Tips Jimat Naik KTM Komuter Yang Anda Perlu Tahu

Share

Baik, artikel ni simple dan straight to the point sahaja. Memandangkan uncle dah lama juga tak share berkenaan KTM Komuter, uncle nak kongsi di sini tips jimat naik KTM Komuter yang anda perlu tahu.

KTM Komuter tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia telah diperkenalkan sejak tahun 1995 dan merupakan antara transportasi popular di negara ini bagi mereka yang tinggal di area Lembah Klang dan Seremban terutamanya. Uncle pun salah seorang pengguna KTM Komuter dan banyak juga pengalaman yang pernah uncle kongsikan sebelum ini di media social mahupun di blog.

Hari ini, KTM Komuter mempunyai rangkaian dari Batu Caves – Tampin – Batu Caves, dan Tanjung Malim – Pelabuhan Klang – Tanjung Malim menjadikan keseluruan ada 57 stesen KTM Komuter. WOw banyak kan?

ktm komuter route map 2017

Rajah laluan KTM Komuter 2017 (klik untuk pembesaran)

Jadi dengan adanya KTM Komuter ini memudahkan mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang termasuk Seremban, dan Tanjung Malim untuk ke mana-mana  area Lembah Klang dengan mudah dengan harga yang berpatutan.

Sejak setahun dua ni, uncle nak puji KTM Komuter dah bertambah baik dari segi servis. Komuter jarang sekali delay dan yang terbaiknya, selalu on time. Sangatlah jarang Komuter lewat pada harini. Terbaik KTM Komuter. Semoga terus kekalkan kualiti seperti ini.




Untuk pengetahuan anda, kadar kekerapan ketibaan tren di stesen adalah antara 15 – 25 minit. Untuk waktu puncak, tren akan ada pada setiap 15 minit, tapi kalau di luar waktu puncak, tren akan ada pada setiap 45 minit.

Jadual Perkhidmatan KTM Komuter 

  1. Batu Caves – Tampin – Batu Caves (Isnin – Jumaat)
  2. Batu Caves – Tampin – Batu Caves (Sabtu – Ahad & Cuti Umum) 
  3. Tanjung Malim – Pelabuhan Klang – Tanjung Malim (Isnin – Jumaat)
  4. Tanjung Malim – Pelabuhan Klang – Tanjung Malim (Sabtu – Ahad & Cuti Umum) 

Baik, uncle nak kongsikan tips bagaiman nak jimat ketika menaiki KTM Komuter yang anda perlu tahu. Jika anda menggunakan kad KomuterLink yang telah diperkenalkan pihak KTM Komuter, anda akan menikmati penjimatan harga tiket sebanyak 20%! Banyak kan?

komuter-link-ktmkomuter

Gunakan kad KomuterLink untuk penjimatan menaiki KTM Komuter.

Jimat 20% dengan kad Komuter Link dan Touch n Go

Ya, pada yang tidak tahu, ada special rate kepada pengguna KTM Komuter yang menggunakan kad Komuter Link dan Touch n Go. Harga tiket adalah sehingga 20% kurang dari harga asal. Boleh rujuk link yang disediakan di bawah untuk rujukkan.

a. Tunai & Token
b. Tanpa Tunai – Touch ‘n Go & Kad KomuterLink (Dewasa)
c. Konsesi Kanak-kanak, Pelajar, OKU & Warga emas

Tapi untuk tanpa tunai tu (b) hanya untuk pengguna kad Komuter Link dan Touch ‘n Go sahaja. Kalau kad lain seperti kad Rapid, tak boleh ya.

Berita baik kepada pelajar, warga emas, dan OKU, ada special rate untuk anda. Untuk pelajar, warga emas, dan OKU anda boleh menikmati diskaun 50% dengan menggunakan kad konsesi Komuter Link. Mohon sahaja kad KomuterLink di sini, dan anda boleh menikmati diskaun sehingga 50%! Best kan?

Hari ini, kos perbelanjaan seharian semakin meningkat, uncle lihat ini adalah salah satu tips dan insenfit yang diberikan oleh pihak KTM Komuter bagi membantu meringankan beban kos perbelanjaan seharian dan bulanan kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai Keretapi Tanah Melayu, boleh rujuk di sini.




641 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Syakilla
  2. suliana yusof
  3. Noriza Rahman
  4. Betty
  5. Miera
  6. Emily
  7. Ros
  8. Ros
  9. titan
  10. RAIHANAH AHMAD
  11. Hanny Abdullah
  12. Amirul
    • Uncle Zuan
  13. mrhanafi
  14. lisak
  15. zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge