Tips Mintak Duit Raya Dengan Uncle

Di usia ‘separuh punya separuh abad‘, agak normal bila dengar budak-budak cakap;

Uncle, mau duit raya! Mau warna merah” dan biasanya aku tanpa perasaan serba salah akan kata, “Ahh takde duit raya tahun ni, gi main ipad tu!

Alaaa kedekut la Uncle ni, tahun lepas kata tahun ni dapat warna merah. Nak duit…” Rayu mereka lagi..

Dan den terus buat dek, dan terus baca komen korang di blog..

 

Sebenarnya den ni bukan KEDEK sangat, cuma den dah nampak kenapa diorang mintak duit raya. Adakah kamu akan bagi duit dekat budak yang datang dengan bau belerang? Point ke2, tadi kat dapur den ada dengar anak buah dok sibuk pasal nak tengok filem Adnan Sempit 3 kalau dapat duit raya warna merah dari den. Tu lagi la menguatkan KEDEK den dengan diorang.

Nak duit raya? Den boleh bagi, tapi jangan kantoi-kan sangat diri korang. Buat skema je. Den suka budak skema dan naif, senang nak buli. Macam den ni, percaya atau tidak, den masih boleh dapat duit raya. Tak caya?

  • Den berwajah awet muda. Tak dinafikan sekali pandang, den seperti berumur 18 tahun. Ini sebab den mengamalkan tips kekal muda oleh abang ensem. Jadi uncle dan auntie pasti tertipu dengan wajah den yang comel ni (Kak Jie kata).
  • Jangan sembang sangat dengan orang dewasa sebab ini akan meng-kantoi-kan umur sebenar kamu. Budak-budak mana nak sembang dengan orang tua. Macam den ni, selalu melekat dengan budak budak angry bird dan candy crush. Jadi uncle dan auntie takkan suspect yang aku ni melebihi had umur untuk dapat duit raya.

Ok, den boleh bagi 2 tips je. Takut nanti bagi banyak-banyak kantoi pula dengan uncle dan auntie den. Lain-lain tu pandai-pandai la korang cari. Bukan susah pun, encik google kan ada? Satu soalan korang tanya, beratus-ratus jawapan korang dapat.

Till then, selamat mendapat duit raya dengan tips yang diberi.

Zuan
p.s Ehhhh kalau kamu ada masa sila sila bagi reviews dekat alexa den. thanks 🙂

equrban-728x90a

Comments
  1. hafizmd
    • Zuan
  2. Irwan Alessa
    • Zuan
  3. Hafizul
  4. Wan Fauzi™
  5. hazman aka species1980
    • Zuan
  6. puteri kasih
  7. encikarman
  8. KiD
  9. boni ultra kacak
    • Zuan
  10. irfan
  11. Kaio
  12. reezluv
  13. Irwan Alessa
  14. papa mifz
  15. daddydee
  16. suriaamanda
  17. ema
  18. afasz
  19. encikarman
  20. TehR
  21. kakiblog
  22. aku penghibur
  23. SA
  24. Mohd Shubhi
  25. Aimanayie
  26. ikhmal malique
  27. zaza
  28. Ezad Skytech
  29. titan
  30. Ezad Skytech

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang...