Tips Jimat Ruang Beg Travel Sehingga 50%

Share

Tajuk nak gempak je kan? Tapi itu la hakikatnya. Uncle nak share kali ini tips macam mana anda boleh jimat ruangan beg sehingga 50%! Yes ini bukan MLM!

Sebelum tu, layan video Vacuum Bag untuk Travel yang uncle dah buat ini dulu untuk idea.

Dah nampak idea dia kan?

Memang boleh menjadi dengan VAGO ni. Pada asalnya uncle pun tak percaya juga yang benda alah yang saiznya lagi kecil dari powerbank boleh memberi penjimatan saiz bag sehingga 50%. Ye la, tengok saiz pun kecik, mesti la ragu-ragu kan?

Tapi uncle dan wife beli jugak la lepas tengok beberapa review di YouTube.

Dah cuba beberapa kali, memang ternyata, VAGO adalah gadget travel yang anda perlu miliki. Tah lengkap kalau travel tanpa VAGO.

VAGO boleh compress saiz bag dalam masa lebih kurang 5 minit. Tak perlu bateri, hanya perlu connect cable dengan powerbank je.

Yang magik nya, lepas siap vacum out semua udara dalam beg, device VAGO ni tak panas sangat pun. Just suam-suam je panas dia.

Satu set VAGO didatangkan dengan satu medium size bag. Medium size tu muat la satu cabin bag. Jadi kalau anda pakai beg besar kena ambil saiz L yang mana dijual secara berasingan.

Kena letak baju je okay. Jangan pula letak benda benda tajam atau keras. Takut nanti rosak pulak vacuum bag tu. Kitorang cuba winter coat pun boleh okay. Memang winter coat ni masalah utama bagi yang travel pada musim sejuk.

Ini adalah saiz ukuran beg dia:

  • S Sized Bag : 36 x 36cm
  • M Sized Bag : 50 x 60cm
  • L Sized Bag : 70 x 100cm

Mana nak beli VAGO ni? Boleh beli online kata Lazada atau boleh usya retail store yang ada jual. List di sini atau boleh tengok di Facebook VAGO Malaysia.

1,626 total views, 6 views today

Share
No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge