The Nest House Melaka Bukan Sekadar Homestay

Share

Melaka adalah salah satu destinasi percutian yang uncle dan isteri kerap kunjungi. Selain dari mempunyai banyak tempat menarik, tempat makan yang best-best dan banyak aktiviti boleh dilakukan, percaya atau tidak, penginapan ataupun hotel adalah antara sebab utama kami suka kunjungi Melaka.

Baru-baru ini kami ke Melaka lagi tetapi hanya untuk 1 malam sahaja. Tujuan kami pergi semata-mata untuk merasai pengalaman menginap sebuah homestay yang baru sahaja dibuka di Bandar Melaka iaitu The Nest House Melaka.

Dibina hanya daripada tinggalan rumah lama yang tidak berpenghuni selama bertahun tahun, The Nest House Melaka hari ini adalah sebuah homestay eco friendly di Melaka yang sedia menerima tetamu dari mana sahaja pada sepanjang masa.

the nest house melaka homestay

Lukisan burung menjadi landmark dan tarikkan utama pengunjung ke The Nest House Melaka. Ruangan depan homestay yang luas sesuai untuk aktiviti riadah bersama yang tersayang.

Setiap ruangan yang ada digunakan dengan sebaik mungkin. Walaupun sebenarnya tak besar sangat ruang lobi atau penyambut tetamu ini, ia nampak tersusun dan tidak semak. Kami suka layanan mesra semua staff di sini, tak rasa kekok untuk senyum dan bertanya khabar kepada pengunjung.

Ini la bilik yang kami inap, Jenis Premium King Room. Best kan? Ada taman kecil lagi kat belakang tu.

Ada buaian lagi dekat private garden ni. Memang best spot untuk bermanja dengan kesayangan.

Melanie Bayoud adalah wanita disebalik semua artwork the Nest House Melaka. Anda boleh cari #embeedesigns di social media untuk melihat hasil seni artis dari Australia ini. Setiap satu hasil seninya ada kisah tersendiri.

Ada juga pantri yang mana anda boleh buat air panas ataupun untuk memotong buah.

Ada banyak artwork yang Melanie telah lukis di the Nest House Melaka. Menjadikan hampir setiap sudut homestay ini sebagai angle menarik untuk ambil gambar. Uncle tak nak spoil dengan kongsikan semuanya. Apa kata anda datang dan tengok sendiri.

Jangan lepaskan peluang untuk melepak di rooftop garden pada sebelah petang atau malam hari. Memang nice lepak kat atas waktu malam hari. Bunyi bising bandar Melaka pun tidak kedengaran.

Setiap rekaan yang ada di The Nest House Melaka, ada cerita tersendiri. Nak tahu lebih lanjut? Nak rasakan kisah disebalik The Nest House Melaka? Apa kata anda datang dan rasai pengalaman menginap di sini. Uncle janji, tiada cerita hantu yang akan menghantui anda.

The Nest House

Alamat: No 7, Lorong Bandar Hilir 1, Taman Melaka Raya, Melaka, Melaka, 75000, Malaysia

Contact: +6062831118

Email: admin@nesthouse.com.my

1,494 total views, 12 views today

Share
Comments
  1. nikkhazami
  2. Empritkaji
  3. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge