfar (Red Masjid / Red Mosque)

red mosque Jami Ul-Alfar Mosque colombo

Salah satu sebab kuat uncle ke sini adalah untuk melihat sendiri kecantikkan dan keunikkan yang ada pada Red Mosque.

Tengok sahaja dari luar, dah ‘jaw-dropping’ kan? Datang sendiri ke Red Mosque bagi melihat sendiri keunikkan dan kecantikkan seni bina dalam masjid ini.

Masjid ini bukan sahaja menjadi tumpuan umat islam yang datang singgah ke Colombo, malah ia juga adalah antara tarikkan popular pelancong yang datang ke Colombo.

Masjid Jami Ul-Alfar dibina pada tahun 1909. Masjid ini suatu masa dahulu dijadikan sebagai landmark Colombo kepada pelayar yang menghampiri pelabuhan.

> Independence Memorial Hall

colombo Independence Memorial Hall

Independence Memorial Hall atau juga dikenali sebagai Independence Commemoration Hall. Ia adalah sebuah monumen yang dibina khas pada 1949 untuk memperingati kemerdekaan Sri Lanka dari pemerintahan British.

Kat bawah Independence Memorial Hall ini ada Independence Memorial Museum. Muzium ini dibina khas bagi memperingati wira-wira negara Sri Lanka yang memainkan peranan penting dalam mencapai kemerdekaan Sri Lanka.

> Colombo Lighthouse

colombo lighthouse

Rumah api ni sangat unik. Depan design lain, belakang design lain. Tapi jangan ingat ia sudah tak berfungsi. Ia masih lagi di bawah penguasaan Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka.

Dibina setinggi 29 meter pada tahun 1952, Colombo Lighthouse harini adalah salah satu landmark penting untuk bandar Colombo.

> Sambodhi Chaithya

colombo Sambodhi Chaithya

Berdekatan dengan Colombo Lighthouse terletak Sambodhi Chaithya. Ia adalah sebuah kuil budha yang dibina dengan konkrit tetulang. Ia dibina pada tahun 1956.

Nak naik ke atas ni kena panjat tangga yang ada di sebelah kiri. Korang kena panjat tangga setinggi 10 tingkat bangunan untuk sampai ke atas. Berbaloi sangat naik ke atas ni sebab boleh nampak pemandangan bandar Colombo dan Lautan Hindi.

> Pettah Floating Market

pettah floating market

Seperti Thailand, Colombo pun ada floating market ia tersendiri. Cuma bezanya, floating market yang ada di sini adalah deretan gerai yang dibina di atas tasik.

Di sini pelbagai jenis barangan buatan tempatan boleh di dapati.

> Colombo Railway

colombo railway

Suka bergambar di tepi laut?

Suka bergambar di railway?

Why not ambil peluang untuk bergambar di kedua-dua tempat sekaligus.

Berdekatan dengan Bambalapitiya Railway Station, terletak lokasi yang cun untuk bergambar. Timing paling cun adalah pada sebelah pagi dan sebelah petang. Jangan la bergambar time tengah hari, habis hangus kulit anda nanti hahaha.

Perhatian! Berhati hati ya kalau nak bergambar di sini sebab trek train ni masih lagi beroperasi. 

> The Arcade Independence Square

The Arcade Independence Square colombo

Suka kelainan ketika shopping? Anda boleh merasakan keunikkan shopping di dalam The Arcade Independence Square. Ia adalah sebuah kompleks membeli belah yang ditempatkan di dalam kumpulan bangunanan-bangunan yang telah diubahsuai. Seriously rasa macam golongan atasan bila masuk ke dalam bangunan ini (walaupun tak shopping apa-apa pun).

 > Seema Malaka

Seema Malaka

Satu lagi tarikkan unik yang ada di Colombo adalah Seema Malaka. Dibina di atas Beira Lake, ia adalah sebuah kuil yang dibina untuk tujuan meditasi dan untuk berehat.

> Gangaramaya Temple

Gangaramaya Temple

Sebuah kuil yang dibina dengan gabungan senibibina moden dan budaya.

> World War Memorial Park

colombo world war memorial park

> Viharamahadevi Park

Viharamahadevi Park colombo

Bersebalahan dengan World War Memorial Park, terletaknya sebuah taman yang terbesar dan tertua di Colombo. Anda boleh tengok pelbagai gelagat penduduk yang tinggal di Colombo outing di sini.

Anda juga boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan disini.

Tengok gambar uncle posing kat atas, belakang uncle bukannya White House, sebaliknya ia adalah Colombo Municipal Building.

 

Baik, harap dengan perkongsian tips untuk penginapan, makanan halal dan tempat menarik yang ada di Colombo memberi idea kepada anda yang mungkin ada perancangan untuk ke Colombo.

Untuk entri akan datang uncle akan kongsikan ‘Macam mana uncle jimat USD30 di Colombo’! Nantikan…. 😉

Anda pernah juga ke Colombo? Boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah untuk rujukkan pembaca-pembaca yang mencari info berkenaan Colombo di sini. Terima kasih

1,250 total views, 3 views today

Comments
  1. Mieza Everdeen
  2. Hero Borneo
  3. Introducer maybank
  4. Mirwan Choky
  5. ican mori
  6. LeYa
  7. PendekarBerkuda
  8. Trendslink
  9. aswaleyla
  10. Anil Wanina
  11. Explorasa
  12. anuar
  13. Muhammad Khairuddin Lim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge