Tips Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Travel

Share

Okay, entri kalini simple je, uncle nak kongsikan tips macam mana nak kumpul duit untuk pergi travel.

Masaalah sebelum nak travel ataupun masaalah yang mengekangkan kita untuk travel adalah bajet untuk travel.

Bajet untuk travel ni pulak bergantung la pada ke mana kita nak gi travel tu. Kalau dalam negara je, mungkin tak sampai ribu-ribu. Kalau sampai ribu-ribu pun adalah disebabkan anda tidur kat hotel yang mahal-mahal dan anda telah rosakkan bajet tu dengan shopping berlebihan.

Kemon, pergi travel kan? Buat apa nak shopping?




Dan kalau travel ke luar negara tu, tengok pula ke negara mana kita pergi. Kalau negara tu lebih kurang je currency dengan Malaysia, ataupun negara tu murah lagi matawang dia dari Malaysia, tak perlu la bajet banyak sangat.

Bajet travel tu akan banyak atas beberapa faktor je;

  1. Hotel mahal
  2. Flight mahal
  3. Negara matawang mahal dari Malaysia
  4. Pergi travel lama sangat

amna-home-perth-

Okay berbalik kepada topik asal,

Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Pergi Travel?

Tiga langkah mudah uncle share kat anda untuk entri ini;

#1. Tetapkan nak travel ke mana, dan berapa lama nak pergi. 

Ini penting sebab kita nak kena tau berapa lama nak pergi. nak pergi mana. Dan dari situ boleh kira berapa bajet diperlukan.

Untuk anggaran bajet, anda boleh google dahulu harga flight tiket dan hotel secara kasar. Anda google dulu travel agent kat sana punya harga berapa. Anda google dulu tarikkan kat sana ada berapa yang boleh masuk secara free, ada berapa banyak yang masuk kena bayar.

Jadi dari situ boleh kira secara kasar berapa budget yang diperlukan.

#2. Tetapkan Mininum Simpanan Bulanan

Baik dah tau bajet kasar. Tetapkan berapa perlu simpan sebulan. Ini kena betul-betul disipilin. Kalau tak disiplin bab simpanan ni, abaikan la niat nak travel tu.

Contoh anda dah plan nak travel bulan 12, dengan bajet RM2,000.  Sekarang dah bulan 2, jadi ada baki 10 bulan untuk prepare bajet tu. Makna kata, sebulan kena prepare RM200. Jadi setiap bulan simpan la RM200.

#3. Simpan Bajet Tu Dalam Unit Trust atau ASB atau Tabung Haji

Untuk elakkan anda terguna duit bajet travel tu, simpan la duit tu dalam tempat yang anda rasa leceh nak keluarkan duit tu, tapi ia boleh beri pulangan pada anda secara tahunan ataupun bulanan.

Haaa nampak tak keuntungan di situ? Dalam kita menabung tuk travel, kita secara tak semena-mena menabung sikit tuk duit simpanan kita. Jadi teruskan simpan minimum yang macam uncle sebutkan di point #2. Tetapkan disiplin simpan minimum. Dapat simpan lebih, lebih baik.

uncle-zuan-travel-ho-chi-minh-vietnam

Jadi dah selesai 3 step ni. uncle kongsikan tips tambahan pula;

Subscribe airlines untuk promotion.

Ini golden tips la pada uncle sebab dengan subsribe airlines seperti Air Asia, Malaysia Airlines, Firefly, dan banyak lagi, anda akan dapat tahu apa promo terbaru. Dan dari situ dah konfirm anda akan dapat harga terbaik!

Dengan duit simpanan yang anda dah simpan tu, terus la beli tiket flight promo yang ada tu.

Baik ini satu lagi golden tips yang baru uncle tahu dan uncle nak kongsian kepada anda;

Sign up Amna Home Local Partners Platinum Membership. 

Terbaru dari Amna Home, pengendali homestay dalam dan luar negara adalah kad keahlian Amna Home Local Partners Platinum Membership.

Dengan kad platinum ni, anda hanya perlu bayar setahun RM2,400, dan akan dapat FREE STAY di mana-mana homestay milik Amna Home bermula dari 2 hingga 7 malam setahun (yang mana sekarang ni ada di KL, Perth, Tokyo, London, Amsterdam, Melbourne, Auckland, Bangkok dan Pattaya) dan Amna Home Local Partners (yang sekarang ada di Seoul, Paris, Osaka, Gold Coast, New York, Istanbul, Manchester, Bali dan Singapore).

Baca mengenai > Amna Home Local Partners Platinum Membership

Bukan je dapat FREE STAY, kalau ada beli flight tiket untuk penerbangan Malaysia Airlines, Malindo, Fireflyz & Air Asia, anda akan menikmati diskaun dari 10-100%!

Dan sudah tentu, ada mata ganjaran yang boleh kumpul dan boleh tebus mata ganjaran tu dengan penginapan PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.amnahome.com.

tips-travel-kumpul-duit-jimat

Harap dengan tips yang uncle kongsikan ni memberikan manfaat kepada anda.

Apa lagi? Jom kumpul duit, dan travel. 😉

9,682 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. amit
  2. Otomen Taro
  3. LeYa
  4. Akak Kembang
  5. raihanah ahmad
    • Uncle Zuan
  6. mrhanafi
  7. Manan Qayyim
  8. Pojiegraphy
  9. siti hazreen
  10. Luqman Zakaria
  11. nikkhazami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge