Tips Kepada Yang Ingin Ke Jepun Untuk Pertama Kali

Semakin lama semakin ramai yang mampu ke negara matahari terbit, Jepun. Sebuah bumi sakura yang sangat maju ekonominya dalam pelbagai bidang seperti industri automotive, elektronik, robotik, agriculture dan banyak lagi.

Mengikut data yang direkod pada tahun 2015, Malaysia telah menyumbang sebanyak 305,447 orang pelancong yang datang melancong ke Jepun. Haaa ramai kan yang dah travel ke Jepun?

Pasti rasa teruja nak menjejakkan kaki ke Jepun apabila melihat rakan-rakan post gambar di laman social ataupun ada melihat iklan-iklan tourism Japan.

Pada yang nak ke Jepun untuk pertama kali, uncle nak kongsikan serba sedikit beberapa tips sebelum anda ke Jepun supaya percutian anda lebih lancar.




tips-travel-jepun (2)

Tips Kepada Yang Ingin Ke Jepun Untuk Pertama Kali

  • Tak Ramai Orang Jepun Yang Pandai Berbahasa Inggeris

Jadi bila di Jepun tu kena la tahu sikit-sikit Nihongo. Adalah baik anda ke kelas bahasa Jepun, atau dapatkan mereka yang arif dalam bahasa Jepun untuk travel bersama anda. Tapi tak perlu risau sangat, sebab kebanyakkan mereka yang bekerja di lapangan terbang, stesen keretapi, dan di tempat tarikkan pelancong boleh berbahasa inggeris.

  • Bawa Universal Adapter

tips-travep-travel-adapter

Jepun punya kepala plug tak sama dengan Malaysia. Jadi adalah lebih baik bawa universal travel adapter dan extension bersama anda.

  • Convinent Store Adalah Penyelamat Anda

Convinent store, seperti Family Mart atau 7e yang buka 24 jam adalah penyelamat anda kalau anda kat Jepun. Macam macam anda boleh beli kat situ termasuklah telur, minyak masak, spender pakai buang, barangan basah, minuman dan mesin ATM.

  • Susah Nak Jumpa Tong Sampah

Kat Jepun memang susah nak jumpa tong sampah. Uncle pun tak tau kenapa. Jadi kalau ada minum air botol ke ada sampah ke, simpan elok elok sampai anda jumpa tong sampah. Jangan buang merata-rata pulak. Adalah lebih baik anda bawa bersama plastik kosong untuk bawa sampah anda tu.

  • Kebanyakkan Sign Adalah Dalam Tulisan Jepun 

tips-travel-jepun (4)

Yang ini masaalah yang paling susah pada uncle terutamanya bila nak beli tiket train sebab kebanyakkannya adalah dalam tulisan Jepun. Jadi penyelesaiannya adalah dengan mendapatkan bantuan dari Apps (City Rail Maps) atau Google Maps.

Kat Jepun ada banyak tarikkan yang menarik, jadi untuk lancarkan perjalanan anda, adalah lebih baik dapatkan perkhidmatan tour guide peribadi. Uncle cadangkan untuk dapatkan perkhidmatan daripada Cuti-Cuti Jepun. Dikelola 100% oleh student Malaysia yang menetap di Jepun yang mana mereka boleh arrange trip anda ikut flexibility anda.

  • Susah Nak Dapatkan Surau atau Tandas

Ya salah satu yang melecehkan di sini adalah tak banyak tandas awam dan tak ada disediakan surau di sekitar kawasan tarikkan. Tandas biasanya boleh didapati didalam bangunan seperti shopping complex ataupun di kedai makan. Untuk surau pula, biasanya boleh didapati didalam shopping complex, itu pun tak banyak yang ada, kena tanya orang sekitar atau gunakan google map.

Pastikan anda standby kompas kiblat dan kain sejadah mini sekiranya ada masaalah untuk jumpa tempat untuk solat. Misal kata ada ruangan solat yang sesuai, minta kebenaran guard yang menjaga kawasan tersebut terlebih dahulu.

  • Elakkan Pergi Pada Hujung Minggu atau Musim Cuti 

Walaubagaimana pun, tips ni tak la terlalu penting sangat sebab boleh kata setiap hari ramai je orang, tapi boleh digunapakai di sesetengah kawasan tarikkan pelancong. Kalau misalkata anda nak ke Disneyland, atau Disney World, elakkan la pergi pada musim cuti sekolah, pasti rasa rugi dan nak pegi lagi sebab tak puas hati banyak masa terbuang dengan menunggu giliran.

  • Pilih Musim Travel Yang Bersesuaian 

Seperti yang anda sedia maklum, Jepun adalah negara 4 musim. Uncle hanya pernah ke sana musim sejuk, jadi tak ada pengalaman ke sana pada musim lain selain musim sejuk. Uncle kongsikan musim-musim yang ada mengikut bulan; musim sejuk (desember hingga febuari), musim bunga (mac hingga mei), musim panas (jun hingga ogos) dan musim luruh (september hingga november). Jadi pilih betul-betul musim mana yang anda nak pergi.




  • Makanan Halal Tak Sesukar Yang Dikatakan

tips-travel-jepun (1)

Semakin lama Jepun semaki mesra pelancong muslim yang mana banyak makanan tempatan mereka seperti Ramen dan Sushi pun dah boleh didapati halal. Google je tempat makanan halal di Jepun di sekitar kawasan yang anda terjah tu, pasti ada beberapa kedai makanan halal yang boleh anda makan.

  • Lebih Jimat Tinggal Kat Dorm Atau Homestay

Kalau tidur kat hotel memang mahal sebab biasanya akan caj per head. Jadi nak jimat penginapan tinggal la kat dorm ataupun homestay.

Uncle rekomen tinggal kat Amna Home homestay. Location best sebab dekat dengan train station, dan harga pun berpatutan. Tempoh hari uncle ambil bilik saiz studio, boleh muatkan 2 hingga 4 orang. Jadi lebih jimat.

Baik, ini adalah sedikit sebanyak tips travel kepada yang ingin ke Jepun untuk pertama kali mengikut dari pengalaman uncle sendiri. Harap ia memberi anda sedikit guideline dan membantu trip anda di Jepun dengan lebih lancar.

Nota: Pada yang pernah ke Jepun, dan ada tips yang nak dikongsikan, dipersilan tinggalkan tips dan pengalaman anda di ruangan komen untuk bacaan pembaca yang lain. 

932 total views, 10 views today

Comments
  1. Emily
  2. rahimah majid
  3. Mirwan Choky
  4. dedauncomel.com
  5. Jie Susanos
  6. Anuar
  7. ira
  8. Otomen Taro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge