5 Tips Memilih Buku Yang Bagus Untuk Dibaca

Share

Entry kali ini, tergerak hati untuk berkongsikan tips memilih buku yang bagus untuk dibaca. Pernah banyak kali den tersilap beli buku kerna teruja dengan tajuk buku (Nampak tak pentingnya tajuk sesebuah buku untuk makerting?). Akibatnya baca separuh jalan, mood membaca ke-laut, buku jadi berhabuk. Belajar dari pengalaman, hari ini fikir banyak kali sebelum membeli sesebuah buku.

Jom bincang 5 tips dari pandangan penulis mengenai pemilihan buku yang bagus untukdibaca:

  • Baca Review dari pembaca buku yang ingin dibeli (Seperti review dari orang ternama). Ulasan yang bagus meningkatkan lagi keyakinan pembaca buku untuk bebeli buku yang ingin dibeli. Tidak dinafikan review / ulasan adalah satu kaedah marketing yang bagus. Den pernah diberi ebuku secara percuma oleh penulis ebook tempatan (nama dirahsiakan) bagi memberi review bagus mengenai buku yang ditulisnya sebelum dipasarkan di Amazon. 

  • Amazon-kan diri – Jika ingin beli buku dari luar atau marketnya luas (buku omputih), laman web Amazon adalah satu laman web yang reliable yang mana banyak review-review bagus dari pembaca buku yang mungkin kita ingin beli. Mungkin berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus review pembaca mengenai buku yang kita ingin beli ada di sana. Tinggal nak baca sahaja review mereka. Macam den, memang suka baca buku omputeh, jadi selalu jadikan Amazon sebagai laman untuk rujuk review dari pembaca yang terdahulu. Selain itu, di Amazon kita boleh kenal pasti mana satu top selling book. Biasanya kalau dah top sell, maknanya buku tu memang bagus untuk dimiliki dibaca.

Terokai 7 Teknik Killer Ebook “BestSeller”

  • Kaji background Penulis buku – Bukan bermaksud kena kaji dari A-Z mengenai penulis sampai makanan apa penulis suka baca pun kita kena tahu. Cukuplah sekadar tahu education atau portfolio yang penulis sudah ada seperti buku buku yang pernah ditulis sebelum ini (sebagai contoh, penulis SEO Merah Jambu mempunyai pengalaman affiliate lebih 10 tahun). Biasanya penulis yang bagus akan di mentioned di dalam buku judul judul bagus yang pernah ditulis penulis.
  • Gaya Penulisan – Sebelum membeli buku, pastinya anda kena ketahui gaya penulisan penulis, samaada jenis santai atau skema. Ini ikut taste anda sendiri. Kalau suka jenis santai, cari yang jenis santai yang mana penulis biasanya akan menyelit humor dan akan membawa pembaca ke dalam imaginasi penulis. Den suka gaya penulisan santai untuk mengelakkan mengantuk.
  • Tengok Isi – Isi yang dimaksudkan adalah isi kandungan. Teliti dahulu adalah isi kandungan seperti yang kita inginkan? Kalau ingin buku bergenre hartanah, adakah apa yang kita nak baca isinya ada. Kalau nak buku bergenre self help, adakah apa yang kita ingin belajar ada di dalamnya. Hari ini banyak buku yang isinya lebih kurang sama. Yang mungkin berbeza adalah cara penulis huraikan isi tersebut mengikut pemahaman penulis sendiri.

Banyak lagi rasanya tips memilih buku yang bagus boleh di kongsi kan dan di huraikan. Tapi den highlightkan 5 yang den rasa bagus untuk di beri perhatian. Kalau ada pembaca yang rasa nak  tambah tips, sila kongsikan di kotak komen di bawah.

Jom semat dan kekalkan budaya membaca di dalam diri kita 🙂

Keep Calm and Read Books

Zuan

Comments
  1. Hafizul
    • Zuan
  2. sya_merpatiputih88
    • Zuan
  3. Farzli
    • Zuan
  4. Manan Qayyim
  5. Bean Moreno
  6. syazana zainn
  7. encikarman
  8. kakiblog
    • Zuan
  9. HipMom
  10. Bahrain
  11. afasz
  12. Zik
  13. Akuro San
  14. Ahmad Azhari
  15. Khairul Zamri
  16. blogger lelaki
  17. suri
  18. kakiblog
  19. Denaihati
  20. Sya Isya
  21. titan
  22. pahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Kenal penulis buku klasik How To Win Friends and Influence...