Teroka New Taipei Dengan EVA Air
Banyak juga kawan uncle dok cerita mengenai pengalaman mereka ke Taipei. Sejujurnya uncle tak berapa teruja nak ke sana sehinggalah mereka mula upload gambar-gambar tempat menarik yang mereka lawati di Taipei.
Pemandangan indah dari atas platform gunung Baoshi, laluan Tamsui-Kavalan, keretapi ringan Danhai, terumbu hijau Laomei, bas keretapi Shen’ao, jalan lama Sanxia, dan banyak lagi tarikkan menarik telah masuk dalam senarai tempat uncle kena pergi sebelum uncle tua!
Menurut statistik yang dikeluarkan Biro Pelancongan, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Republic China ( Taiwan ) (MOTC), Taiwan telah menerima lebih daripada 520,000 bilangan pelancong dari Malaysia menjadikan Malaysia negara no1 dikalangan negara ASEAN. Boleh tahan kan jumlah pelancong dari Malaysia. Uncle pun terkejut bila nampak jumlah pelancong dari Malaysia.
Kerjasama New Taipei City dan EVA Air
Sejak 2009, New Taipei City dan EVA Air telah bekerjasama dalam mempromosi dan membuka mata pelancong dari luar mengenai keunikkan yang ada di Taipei. Dan tahukah anda yang harini ada 7 penerbangan mingguan bagi laluan Taipei dan Kuala Lumpur.
Berita baik untuk korang, sempena dengan kerjasama ini EVA Air dan New Taipei City ada buat pakej baik punya iaitu:
- 4 Hari, 3 Malam – RM1329 – Pakej individu
- 7 Hari, 6 Malam – RM2599 – Pakej berkumpulan
Not bad kan promo dia? Nak ajak wife uncle ke Taipei la. So kena tunda la kejap wishlist ke tempat lain tu. Hehe.
Oh ya, tahukah korang yang EVA Air ni telah tersenarai dalam 5-Star Airline oleh SKYTRAX selama 4 tahun berturut turut? Dan demi memenuhi permintaan penumpang beragama Islam, EVA Air menyediakan makanan halal kepada penumpang-penumpang muslim.
Bagus kan? Harini dengan permintaan tinggi daripada penumpang muslim, EVA Air tidak gagal dalam memenuhi permintaan tersebut.
Untuk maklumat lanjut boleh usya kat sini:
Official New Taipei website: https://tour.ntpc.gov.tw
Facebook New Taipei Tour: https://www.facebook.com/ntctour
Instagram New Taipei: https://www.instagram.com/newtaipeitour
UNtuk maklumat promo EVA Air
Laman rasmi Eva Air: https://www.evaair.com
Facebook: https://www.facebook.com/evaairwayscorpen
Instagram: https://www.instagram.com/evaairways
Okay korang, uncle dah tak sabar nak booking flight ke New Taipei. Jumpa korang kat sana la ek?