Terokai Saigon Dengan Apps Vietnam Travel Guide daripada Triposo Inc.

Share

Terokai Saigon Dengan Apps Vietnam Travel Guide daripada Triposo Inc. | Alhamdulillah, di saat uncle menulis entri ini , uncle dah selamat sampai di Malaysia selepas 3 hari 2 malam berada di Bandar Ho Chi Minh (juga dikenali sebagai Saigon), Vietnam.

Maaf la, tak ada buah tangan berbentuk fizikal yang boleh di berikan kepada pembaca Blog Uncle Zuan. Tapi uncle hanya boleh berikan gambaran dan pengalaman uncle kepada korang semua tentang apa yang ada di sana, dan macam mana nak kurangkan perbelanjaan ketika berada di sana.

Yups, mungkin akan ada berlambak entri akan uncle tulis mengenai trip uncle di Saigon.

Ok untuk permulaan atau teaser kepada semua, uncle nak kongsikan tools yang uncle guna sepanjang 3 hari di sana. Tools uncle ni FREE je! Semua orang boleh miliki tools ini asalkan ada smartphone.

Aplikasi Travel Guide Vietnam yang dibangunkan oleh Triposo Inc

Aplikasi Travel Guide Vietnam yang dibangunkan oleh Triposo Inc

Tools ini adalah satu aplikasi tanpa talian (offline) yang dibangunkan Triposo Inc. Ia membantu uncle dari point A ke point B selama uncle di Saigon.

Selain dari guide korang dari point A ke point B, korang juga akan dapat info ringkas mengenai tempat dibantu dengan gambar tempat menarik yang akan korang lawati nanti.

Jadi tinggalkan peta, tinggalkan buku Lonely Planet, sebab application Triposo adalah apa yang korang perlukan.

Nota: Pastikan anda fit untuk berjalan lebih 5KM sebelum gunakan applikasi ini.

Dengan kapasiti cuma 283 MB, application ini pada uncle perlu ada di dalam smartphone traveler yang ingin terokai Saigon dengan lebih mendalam dan dalam masa yang sama dapat jimat duit.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan, korang yang tak pandai gunakan application yang komplex pun akan tahu gunakan application ini.

Uncle berada di Hadapan Saigon Central Post Office yag di bina pada tahun 1886 oleh orang Perancis. Di belakang adalah Saigon Notre-Dame Basilica yang berketinggian 58 meter, di bina antara tahun 1863 dan 1880.

Uncle berada di Hadapan Saigon Central Post Office yag di bina pada tahun 1886 oleh orang Perancis.
Di belakang adalah Saigon Notre-Dame Basilica yang berketinggian 58 meter, di bina antara tahun 1863 dan 1880.

Alhamdulillah, dengan bantuan apps ini, uncle dapat lihat dengan mata uncle sendiri budaya masyarakat Vietnam di Saigon. Korang yang untuk pertama kali atau ke seratus kali ke Saigon juga patut cuba gunakan applikasi ini sebab mungkin akan ada benda yang korang terlepas untuk lawati.

Selain travel guide Vietnam, ada banyak lagi travel guide negara lain yang dibangunkan Triposo Inc yang korang boleh muat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play.



Nota kaki: Apa negara ASEAN yang korang pernah pergi? Boleh share yang paling best untuk di lawati?

4,848 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Waridi Hamdan
    • Uncle Zuan
  2. Scha Nazri
  3. Hasrul Hassan
  4. zik
    • Uncle Zuan
  5. Jie Susanos
    • Uncle Zuan
  6. syamsidar
    • Uncle Zuan
  7. sabree hussin
    • Uncle Zuan
  8. Travelog Siti
    • Uncle Zuan
  9. Belang tarung
    • Uncle Zuan
  10. Miera Nadhirah
    • Uncle Zuan
  11. Hero Borneo
    • Uncle Zuan
  12. siti hazreen
    • Uncle Zuan
  13. seri nian
    • Uncle Zuan
  14. Nurul
    • Uncle Zuan
  15. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge