Tips Jimat Berbelanja Apabila Sudah Bekeluarga

Tak dinafikan, bila dah berkeluarga ni, semua budget berbelanja kena di gandakan. Ni baru duduk berdua, jadi hampir semua perbelanjaan kena gandaan dua. Kalau uncle beli sesuatu, mesti nak kena belikan untuk isteri uncle juga. Kalau tak, mesti isteri uncle tarik muka dia sampai ke Paris.

Perbelanjaan yang uncle maksudkan adalah seperti makanan, pengangkutan, hiburan dan pakaian. Tu belum lagi perbelanjaan untuk travel. Kalau untuk perbelanjaan travel tu, nanti uncle cerita di entri lain. Untuk kalini, uncle nak ceritakan tips berbelanja apabila sudah berkeluarga.

Jadi macam mana nak jimat apabila kos shopping?

Caranya mudah sahaja, semudah 1, 2, 3 iaitu membeli-belah secara online ketika waktu ada JUALAN!

Ya betul, beli la bila ada kupon istimewa, atau beli la waktu ada tawaran kod. Dengan membeli belah secara online pada waktu ada waktu-waktu begini, anda dapat jimat sedikit. Memang bunyi macam sedikit sahaja jimat dia, tapi sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Uncle dan isteri suka beli barang secara online. Memang setiap hari, kami akan window shopping dekat laman web e-commerce. Laman web e-commerce yang selalu kami terjah bila nak beli barang adalah Shopee dan Lazada.

Kebiasaan kami akan survey dahulu barang yang kami nak beli. Kami akan add as favourite, dan bila dah tau harga dan dekat mana kami nak beli, kami hanya tunggu masa yang sesuai untuk beli.

Jualan Shopee 7.7 dan Lazada Mid-Year Festival

Pejam celik-pejam celik, dah masuk bulan 7 untuk tahun 2019 ni. Rasa macam baru je habis jualan hari raya. Lagi beberapa hari Shopee ada jualan 7.7, dan sekarang ni pun dah mula adakan pra jualan dekat apps Shopee. Uncle dan wife cek-cek haritu, ada jumpa tawaran Shopee promo code. Boleh tahan juga penjimatan yang ditawarkan. Kira-kira balik memang banyak uncle dan wife dapat save bulan ni. Harap-harap dapat save banyak lagi la, sebab kami pun dah lama tak pergi travel.

Selain itu, Lazada punya Mid-Year Festival sales pun boleh tahan hebat juga. Macam-macam promo kod Lazada Voucher uncle dan wife jumpa. Rambang mata kami. Mula-mula ingat nak beli vacuum cleaner baru dengan Penapis Udara sahaja, tapi bila tengok harga-harga barangan lepas harga promo, tak terus rasa nak beli sekali beg travel, set Funko Pop Game of Thrones dan almari untuk display koleksi action figure uncle. Hehe memang hari-hari la ada delivery ke rumah uncle.

Bila masa yang sesuai untuk membeli?

Sudah tentu la bila ada big sales macam mycybersales, Raya Sale, Black Friday, 11.11 Sale dan 12.12 Sale! Selain daripada waktu ada big sale macam ni, korang tahu tak yang korang boleh dapat lagi penjimatan dengan menggunakan kupon dari dari ShopCoupons? Lepas uncle dah cerita dekat sini, pastikan lepas ini anda nak Shop anda tak terlupa pakai Coupons anda sebab anda boleh dapatkannya di ShopCoupons.

Download Apps ShopCoupons juga untuk usya tawaran yang ada

Jadi korang macam mana pula? Apa tips korang jimat berbelanja? Kalau ada lagi best, kongsi-kongsi la di ruangan komen. Uncle nak tahu juga macam mana korang berjimat cermat. Boleh kita berkongsi pendapat, dan dapat kita sama-sama berjimat sambil berbelanja.

2,329 total views, 1 views today

Comments
  1. Amyra
  2. Jon
  3. Wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge