Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dan Kad Komuter 1Malaysia

Share

Pernah dengar KADS1M? Ia adalah singkatan kepada Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ia bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan siswa di IPTA dan IPTS seluruh negara. Kalini aku nak kongsikan 2 Kad yang perlu sentiasa ada di dalam wallet aku dimana sahaja aku berada (Selain dari kad ATM).

Kad KADS1M ni diberikan kepada pelajar IPT secara percuma yang berwarganegara Malaysia selagi mereka mengikuti pengajian jangkamasa panjang yang tempohnya 1 tahun dan keatas (untuk sijil diploma, ijazah, dan ke atas). Pelajar tak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan kad tersebut.

Lebih 2000 syarikat telah mengambil bahagian dalam menawarkan diskaun kepada pelajar pelajar. Senarai syarikat seperti Optimetri (Focus Point, Menara Optometry, etc..), Pembelajaran, Sukan/Rekreasi (Bukit Merah Laketown Resort, Lost World of Tambun, etc..), Kecantikkan, Pelancongan, Makanan (A&W, KFC), Kesihatan, Buku/Alat Tulis (Borders, MPH, Kinokuniya, etc..), Produk  IT (DELL, etc..) dan banyak lagi turut ada di dalam senarai. (boleh rujuk di laman web 1pengguna.com untuk maklumat lanjut)

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Sepanjang menggunakan KADS1M ni, aku banyak jimat wang dalam membeli buku di MPH, Makan di KFC, dan banyak lagi.

Selain KADS1M, untuk penggemar Komuter yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah, anda boleh mula mendaftar untuk mendapatkan Kad komuter 1 Malaysia di 7 stesen utama KTM (sumber).

Kelebihan Kad Komuter 1Malaysia adalah, pemilik akan menikmati diskaun sebanyak 50% bagi kadar tambang KTM Komuter untuk tempoh setahun. Bayangkan penjimatan yang diperoleh sekiranya anda adalah pengguna tetap Komuter.

Kad Komuter 1 Malaysia

Penjimatan Berganda Dengan Kad Komuter 1 Malaysia

Untuk memperoleh kad tersebut, anda hanya perlu mengisi borang lengkap yang boleh diperoleh di kaunter khas yang dibuka. kepilkan bersama salinan IC, dan anda akan dikenakan caj sebanyak RM1 sahaja. Kad akan diperoleh serta merta sekiranya anda menepati kelayakan.

Kaunter khas dibuka di stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.

 

Selamat menikmati penjimatan berganda 😉

Zuan

Share
Comments
  1. Iffa
  2. Noriza Rahman
    • Zuan
  3. muhammad
    • Zuan
  4. aisya lieza
    • Zuan
  5. fiezaradzi
  6. saljuhumairah
  7. mummydearie
    • Zuan
  8. titan
  9. encikarman
  10. bell
    • Zuan
  11. ema
    • Zuan
  12. kakiblog
    • Zuan
  13. Irwan Alessa
    • Zuan
  14. Hafizul
  15. suriaamanda
    • Zuan
  16. encikarman
    • Zuan
  17. Denaihati
    • Zuan
  18. MrJocko
    • Zuan
  19. amirnawawi
    • Zuan
  20. papa mifz
    • Zuan
  21. rozuan
    • Zuan
  22. atuk
    • Zuan
  23. Juan
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge