Tips Elakkan Virus Koronavirus

Pelbagai berita menyeramkan kita baca setiap hari. Dengan tibannya kes kronavirus ke negara kita, marilah kita cuba hindarkan ia sehabis mungkin. Ia adalah kerana mencegah lebih baik dari merawat.

Apa itu Novel Koronavirus (Coronavirus)?

Dipetik dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Coronavirus (CoV) adalah keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.

Untuk artikel ini uncle nak kongsikan tips ringkas yang uncle jumpa hasil saranan World Health Organization (WHO).

Pencegahan Coronavirus?

  1. Kerap mencuci tangan. kalau boleh kerap gunakan hand sanitiser.
  2. Hendaklah menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk. Ia perlu dibuat oleh kita dan orang berdekatan dengan kita. Kalau ada orang batuk berdekatan kita pun kita kena la tutup mulut dan hidung.
  3. Masak daging dan telur dengan sempurna. Ada orang yang suka masak separuh masak la, ada yang suka makan secara mentah. Sebaiknya elakkan berbuat demikian dan masaklah ia dengan sempurna.
  4. Elakkan sentuhan dengan individu yang mempunya gejala.

Harap dengan tips ringkas pencegahan Coronavirus ini, kita semua selamat dan tidak terkena dengan virus tersebut.

Stay safe korang!

Comments
  1. etuza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge